Sehari di Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang
Rasa2nya korang kenal x Kampung Paloh Hinai ni? Kalau xknl, biar aku explain sikit tntg kampung ni. Kampung ni terletak di daerah Pekan, yang berada di Pahang. Kampung ni terletak kira2 64.3 km dr bandar Kuantan.
Hari Ahad lepas aku pergi ke kampung ni. Bukan apa, universiti aku ada satu subjek yang dinamakan Briget Siswa. Ni merupakan salah satu subjek untuk kokurikulum. So, di sini student first year diwajibkan amik subjek ni. Sama ada semester 1 ataupon semester 2. Briget Siswa ni banyak buat aktiviti luar cam perkhemahan.
So, slps dibahagikan kpd beberapa group, group aku kena pergi ke Kampung Paloh Hinai. Di sana, kami ditugaskan utk membaiki sebuah rumah penduduk kampung tu. Rumah tu agak usang, so kami mesti baiki bahagian tingkap dan dapur. Tingkap yang kami buat adalah dpd kayu. Lebih kurang 6 buah tingkap kayu yang mesti dibina. Ini kerana tingkap rumah tu dah rosak. Mengenai dapur pulak, subgroup lain yang kena baiki. Dapur tu perlu ditambah dinding menggunakan batu bata.
Kami bertolak ke sana pada pukul 7.15 pagi dan sampai lebih kurang setengah jam kemudian. Setelah diberi taklimat ringkas, kami pon memulakan projek tu. Betapa susahnya nak bina tingkap tu. Ingatkan senang! Memang betul2 letih la waktu tu. Cuba bayangkan terpaksa bekerja bertungkus-lumus sampai pukul 5 ptg. Huh! Memang xdisangka2. Sampai sekarang masih terasa letih(tapi sempat jugak aku update blog ni...hehehe). Akhirnya projek kami pon siap. Tapi memanglah, xsiap sepenuhnya. Cuma 2 buah tingkap lagi yg xsmpat dibina. Dan yg tu diserahkan kpd tuan rumah tu utk siapkannya.
Apa2 pon rasa teruja tu tetap ada walaupun letih. Yela...ni first time aku fixed kan rumah! Memang banyak input yg aku dapat hari ni. Kita mesti bekerjasama dalam satu pasukan, xkira apa pon. Jgn kerja sorang diri, 6ti xsiap! Saling membantu juga jelas terpamer time tu. Masing2 xhenti2 tolong kawan2 mereka. Memang aku respek giler ar!
Oklah...sampai sini dulu la untu kali ni. Di sini aku tinggalkan sedikit gambar yang berjaya ditangkap di Kampung tu.
|
Ni waktu mula2 sampai ke kampung tu. |
|
Ni la rumah tu... |
|
Ruang tamu rumah.
|
|
Bahagian dapur.
|
|
Tempat memasak.
|
|
Waktu sarapan pagi(masing2 tgh lapar tu...)
|
|
Let's do it!
|
|
Kayu telah siap dipotong.
|
|
Simen, jgn xsimen.
|
|
Peace |
|
Ni la group kami!
|
p/s: Sebahagian maklumat ini diketip dari:
http://maps.google.com.my
1 comment :
saya nak tahu tentang paloh hinai..ada apa-apa info tak?
Post a Comment