Mar 28, 2011

Memang GEMPAK!



Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin kini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis kerna hidup tanpa dirimu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis kerna hidup tanpamu

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu

Sudah memang sudah

Korang tengok x sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang kini ditayangkan di TV3? Apa yang aku nk cakap kat sini, sinetron ni mmg best sangat2(harap2 xover). Aku tgk sinetron ni dah lama dah. Waktu tu sebelum cuti semester 1. Aku start bergiat aktif tgk sinetron ni masa cuti semester 1. Ye la...waktu tu aku xbuat apa2 kat rumah. So, nk hilangkan boring, aku tgkla sinetron ni.

Ni aku nak bagi sedikit maklumat mengenai sinetron ni.

Waktu siaran: Isnin - Khamis, pukul 2 petang
Stesen: TV3
Barisan pelakon:
Marshanda
Baim Wong
Ashraf Sinclair
Alice Sofie Norin
Ben Kasyafani
Ibnu Jamil
Putri Patricia
Wilda Hamid
Meriam Belina
Vicky Burky
Lulu Kurnia
Annie Anwar
Rommy Sulastyo
Leily Sagita
Magdalena

Ni aku nak bagi sikit plot citer ni.

Marshanda@Caca, seorang gadis cantik yang sentasa penuh dengan semangat, optimistik dan rajin, dilanda perasaan bahagia. Delvin(lakonan Baim Wong), seorang jejaka yang selama 6 tahun menjadi kekasihnya akhirnya ingin memperkenalkan Caca dengan ibunya, Farah(lakonan Vicky Burki), yang selama ini tidak pernah merestui hubungan mereka berdua. Farah tidak ingin anaknya mengahwini wanita ‘miskin’. Farah kemudiannya mengancam Caca. Sememangnya Farah sentiasa mencari jodoh yang tepat utk Delvin disebabkan Farah mengharapkan Delvin mampu menguruskan sebuah hotel miliknya yang berkongsi dengan keluarga Ben(lakonan Ben Kasyafani).

Tetapi sekali lagi Delvin berjaya memujuk ibunya untuk lebih mengenali Caca dan keluarganya. Farah kemudiannya meminta Delvin untuk menjemput Caca dan ibunya, Asri(lakonan Lulu Kurnia), ke rumah.
Namun ketika bertemu dengan mereka, Asri sangat terkejut! Ini disebabkan Farah merupakan sahabatnya suatu masa dahulu, yang entah kenapa kini pergi menjauhinya. Farah semakin membenci Caca setelah mengetahui bahawa Asri adalah ibu Caca. Farah masih menyimpan dendam masa lalu yang menyebabkan persahabatan mereka retak. Farah meminta Asri untuk menjauhkan Caca dpd Delvin. Asri sukar utk membuat keputusan. Akhirnya dia meminta Caca untuk menjauhi Delvin secepat yang mgkin. Caca keliru, dan dengan berat hati menuruti kemahuan ibunya, walaupun dia betul2 mencintai Delvin.

Ketulusan cinta Caca dan Delvin diuji dan terus diuji. Delvin mulai beralih perhatiannya kpd seorang gadis lain iaitu Merry(Alice Sofie Norin), sahabat Caca dan Delvin, yang diam-diam selalu berusaha merebut Delvin dpd Caca. Dalam pada lain, kecantikan dan kebaikan Caca turut menarik perhatian Ben. Kemudian munculnya Abel(Ashraf Sinclair), yang walaupun pada awalnya tidak mempedulikan Caca disebabkan asyik bertemu pada waktu yang salah, namun akhrnya Abel mula memperhatikan Caca.

Bagaimanakah selanjutnya kisah hidup Caca ini?
Rahsia besar apakah yang melibatkan Asri dan Farah, sehingga memberi impak yg besar pada ketulusan cinta Caca dan Delvin?

Aku mmg selalu tgk sinetron ni. Tapi lps datang semula ke universiti, masa utk tgk sinetron ni sgt2 terbatas. Kdg2 jer aku tgk. Tu pon kalau xde kelas waktu tu. Sinetron ni mmg penuh dgn unsur saspens. Hampir setiap episod. Huh! Kadang2 rasa sakit hati gak. Ye la...satu masalah baru jer nk selesai, timbul plak masalah lain.

Bila masalah ni nk habis agaknya ek? Kalau korang nak tahu apa kesudahan sinetron ni, tgkla Sejuta Cinta Marshanda ye...

p/s: Sebahagian maklumat ini diketip dari:
http://ms.wikipedia.org
http://helloskyblu.blogspot.com
http://darkbatman.com

No comments :