Apr 10, 2011

Penat yang amat!!!

Adossss! Letih sangat2 hari ni! Sampai tgn ni terketar2 time taip entry ni. Habis semua energy hilang. Ni semua kawad kaki dan UKJK(ujian kecergasan jasmani kebangsaan) punyer pasal la. Ntahla nk cakap apa lagi utk gambarkan perasaan ni.

Hari ni aku bgn awal coz kawad kaki start kul 8.30 pagi. Bangun awal skit utk dapat feel...hehehe. Tapi tunggu punya tunggu kat pusat Ko-Q, lecturer xsampai2 lagi. Tgk jam. Dah kul 9 lbih dah ni. Nak saja aku terus balik bilik waktu tu. Kita bukan main smngt, tapi tuannya xsampai2 lagi. Janji punya janji...

Pastu lbh kurang kul 9.30, baru lecturer tu sampai. Huh! Giler lewat! Pastu dia bg arahan suruh kitorang(seramai lbh kurang 30 org) buat latihan kawad sendiri coz dia nk tgk hasilnya 6ti. So, kitorang kawad hampir setengah jam. N hasilnya ' okey ' la...

Lepas tu plak kna wat UKJK. Kitorang just perlu berlari ulang-alik. Time ni la mmg letih yg amat! Kena berlari ulang-alik yang jarak sehala 30 meter. Pusingan pertama bleh lari slow2 tapi makin lama makin cepat kitorang perlu lari. Tanpa berhenti plak tu. Purata lulus utk student lelaki lbh kurang 80 kali ulang-alik. Pompuan plak 50 kali ulang-alik. Dehydration time tu mmg aktif. Tapi aku berjaya buat 153 pusingan! Hehe...

Lepas habis jer UKJK tu, kitorang cepat2 pegi kafe. Aku mmg kering tekak. Kandungan air lam badan dah berkurang. Habis makan, terus naik bilik. Geng2 aku yg laen tidor kepenatan. Aku entah kenapa, pikir xnak tidor n just tgk TV.

Tapi skrg aku rasa cergas sket. Mmg btul, walaupon badan aku lenguh2, tapi at least dah segar skit badan ni. Jantung pon dah pam darah lebih laju. Nasib baik esok xde kelas n bleh rehat.