Mar 26, 2011

Doraemon : Nobita and the New Steel Troops[2011]

Korang dah tengok ke belum movie baru Doraemon ni? Sebenarnya aku pon belum tgk lagi. Kat sini aku nak citer sket pasal movie baru ni kat korang. Aku ni minat jgk la ngn Doraemon ni. Kenapa? Xpercaya? Hanya kerana aku ni lelaki, aku xleh minat Doraemon? Kenapa aku minat ek? Aku pon xtahu. Mungkin citer Doraemon ni banyak sangat pengajaran yang nak disampaikan. Lagipon citer Doraemon bnyk mengetengahkan unsur2 kekeluargaan, persahabatan, nilai2 moral dan bnyk lagi. Unsur2 mcm ni lah yang menarik minat aku untuk terus bersama ngan Doraemon ni. Aku bukannya peminat fanatik pon. Tapi minat biasa2 je.

Kat rumah aku bnyk jugaklah manga2 Doraemon ni. Xsemuanya aku ada. Tapi bila aku nampak jer manga Doraemon kat toko2 buku, sememangnya aku akan terus beli. Entah kenapa aku minat ngan Doraemon ni. Kadang2 kawan2 aku gelakkan aku sebab aku minat ngan Doraemon. Diorang cakap yang aku ni mcm budak2. Tapi inilah hakikatnya, kita xboleh nak halang apa yang kita minat. Kalau dah minat tu kan...

Ok lah, apa2 pon aku nak bagitau sikit sebanyak info pasal movie terbaru Doraemon ni.
Ni aku sinopsis sikit.

Bahagian-bahagian robot raksasa jatuh dari langit, sehingga Nobita dan Doraemon membawanya ke Dunia Cermin untuk membinanya dan memanggilnya sebagai Zandacross. Kelihatannya Zandacross adalah senjata yang berbahaya sehingga mereka merahsiakannya. Seorang gadis misteri bernama Lilulu muncul dan meminta Zandacross untuk pencerobohan, tetapi dia tidak bersetuju untuk menyerang Bumi. Doraemon dan yang lain bersama-sama beradu kekuatan untuk menghentikan pencerobohan tentera robot tetapi nampaknya Lilulu adalah satu-satunya yang boleh menghentikannya.

Movie ni telah ditayangkan di Jepun pada 5 Mac 2011 hari tu. Tiap kali aku tgk trailer Doraemon ni kompom sebak. Kenapa? Sebab aku kadang2 boleh rasa kesedihan yang dialami watak2 dalam cerita tu.

Selain tu, lagu tema movie kali ni adalah Tomodachi no Uta(Song of Friends) yang dinyanyikan oleh band BUMP OF CHICKEN. Lagu ni mula diperdengarkan kat TV pada 17 Disember 2010 tanpa nama artis dan menarik bnyk perhatian. So, pada 23 Februari 2011 lagu ni dikeluarkan secara rasmi oleh band ni. Lagu ni pon sedih gak. Macam nak nangis je. Hehehe.

Ni pulak sedikit gambar2 aksesori movie ni. Comel x?

So, apa tunggu lagi? Cepat2 la tgk movie ni. Pasti korang xkan menyesal.

p/s: Sebahagian maklumat ini diketip dari:
http://www.musicjapanplus.jp
http://www.animenewsnetwork.co.uk
http://doraeiga.blogspot.com
http://www.anixekai.co.cc
http://orendsrange.blogspot.com
http://ijo-daon.blogspot.com

No comments :