Apr 30, 2011

Suju M DATANG Malaysia! Chincha???

Wakaka...hepi sgt aku rasa skrg! Nak tau knaper? Ari tu kakak aku der mesej kat aku. Waktu tu lam kul 8.42 pagi. Mesej tu camni :
" Wei, super jnior m nk dtg ptrjya. "

Drpd tgh tdor, aku trus bangun. Haha. Smgt betul time tu. Yela...Suju M nk dtg Malaysia! Pulak tu open concert! Lagi BEST! Katanya diorang datang cni sempena Hari Belia Negara 2011. Event ni akan berlangsung selama 3 hari. Start 27 Mei hingga 29 Mei. Suju M show plak pd 28 Mei.  Wahhh...xsbr nk pegi ni!

 

Apr 26, 2011

OK!

Akhirnya boyband baru dr korea, B1A4 releases new MV utk lagu OK. Mmg best gak ar MV ni. Lepas aku tgk MV ni, baru aku prasan maksud ' B1A4 '. Maksud sbnrnya ' B one A four '. Xpaham lagi? Mksdnya nama ni dihasilkan berdasarkan jenis darah diorang. Gongchan, Sandeul, CNU, Jinyoung darah A n Baro plah darah B...tu la mksdnya! Empat org brdarah A n sorang brdarah B.

[OK- B1A4]


[Comic Story]

Apr 25, 2011

TIPS untuk menghadapi EXAM[part 2]

 
Kali ni aku nk bagitau tips ke-2 utk hadapi final exam ni. Utk kali ni, aku nk explain pasal MENJAGA KESIHATAN pada study week n minggu exam. Berdasarkan pengalaman aku, aku tgk sesetengah geng2 aku yg amik exam dulu2 sakit. Biasanya diorang demam n selesema.

So, ni aku nk bg tips utk mengelakkan diri kita dprd mudah dapat sakit time dekat exam ni.

1. Korang mesti jaga pemakanan korang. Jangan makan ikut sedap jer. Kalo boleh korang makan makanan yg banyak vitamin cam sayur2an n buah2an. Kurangkan makan nasi. Sbb ni penting. Dulu lecturer aku cakap yg kalo banyak sgt makan nasi lam satu hari, kita bleh cepat mengantuk. Lebih2 lagi kalo kurang makan makanan yg hijau cam sayur2an. Kalo bleh just makan nasi satu kali sehari.

2. Banyakkan minum air masak. Kalo boleh korang minum sekurang2nya 8 gelas sehari. Tak kesah la kalo lepas tu korang asyik keluar masuk bilik air. Yang penting badan korang segar.

3. Kalo bleh xpayah minum air batu langsung time dekat exam ni. Kalo minum bnyk sangat air batu, tekak akan rasa kurang selesa n ini akan menjuruskan korang kepada batuk2, selesema n demam.

4. Cuba berinteraksi lebih kerap dgn nature. Kalo kita tgk, waktu2 camnila ramai student yg lbh suka terperuk lam bilik. Kalo bleh xnk keluar langsung. Nak study la katakan. Jangan jadi camni. Sometimes korang perlu hirup udara segar. Korang bleh keluar waktu2 petang n pusing kampus . Dgn ni, secara xlgsung dpt menyegarkan lagi badan.

5. Tidor biar cukup. At least 7 jam sehari. Jangan study sampai lewat malam. Korang mesti rancangkan jadual study. Kalo yg biasa stay up tu xpela. Diorang ni biasanya akan tidor dulu waktu2 petang or malam. Pastu pagi2 buta diorang study. Bagi korang yg xbiasa dgn benda ni, korang bleh cuba cara laen. Setkan masa korang utk study selewat2nya kul 12 malam. Pastu terus tidor n sambung balik study esok pagi.

6. And last skali, hindarkan diri drpd memblogging, on9 facebook or tgk aper citer wether Kpop(akoo pon minat Kpop) or movies. Apa yg aku perhatikan, waktu2 camnila diorang semua akan luangkan masa depan laptop or komputer. Kadang2 kita akan mudah rasa letih lps mengadap laptop or komputer berjam2. Cuba gunakan masa ni dgn buat aktiviti2 laen yg menjuruskan korang kpd exam. Kalo bleh, time2 cam ni korang just buat nota2 penting. 6t xpayahla sibuk nk wat nota. Tiba masa utk study, korang just spend masa tu utk study jer. 

Aku harap tips yg aku bagi ni dapat membantu korang mghadapi final exam 6ti.

Apr 24, 2011

Suka n SUKA!

Thanks korang coz blog korang MENARIK minat aku. So, sbgai tanda terima kasih, aku nk bg korang AWARD! Thanks bebanyak!

Cik Itam     Dayfeda     HanaHyun   FuzyZeera     TrophyCoklat     Najwa     Korie     Eclipsesweet     NikisaIzas     AnisahSofiah    


DOODLE bukan NOODLE yer!

Hari ni aku try buat doodle. Saje2 je nk tgk jadik ke x. Tapi doodle yg aku wat ni just gne paint jer. Aku xtau nk wat gne photoshop camner. Just gne photoshop time nk transparentkan background. Hasilnya, kat bawah ni doodle yg aku wat. Doodle muslim n muslimah.
Amacam? Apa pendapat korang? OK x?

Apr 23, 2011

TIPS untuk menghadapi EXAM[part 1]

Sedar xsedar...final exam dah makin hampir...tinggal beberapa hari je lagi. Kepada korang yg akan amik exam tu, dun worry. Jangan sesekali korang rasa takut utk amik exam. Kat cni aku nk bagi beberapa TIPS utk korang praktikkan di saat exam menjelang tiba ni.
Korang mesti sentiasa bersiap sedia ngn nota ringkas korang. Yela...xkan la nk study last2 minit ni dgn buku2 rujukan yg tebal2. Kan susah 6t kalo nk bawak kehulu kehilir. So, aku nk bgtau korang mcm mana nk buat kertas mini utk nota ringkas. Benda ni aku biasa buat time nk exam. 

1. Mula2 korang amik sehelai kertas A4. Pastu korang lipatkan kertas tu, biar satu garisan paksi simetri terbentuk.
2. Lps tu, amik pisau mesin or gunting n potong kertas tu mnjadi 2 bahagian.

3. Kedua2 kertas tu korang susun biar bertindih. Kemudian lipatkan lagi kat tgh2. Dan amik pisau or gunting n terus potong.

4. Skrg kertas A4 korang dah dibahagikan kpd 4 bahagian. Ikut step2 ni pada beberapa helai kertas A4 yg laen.

5. Lepas tu, korang susun kertas2 yg telah dipotong tu n stapler kat penjuru atas sebelah kiri.
Tada...siapla kertas nota korang. Korang bleh tulis nota2 yg penting kat cni. Lps ni xde la ssh2 nk bawak buku rujukan yg besar lagi berat tu...

p/s : korang bleh jgk guna kertas A4 yg berwarna warni. Apa yg aku tahu, warna2 dpt merangsang minda kita. So, ni sedikit sebanyak dapat membantu korang mengingat sesuatu perkara tu dgn mudah.

Apr 22, 2011

SAVE our E-A-R-T-H!!!

Akhirnya saat yg ditunggu2 sudah pon tiba. HARI BUMI kini menjelma. Hari ni, pada 22 April 2011, seluruh rakyat di serata dunia akan menyambut hari yg penuh makna ini. Aku pon sokong jgk hari bumi ni. Jelasnya, tgk jer la blog aku ni. Hijau sana hijau sini. Boleh kata hampir semua hijau la.

Kat cni aku nk cerita sket sebanyak sejarah HARI BUMI ni. Pada tahun 1963, Senator Gaylord Nelson risaukan Bumi kita ni. Beliau tahu yg Bumi kita semakin lama semakin tercemar. Banyak haiwan dan tumbuh2an musnah.

Beliau terfikir knapa manusia yg ada xcuba utk selesaikan masalh yg berlaku ni. So, beliau pon bagitau la kat yg laen n kat President. Diorang wat kptsn yg President patut merantau ke seluruh negeri n bgtau semua org tntg masalah ni. Tapi sygnya, hnya ckit jer yg mmberi kerjasama.

Pd tahun 1969, beliau dpt satu idea. Beliau merancang nk adakan satu hari istimewa utk ajar semua org tntg apa yg patut dilakukan utk atasi masalah kematian haiwan2 n tumbuh2an. Beliau tulis surat kpd semua kolej n letakkan satu artikel lam sebuah majalah.

Pada tahun 1970, tepat pada 22 April, HARI BUMI diadakan. Rakyat2 diseluruh negeri tu berjanji nk jaga alam sekitar. Dan bermula dari tu la HARI BUMI disebarkan di serata dunia.

Aku pon sdr yg Malaysia pon bersungguh2 nk jaga alam sekitar. Yg ada skrg ni cam hari tanpa beg plastik. At least kempen ni sedikit sebanyak dapat meng-HIJAU-kan lagi Bumi kita ni. Slain tu kat sekolah2 bnyk aktiviti kitar semula barangan diadakan. Kalau kat U aku, ari tu ada pameran tntg alam sekitar. Tajuknya " Seed of Hopes ".

So, ape yg kita tunggu lagi? Jgn tercegat saja. Peliharalah alam sekitar kita ni!
( tema utk tahun ni : )
The earth does not belong to man -- man belongs to the earth.
~ Chief Seattle

We do not inherit the earth from our ancestors, we borrow it from our children.
~ Native American Proverb

Apr 20, 2011

Jom SERBU Manila bersama!

Wahhh...best gler! 2AM akan dtg kat Manila, Filipina akhir bulan ni. Kat sana 6t ada sesi beramah mesra ngn 2AM. Pastu plak de grand showcase 2AM. Comfrm hepi sgt2 fans diorang kat sana. Ayoyo...bila la 2AM nk datang kt Malaysia ni...

P/S : Kalau diorang dtg Malaysia sekalipon, entah aku bleh pegi ke x...

Please don't TAKE OFF 2PM!!!

Skrg 2PM sibuk ngn single terbaru iaitu ' Take Off '. Single ni skrg just lam Japanese version. Nampaknya 2PM dah comeback ngn sesuatu yg menarik!

Apr 19, 2011

B1A4 is COMING!!!

Skrg boy band lelaki dah lama xmuncul yg baru. Kebanyakannya pompuan jer. Tapi kali ni B1A4, boy band yg baru dr Korea akan muncul. So, jgn lupa nantikan kemunculan mereka pada 21 April 2011 ni!

' OK ' MV Teaser


Biodata group members
1. Jung Jin Young (정진영)
Position : Vocals, Leader
Birthyear : 1992
Blood Type : A

2. Baro (차선우)
Real name: Cha Sun Woo
Position : Rapper
Blood Type : B
Birthyear : 1993

 3. Gong Chan Shik (공찬식)
Position : Vocals, Maknae
Birthyear : 1994
Blood Type : A

4. Sandeul (산들)
Postion : Main vocalist
Birthyear : 1993
Blood Type : A

5. CNU
Realname : Shin Dong Woo (신동우)
Position : Vocals, Rap
Birthyear : 1992
Blood Type : A


p/s: Official Website:

Apr 17, 2011

Tiada yang MUSTAHIL dengan BIG BANG!

Tak sangka ek MV Love Song catat lebih 2 juta views! Yang lagi gempaknya, dalam 2 hari jer bleh wat camtu! Time aku tgk ni dah sampai 2,535,426 views. Wahh...comfrm VIP hepi gler pas ni.

Tak lupa jgk, Big Bang menang Inkigayo ngan lagu Love Song ni!


Sedikit info: Hampir $200,000 USD diperuntukkan utk hasilkan MV yg SIMPLE tapi MENARIK ni.

Apr 15, 2011

AWARD!!! Rasa amarah tolak kat TEPI!!!

Huhuhu...xsangka aku dapat award! Aku rasa seolah2 aku brtrbgn bebas kat udara skrg ni. Ye la...hepi sesangat. Thanks HanaHyun coz menggembirakan aku mlm ni. Knaper aku ckp mlm ni ek? Sabar...6t esok aku bgtau. Aku xnk kegembiraan ni hilang disebabkan rasa amarah aku slps suatu kejadian berlaku tadi.

1. Post linking back to the person that gave you the award
thanks coz make me happy tonight

2. Share 7 random things about yourself
✎ i'm simple person
✎ love Kpop sesangat!
✎ love my family
✎ always full of spirit!
✎ teh o ais limau is a favourite drink
✎ appearance is very IMPORTANT
✎ creative and imaginative

3. Award 15 recently discovered blogs
Korie    FuzyZeera    CikItam      eclipsesweet     Dhiaqiud      CikYana   Dayfeda      ~trophycoklat~    NurulNajwa    AzzmaNor    MissEl    aNiSaHSoFiaH    CikBulat    SyafiqAriffin

4. Drop them a note and tell about it
Knaper aku pilih korang ek? Ni sbb korang mmg TERBAIK! Aku slalu baca entry baru korang. Mmg mmberi inspirasi. Apa2 pon, aku harap korang akan selalu lawat blog aku yg simple ni. ARASSO?

SIMPLE tapi MENARIK!!!

Baru beberapa jam yang lepas MV Love Song ditayangkan. Aku bgn awal2 pagi coz nk tgk MV ni. Apa yg aku perasan, MV ni mmg simple sangat2. Tapi yg menariknya, MV ni penuh dgn seribu makna. Kakak aku la yg fanatik sgt ngn Big Bang ni. Aku biasa2 je. Ok lah. Malas nk komen banyak2.

Apr 10, 2011

Penat yang amat!!!

Adossss! Letih sangat2 hari ni! Sampai tgn ni terketar2 time taip entry ni. Habis semua energy hilang. Ni semua kawad kaki dan UKJK(ujian kecergasan jasmani kebangsaan) punyer pasal la. Ntahla nk cakap apa lagi utk gambarkan perasaan ni.

Hari ni aku bgn awal coz kawad kaki start kul 8.30 pagi. Bangun awal skit utk dapat feel...hehehe. Tapi tunggu punya tunggu kat pusat Ko-Q, lecturer xsampai2 lagi. Tgk jam. Dah kul 9 lbih dah ni. Nak saja aku terus balik bilik waktu tu. Kita bukan main smngt, tapi tuannya xsampai2 lagi. Janji punya janji...

Pastu lbh kurang kul 9.30, baru lecturer tu sampai. Huh! Giler lewat! Pastu dia bg arahan suruh kitorang(seramai lbh kurang 30 org) buat latihan kawad sendiri coz dia nk tgk hasilnya 6ti. So, kitorang kawad hampir setengah jam. N hasilnya ' okey ' la...

Lepas tu plak kna wat UKJK. Kitorang just perlu berlari ulang-alik. Time ni la mmg letih yg amat! Kena berlari ulang-alik yang jarak sehala 30 meter. Pusingan pertama bleh lari slow2 tapi makin lama makin cepat kitorang perlu lari. Tanpa berhenti plak tu. Purata lulus utk student lelaki lbh kurang 80 kali ulang-alik. Pompuan plak 50 kali ulang-alik. Dehydration time tu mmg aktif. Tapi aku berjaya buat 153 pusingan! Hehe...

Lepas habis jer UKJK tu, kitorang cepat2 pegi kafe. Aku mmg kering tekak. Kandungan air lam badan dah berkurang. Habis makan, terus naik bilik. Geng2 aku yg laen tidor kepenatan. Aku entah kenapa, pikir xnak tidor n just tgk TV.

Tapi skrg aku rasa cergas sket. Mmg btul, walaupon badan aku lenguh2, tapi at least dah segar skit badan ni. Jantung pon dah pam darah lebih laju. Nasib baik esok xde kelas n bleh rehat.

Apr 9, 2011

Can You Hear My Heart?

Yes! Yes! Yes! Akhirnya kelas utk minggu ni dah hbis! Bleh la rehat esok. Tapi bnyk jgk assignment yg nak kena ciapkan. Ape2 pon, kelas dah berakhir. Minggu dpn plak la de kls. Baru tadi aku habis kelas CAD Modeling. Lame jgk la nk btul2 mahir guna CATIA(program komputer utk modelkan sesuatu objek). Aku dh pandai sket...hehehe.
Lps habis kelas tadi aku duk la on9 jap. Usha2 blog orang. Pastu rse cam nk tahu Kdrama pe yg baru. Lam tgh cari2 tu, aku berkenan la ngan 1 drama ni. Tajuknya ' Can you hear my heart '. Ni info psl cter tu.
Sinopsis :
Kisah cinta Cha Dong Joo, seorang lelaki yang pekak selepas mengalami kemalangan, tapi pura-pura dapat mendengar, dan Bong Woo Ri, seorang wanita yang bijak tapi pura-pura bodoh untuk melindungi maruah ayahnya yang sakit mental.

Pelakon :
Kim Jae Won sebagai Cha Dong Joo
Kang Chan Hee sebagai Dong Joo kecil
Hwang Jung Eum sebagai Bong Woo Ri
Kim Sae Ron sebagai Woo Ri kecil
Nam Goong Min sebagai Jang Joon Ha
Seo Young Joo sebagai Joon Ha kecil
Go Joon Hee sebagai Kang Min Soo
Lee Kyu Han sebagai Lee Seung Chul
Jung Bo Suk sebagai Bong Young Kyu
Lee Hye Young sebagai Tae Yeon Sook
Song Seung Hwan sebagai Choi Jin Chul
Yoon Yeo Jung sebagai Hwang Soon Geum
Kang Moon Young sebagai Kim Shin Ae
Kim Yeo Jin sebagai Mi Sook
Lee Sung Min sebagai ayah Seung Chul
Hwang Young Hee sebagai mak Seung Chul

Aku rasa Kdrama ni mesti best. Yela...dah lama xtgk Kim Jae Won berlakon. Harap2 cepat la citer ni de lam sharing kat cni. Xsbr nk tgk!

Masalah! Masalah! Masalah!

Masalah  yg de skrg satu persatu mulai berAKHIR. Aku harap lepas ni aku dapat tempuh dgn tenang bila masalah laen dtg plak. Hari ni aku de kls Ordinary Differential Equation. Lps tu, ptg tu plak de kls CAD Modeling. Lps tu...FREE la! Eh...luper, esok de ujian kecergasan lagi. Nampaknya xfree lagi la ye...

Oklah...aku sbnrnya nk citer kat korang sumer satu MASALAH ni yg aku btul sakit hati ble pikir(hbs tu xpyh la pikir...). Taknak pikir, xpuas hati plak. Semalam, lepas habis kelas, aku terus nk balik bilik. Biasanya aku pegi library, tapi rasa cam letih. So, wat keputusan xnak pegi utk hari tu. Aku pon lintas la jalan nk balik. Aku tgk ada kereta lalu. Aku xtau kereta tu nk masuk selekoh ke x sbb org lam kereta tu xbg signal. Waktu aku br nk lintas, tiba2 kereta tu masuk selekoh! Aku GERAM la waktu tu. Kalau nk masuk selekoh, bagi la signal. Aku nampak org lam kereta tu cam lecturer. Tapi bkn dr fakulti aku, aku pasti sgt dia tu seorg lecturer, tp dr fakulti laen.

Entah la apa aku nk cakap perasaan aku waktu tu. Semua rasa amarah de! Ni bkn kali pertama aku tgk kereta yg nk masuk selekoh xbagi SIGNAL. Boleh katakan tiap2 hari camtu. Kalau de yg bg signal tu, terlamapau skit sgt2. Entah kenape ngan diorang ni. Rasa dah hebat sgt ker?? Diorang ni seolah2 xpentingkan KESELAMATAN org laen. Geram btul arr.

Nanti aku de kelas. Aku nk try kira braper bnyk kereta@kenderaan yg masuk selekoh bg signal. Nampak cam leh wat statistik jer.

Apr 7, 2011

Secawan Teh, Seribu Makna

Huh! Akhirnya lepas jugak aku wat kuiz German ptg tadi. Tapi aku xsmpat nk penuhkan jwpan, coz masa cepat sgt. Lbh kurang 15 minit jer masa yg diberi utk buat 4 muka surat soklan. Soklan tu senang, tapi bnyk sangat. Tu la yg aku xsmpt nk lengkapkan tu. Takpe la. Laen kali bleh cuba lagi. Tentang cerita yg aku kena sinopsiskan kat roommates aku, xde masalah. Diorang paham apa yg aku nak sampaikan. Hampir stengah jam jugakla aku ceritakan kat diorang.

Dalam kelas tu, ada benda yg menarik yg aku nk kongsikan kat korang. Masa tgh belajar topik baru, yg tajuknya ' Faszination ', aku orang yg pertama kena pilih salah satu antara lima gambar dalam muka surat bab tu dan perlu beri sbb knapa aku pilih gambar tu. So, aku pon pilih la...dan ada satu gambar yg mmg menarik minat aku. Secawan Teh. Lecturer pon tanya aku knapa aku plih gambar cawan teh tu.

And aku pon bgtau la knaper aku pilih gmbr tu. Bagi aku, air teh yg ada lam cawan tu mmg enak jika diminum sewaktu masih panas. Tapi lagi sedap kalau air teh tu diminum menggunakan sudu. Kenikmatan tu berbeza kalau diminum tanpa mggunakan sudu.

So, apa yg aku maksudkan adalah air teh yg de lam cawan tu ibarat seorang insan. Kejayaan dalam hidup bleh dicapai begitu saja. Tapi, kadang2 utk mencapai kejayaan yg sebenar, dia perlukan orang lain disisi utk membantunya. Bukan lagi buat sesuatu sorang diri.

Ni lah yg aku bgtau lam kelas aku. Mereka sokong idea aku tu. Sampai skrg ni aku masih pikir tntang teh tu. Secawan Teh tu memberi makna yg sungguh mendalam kpd aku.
Dan skrg ni jgk aku rs dahaga, cam nk minum air teh je...

Banyak kerja + xde masa + penat = PENGSAN???

Fuhh!!! Hr ni aku ada test bahasa German. Start  kul  2 ptg. Xaula aper yg akan masuk lam kertas soklan 6t. Aku harap kali ni soklan2 senang jer la yg masuk! Aku rs bnyk sgt kerja yg kena buat lam minggu ni(pening betul...). Subjek utk sem 2 ni agak kritikal. Yang paling memeningkan adalah subjek Ordinary Differential Equation(ODE). Mmg susah betul aku nk paham topik2 lam ODE ni. Tiap2 kali wat kuiz, cmfrm ade jer jawapan yg xdiisi penuh. Bukan xcukup masa, tapi mmg xbleh buat. Knaper?  Sbb xpaham la. Aku dah berkali2 rujuk buku rujukan. Tapi lagi teruk. Buku tu makin buat aku pening kepala. Berjela2 ayat lam tu, tapi contoh jalan pengiraan ckit. Aku try nk gne buku rujukan lain, tapi lecturer aku xbg. Dengan alasan, soklan2 kuiz, assignment n final exam akan dirujuk lam buku tu. Arrgghhh!!! Aku xpaham!

Test German ni lagi satu. Xtau la per yg jadik 6t. Aku dah study ckit tadi. Harap2 bleh buat. Ptg 6t aku kne present kat classmates aku sinopsis cerita yg lecturer aku bagi. Citer tu xlah pnjg sgt. Tapi nk paham tu 'berat' ckit. Baru tadi aku baca cter tu sampai habis. Lecturer aku bg teks yg pnjgnya lbh kurang 1200 patah perkataan. So, kalau de perkataan yg xpaham tu terpaksala bukak dictionary. Kalau xbukak, mcm mana nk tau kan?
Malam ni plak aku de kelas Electric and Electronics. Nasib baik la subjek ni sng sket nk skor. Tapi malam ni de kuiz plak! Nampaknya aku kne btul2 paham la ape topik yg akan diajar mlm ni. Sbb kuiz tu berkaitan ngn topik yg diajar mlm tu. Lps abis kelas mlm ni aku ingt nk sambung buat assignment ODE yg sememangnya tak mudah.

Pagi esk plak aku xde kls. Kelas waktu ptg jer. Tu pon kls ODE. Petang2 kelas ODE?? Bleh pengsan ni! Lps kls tu, aku masih blum bebas lagi. Keesokannya aku de kls ODE lagi. Kls kali ni mmg cmfrm ada kuiz n mmg cmfrm de jwpn yg xlengkap.
Hari sabtu? Hari sabtu mmg xde kls. Tapi de ujian latihan kecergasan diri. Mmg wajib hadir. Kalau x, xder markah la jwbnya.

Mmg minggu ni bakal menjadi minggu yang sungguh memenatkan. Banyak perkara yg kena buat. Tidur pon dah kurang sekarang. Xcukup masa. Tapi aku harap hasilnya berbaloi la dgn apa yg aku lalui selama ini. Jgn risau Ichi Fighting oii!!! Harapan masih ada. Cuma USAHA itu perlu sentiasa ada di sisi. Perlu konsisten. Jgn hangat2 tahi ayam jer. Buat biar sampai ke akhir! USAHA n FIGHTING!!!

Apr 4, 2011

Kpop menakluki Malaysia!!!

Korang tgk x Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2010 malam tadi? Aku sbnrnya malas la nk tgk. Bukan apa, aku kurang skit follow hiburan Malaysia ni. Kenaper? Hbs tu aku mostly follow hiburan Kpop! Tapi coz mlm tadi xde keje nak buat(assignment da ciap!), aku tgk la ABPBH ni kat TV. Just nak tau saper yg menang malam tu. So, aku pon tgk dari awal sampai la akhir.

Hmm...pada pendapat aku, anugerah kali ni lbh kurang sama jer cam yg  lps2. Xbnyk perubahan. And aku just terfikir2 mlm tu, knaper asyik2 artis kita ni nyanyi lagu sama bila buat persembahan. Xde lagu baru ker yg nk dinyanyikan? Bukan tujuan aku nk mengkritik hiburan kita ni, tapi mmg benda tu dh jadi kenyataan. Bosan gak ar ble tgk lagu2 sama yang dinyanyikan.

Aku nk amik contoh terdekat : hiburan Kpop. Artis2 diorang selalunya akan nyanyi lagu2 baru bila berada kat ats pentas. Mana xnya, tiap2 bulan ade jer single baru yang dikeluarkan! Mmg hebat betul.

Tentang ABPBH ni, untuk korang yg xsmpt nk tgk, kat cni aku listkan senarai calon2 yang menang malam tu.

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil Ahmad
5. Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana Dewi
3. Noorkhiriah
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Shah Jaszle
4. Shahir
5. Sharnaaz Ahmad

Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Raffali
3. Mizz Nina
4. Nur Syuhaida @ Dottie
5. Nurul Elfira Roy

Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
1. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
2. 6ixth Sense
3. Azlan & The Typewriter
4. Bunkface
5. Meet Uncle Hussain

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Ana Raffali
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront Palarae
3. Remy Ishak
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Scha Alyahya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Fizz Fairuz
4. Remy Ishak
5. Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Noorkhiriah
3. Lisa Surihani
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Hj Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Zizan

Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Hj Nawawi
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Kieran
5. Salih Yaakob

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Aleya

Anugerah Artis Mobile : 6ixth Sense

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato' Rosnani Jamil

Bintang Paling Popular ABPBH 2010 : Shaheizy Sam(126,168 undian)

Nama2 yg aku highlight warna merah tu adalah pemenang2. Tahniah kepada yang berjaya. Dan kepada yg kurang bernasib baik tu, tahun dpn bleh cuba lagi.

Korang mesti perasan kan title entry aku kali ni : Kpop menakluki Malaysia!!!
Korang mesti nk tahu knaper aku cakap cam ni kan? Ini sebab malam tadi, pada saat lagu penutupan oleh Dato' Siti Nurhaliza, kedengaran seolah2 bunyi lagu kpop jer. Pastu aku pon dgr la ngan teliti n mmg betul! Dato' Siti nyanyi lagunya, iaitu Seindah Biasa, tapi ditambah ngan versi lagu Kpop, iaitu lagu Nobody yang Wonder Girls nyanyi! Bayangkan! Artis nombor 1 kita nyanyi versi lagu Kpop! Ni mmg menunjukkan Kpop semakin membolosi pasaran muzik Malaysia! Hebat betul!

Oklah. Apa2 pon aku harap industri hibuaran kita makin berkembang setanding ngan Kpop (tapi aku still minat Kpop)! Fighting!!!

Hwaiting! Hwaiting!

Hari ni aku nk update blog aku ckit. Pagi ni aku duk sorang2 lam bilik ni. Kawan2 aku yg laen join futsal competition kat blakang kompleks sukan. Smangat btul diorang nak bersukan ni. Tapi aku lam bilik ni....hampeh(malas la tu...). Xlah...bkn aku malas, tapi group member dh penuh...diorang cepat2 isi borang competition tu. Lagipon aku mmg kureng ngan sesuatu yg ada kaitan ngn bola sepak ni. Xberapa minat sgt.

Apa2 pon, aku ttp bangun pagi hari ni. Lebih krg kul 8 pagi aku dah ngadap laptop ni. Bosan xtau nk wat per. Petang 6ti nk sambung assignment. Harap2 sempat la ciap. Sdg asyik aku duk on9 ni, teringat la plak tntg Big Bang ngan 2NE1. Dengar citer diorang akan dtg kat Malaysia ni. Rasanya 4hb Jun ni. Btul ker? So, aku pon try la usha2 info tntg diorang. Ha! Mmn btul! Diorang akn datang kat cni! Hahaha...hepi sgt! Aku minat sangat2 ngn 2NE1(kakak aku plak fanatik Big Bang!). Diorang khabarnya akn buat large-scale fan meeting kat Stadium Putra Bukit Jalil. Wahhh...ni yg buat aku btul2 xsbr ni. Walaupn aku mgkin xdpt pergi, tapi aku tmpg hepi ngn semua fans diorang yg bleh tgk fan meeting tu! Tapi ada sesetengah info bgtau yang fan meeting ni blum comfirm lagi(aduh...). Ada plak yg cakap selain diorang, 2AM ngan Miss A(aritu Miss A da datang) pon nk datang!

Hahaha! Xkisah la semua tu...janji diorang datang kat negara kita ni. At least dapat memprknlkn gaya hiburan Kpop kat cni! Yela...aku tgk industri hiburan kita ni cam pi mai pi mai tang tu jer...xbnyk perubahan...hnya takat tu je yg kita mampu buat. Masing2 terhegeh2 nk cuba bolosi industri hiburan Barat. Kenaper xsj artis2 kita ni kuasai industri hiburan Asia dulu ekk?? Biar dapat challenge Kpop, Jpop n Tpop(taiwan) dulu.

Okla..tentang Big Bang ngan 2NE1 ni, harap2 diorang dapat datang kat cni tanpa sebarang masalah! Kami, Kpop fans kat cni yg pasti akan tunggu kedatangan kamu semua! Fighting!!


    

Apr 2, 2011

Selamat Hari Lahir, Ichi Fighting!!!


Kekeke…akhirnya hari yang ditunggu2 telah pun tiba. Hepi sgt rasanya! NOMBOR 2 menjadi sesuatu yang cukup bermakna sekarang. Kenapa NOMBOR 2 ek ? Sebenarnya NOMBOR 2 ni merujuk kepada hari lahirku yang ke-20 pada hari ke-2 bulan April! Wahhh…dah besar dah sekarang ye. Apa2 pun tahniah untuk diriku! Tapi yang xbestnyer, inilah kali ke-2 aku meraikan hari lahirku tanpa ditemani family aku. Cedey2…

Dulu time duk kat matrik pun sama cam ni jgk. Sambut besday sorang2. Tapi aku xleh lupa pada tgh malam hari lahir aku. Kawan2 aku try nk wat surprise kat aku. Malam sebelum besday aku, aku ngan kawan2 terpaksa menghadiri jamuan untuk ahli2 Kelab Kaunseling kat rumah salah seorang cikgu kaunseling. Aku tiba kat sana sejak petang lagi. Dalam kul 3 petang. Bukan apa, tapi nak tolong utk membuat persiapan. Aku pon tolong la. Macam2 kena buat. Kena basuh pinggan-mangkuk, basuh kuali besar, sapu lantai dan siapkan ikan2 utk digoreng. Majlis tu akhirnya berjaya tanpa sebarang masalah.

Jadi kami kembali ke matrik dalam pukul 11 malam. Dah lewat dah. Habis seluruh badan terasa sengal2. So, lps sampai matrik, aku round2 dorm kawan2 aku yg lain. Sembang2 jap, pastu balik ke dorm aku dan terus letakkan kepala atas bantal busuk aku. Aku tgk jam. Dah pukul 1 pagi. Huh! Selamat! Nampaknya diorang xkan apa2kan aku sempena besday aku. Keesokan paginya aku pun bangun. Aku pelik kenapa bahagian kepala dan tangan aku melekit2 seolah2 dilemparkan gam. Aku buat bodohla. Xlama leps tu, aku pon ceritakan kepada kawan2 aku pasal ni. Diorang just gelak. Aku terpinga2 kehairanan. Pelik. Apa yang diorang gelakkan? Macamla aku ni buat lawak. Rasa cam nak tumbuk je muka diorang sumer ni. Pastu aku dapat tahu rupa2nya diorangla dalangnya! Diorang sebenarnya baling tepung yang telah dicampurkan dengan air kat aku waktu aku tidur! Patut pun rasa melekit! Tapi aku pun gelak besar kat diorang. Kenapa? Hahaha…surprise diorang memang xmenjadi. Diorang ingatkan aku akan tersedar time diorang baling tepung tu. Tapi aku tidur mati. Langsung xpedulikan mereka! Hahaha…lawak2. Sampai sekarang ni aku ingat kejadian tu.

Dan sekarang aku belajar di universiti. Kawan2 kat cni xbanyak macam dulu. Masing2 buat hal sendiri. Nak ajak berborak pun xde masa. Jadi sekarang aku hanya memikirkan besday aku seorang diri. Ntah diorang tahu ke xbesday aku ni. Tapi yang aku pasti xkan ada surprise lagi dari kawan2 aku cam kat matrik.

Apa yang aku fikirkan sekarang adalah famili aku yang jauh berbatu2 dari sini. Kan best kalau dapat sambut besday ngan famili. Abah, Ma, Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik, Auf dan Eja. Tak lupa jugak pada adik2 kecik yang ibu aku asuh. Adik, Ipam dan Oni.

Oklah…akhir sekali Selamat Hari Lahir, Ichi Fighting!!!

Apr 1, 2011

Sesuatu yang HEBAT menanti!!!

GifsGifsGifsGifsGifsGifsGifs Gifs Gifs Gifs Gifs