Mar 22, 2011

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

KEPUTUSAN FINAL PENTAS ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2

Adik-adik anak soleh, 
Adik-adik serba boleh, 
Adik-adik akhlak yang mulia, 
Senyum ceria semua orang suka,
Berkasih sayang sesama insan, 
Taat Allah dan Rasul, 
Kasihkan ibu bapa,
Beramal soleh di mana saja, 
Berjuang dan berkorban, 
Untuk agama... 
Adik-adikku, Insyaallah Boleh!! 
(lagu tema Adik-adikku)

Sekalung tahniah buat kesemua finalis program Adik-adikku yang telah berjaya membuat persembahan yang cukup mengagumkan! Sungguh berbakat sekali. Penuh dengan keyakinan. Baru beberapa jam yang lepas aku tengok pentas akhir Adik-adikku yang bersiaran secara langsung di TV1. Aku sedikit kecewa sebab hanya sempat menonton bermula di saat adik Ammar membuat persembahan. Ni sebab aku ada kelas pukul 8 malam dan sepatutnya habis pukul 10 malam. Tapi lecturer tamatkan awal sikit, dalam pukul 9.40 malam. Huh! Nasib baik sempat jugak tengok. Lepas tu aku bergegas pergi ke Kafeteria(nak beli makanan sebab lapar...). Lepas tu aku terus naik kat bilik TV dan terus bukak TV.

Kalau korang nak tahu, nilah antara pemenang dan hadiah yang telah mereka menangi:
Johan: Muhammad Amirul Munir Azlin.
Naib juara: Syafiqah Fasiha Ahmad Safri.
Tempat ke-3: Zaid Najmuddin Zul Akmal.
Saguhati:
Iffah Ahmad Hilmi.
Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin.
Siti Nur Alia Safri.
Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin.
Ni senarai hadiah yang telah mereka menangi:
Johan: 
• Piala 
• RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Hadiah Iringan: 
• Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd 
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00 sumbangan Tabung Haji 
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan 
• Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari 
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd 
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu 
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd 
• Sijil Penyertaan

Naib Johan: 
• Piala 
• RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Hadiah Iringan: 
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd 
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00 sumbangan Tabung Haji 
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan 
• Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari 
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd 
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu 
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd 
• Sijil Penyertaan

Tempat Ke-3: 
• Piala 
• RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Hadiah Iringan: 
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd 
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00 sumbangan Tabung Haji 
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan 
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari 
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd 
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu 
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd 
• Sijil Penyertaan

4 Hadiah Saguhati: 
• Piala 
• RM 3,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Hadiah Iringan: 
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan 
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 300.00 sumbangan Tabung Haji 
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd 
• Siri Juara Muda dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu 
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari 
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd 
• Sijil Penyertaan

Akhirnya...tak sia2 jugak aku tengok rancangan ni dari awal sampailah ke final. Banyak jugak input yang aku dapat. Especially kita mesti yakin bila berhadapan dengan orang. Tak kirala sama ada orang tu lebih tua daripada kita mahupun lebih muda daripada kita. Keyakinan itu mesti ada! Itu yang penting. Ini kan adat pertandingan. Tak usah kecewa mahupun putus asa apabila sesuatu yang kita hajati tak kesampaian. Yang penting teruskan usaha. Jangan sesekali mudah berputus asa. Dan akhir sekali aku harap kesemua peserta Adik-adikku dapat terus mempraktikkan apa yang telah mereka semua belajar sepanjang menyertai pentas Adik-adikku agar ilmu yang diperolehi tidak hilang begitu sahaja. Sekian.

p/s: Sebahagian maklumat ini diketip dari:
http://taq6889.blogspot.com
http://mistolinoturs.blogspot.com
http://www.islam.gov.my

No comments :