May 13, 2018

Pengalaman Kerja di AEON.

Sebenarnya waktu aku tulis entry ni, aku dah berhenti kerja kat AEON. Dapat kerja lain. Alhamdulillah. Sebelum ni aku kerja kat AEON Bukit Tinggi, Klang. OK lah. Aku nak cerita serba sedikit pengalaman pahit manis tawar masin pedas kelat sepanjang aku kat sini.

Minggu pertama masuk AEON, sejujurnya aku cakap, aku tak tahu apa-apa pun pasal AEON (actually masa orientasi ada sedikit intro, tapi tak banyak). AEON pun aku berapa kali je masuk. Ye lah. Terengganu mana ada AEON kan? So, minggu pertama masuk, aku dan beberapa colleague yang lain kena belajar jadi cashier. Awal-awal rasa kekok, tapi lepas senior cashier yang ajar (waktu ni mostly budak-budak lepasan SPM yang jadi cashier), lama-lama cekap pulak. Aku jadi cashier kat Foodline, Softline, dan Hardline. Paling kesian jadi cashier Foodline. Customer memang selalu ramai especially weekend dan public holiday.

Kitorang diberi workbook (buku report untuk tulis apa yang belajar kat sini). Lebih kurang macam buku report latihan industri tu. Tiap-tiap minggu kena update. Tiga bulan pertama, aku duduk under department Delica (tempat goreng-goreng ayam, sotong, etc.). Penat? Yes. Memang penat. Badan bau minyak, baju kena minyak tu dah normal.

Sebulan pertama ni, aku tinggal kat bilik sewa kat Bandar Parklands, Klang. Jarak dalam 8 minit dari AEON. Seminggu aku duduk sini, seminggu aku duduk kat rumah kakak aku kat area Pantai Dalam. Transport? Kalau dari Parklands, aku naik Uber/Grab sebab takde transport sendiri lagi. Kalau dari Pantai dalam, mula-mula aku naik bas, KTM, pastu bas/Uber/Grab.

Aiman, Kak Umi, Nenek.

Cerita pasal Delica ni, kat sini kerja utamanya masak-masak. Dari bergoreng, panggang, steam sampai lah masak nasi lemak. Best untuk orang yang suka masak macam aku ni. Ada life bila masuk Delica. Staf kat sini pun peramah.

Tempura, ayam goreng, ayam panggang.
Ayam panggang seekor.
Sotong goreng tu yang paling best.
Yang dalam bekas merah tu aku jarang makan.
Okonomiyaki.
Nasi lemak.
Fresh starts 5pm.
Best kan?
Yang ni pulak mostly untuk vegetarian.
Banyak sandwich.
Burger dan sandwich.
Yang ni onigiri. Discount mula pukul 8pm.

Banyak lagi aku nak cerita. One by one lah kan? Ada masa aku cerita lagi. Memang serius best.