Mar 20, 2011

The Tale of Success

Kisah ni aku nk kongsi kat korang. Tentang SEMANGAT dan MATLAMAT. Semuanya bermula apabila aku dan famili berpindah ke rumah baru. Kuarters. Lebih krg 3km dr rumah lama aku dan melebihi 2km dr sekolah tempat aku belajar. Waktu tu aku dalam Form 4. Aku ke sekolah pada waktu pagi dgn Abah aku. Abah aku yg hantar aku ke sekolah. Sepatutnya aku naik bas utk ke sekolah, tapi bas sekolah biasanya dtg lewat. Lebih krg pukul 7.15 pagi. Hanya 2 org adik-adik aku yg naik bas. Sebelum ni aku sentiasa dtg awal ke sekolah. Aku mmg xsuka dtg lewat, walaupun 15 minit sblm waktunya. So, terpaksalah Abah aku hantar aku ke sekolah. Aku membonceng motosikal Abah. Aku xpandai nk bawak motosikal dan dah tentulah xde lesen lagi. Motosikal tu la satu2nya pengangkutan utk Abah aku pergi dan balik dr tmpat kerja. Kalau time Abah aku kerja waktu pagi, aku akan dihantar lebih awal, dalam pukul 6.45 pagi. Kalau Abah xkerja, aku akan dihantar pukul 7 pagi. Tapi ni bukan point utama.

Aku biasanya balik dari sekolah ke rumah dgn berjalan kaki. Kenapa? Kalau aku habis kelas awal, aku akan terus balik dgn menaiki bas sekolah. Tapi kalau kelas habis lewat, aku terpaksa jalan kaki pulang ke rumah. Bayangkan terpaksa jalan kaki ke rumah dari sekolah yg jaraknya tidak kurang dari 2km. Perjalanan ni biasanya amik masa lbh kurang 15-20 minit. Biasanya kelas habis lam pukul 2.30 ptg. Mulanya kau terus pulang ke rumah lps habis kelas. Waktu tu bas dah bertolak dah. So, xnak buang masa menunggu ketibaan bas semula, aku trusla balik rumah. Kadang2 kawan sekelasku akan hantar aku pulang dgn motosikalnya. Tapi aku lbh selesa jalan kaki. Bukan apa, xnak menyusahkan org lain. Aku pulang ke rumah di bawah sinaran terik sang suria hinggakan kulit aku menjadi sedikit gelap. Tak tahan dengan itu, lepas habis kelas aku xterus pulang ke rumah. Tapi aku ke perpustakaan sekolah. Kadang2 aku akan luangkan masa untuk ulangkaji, xpon siapkan homework yg cikgu bagi. Dan aku pulang ke rumah pada waktu petang, biasanya pukul 5.30 petang.

Sepanjang perjalanan ke rumah, peluh sentiasa mengalir dari dahi ke dagu. Tapi aku xkisah. Matlamat aku adalah utk belajar. Untuk dapatkan kejayaan yg cemerlang. Biarlah apa yg org nak cakap. Dan akhirnya syukur. Aku berjaya mendapatkan keputusan yg cemerlang(aku xbleh bagitau result yg sbnrnya). Tapi yg pasti aku memperoleh 8A ke atas dalam SPM.

Beberapa minggu lepas, Abah aku ada bagitau kat aku yg pada waktu aku pulang ke rumah tiap2 ptg, beberapa orang penghuni kuarters kadang2 berselisih kereta ngn aku ketika aku pulang. Tapi xde sorang pon yg nak tumpangkan aku. Masing2 buat xtahu jer. Nak kata xknl, mustahil. Sbb aku tiap2 ptg balik ke rumah melalui pintu pagar besar. Abah aku tahu benda ni sbb kadang2 Abah aku tgk melalui balkoni rumah. Cuma adalah sorang pak cik ni yg kadang2 tumpangkan aku bila berselisih kereta ngan aku. Dan bila aku dapat keputusan cemerlang, mereka yg buat xtahu tu terhegeh2 tanya Abahku yg btul ke xaku dapat keputusan cemerlang. Kenapa?Xpercaya ke?Lps aku dapat keputusan cemerlang, baru nk buat2 baik. Dan skrg masing2 terhegeh2 nk ucapkan tahniah.

Tapi aku xkisah semua tu. Aku tahu walaupun aku jalan kaki pulang ke rumah, dengan peluh terus2an mengalir, aku ditemani dengan benih SEMANGAT dan MATLAMAT untuk terus berjaya. Dan benih SEMANGAT dan MATLAMAT inilah yg membuahkan hasil iaitu KEJAYAAN, seterusnya berjaya membuka mata org yg selama ini terus tertutup.

Apa2 pun, aku percaya, untuk terus berjaya, kita mesti mempunyai SEMANGAT dan MATLAMAT.

No comments :