Apr 2, 2011

Selamat Hari Lahir!

Kekeke…akhirnya hari yang ditunggu2 telah pun tiba. Hepi sgt rasanya! NOMBOR 2 menjadi sesuatu yang cukup bermakna sekarang. Kenapa NOMBOR 2 ek ? Sebenarnya NOMBOR 2 ni merujuk kepada hari lahirku yang ke-20 pada hari ke-2 bulan April! Wahhh…dah besar dah sekarang ye. Apa2 pun tahniah untuk diriku! Tapi yang xbestnyer, inilah kali ke-2 aku meraikan hari lahirku tanpa ditemani family aku. Cedey2…

Dulu time duk kat matrik pun sama cam ni jgk. Sambut besday sorang2. Tapi aku xleh lupa pada tgh malam hari lahir aku. Kawan2 aku try nk wat surprise kat aku. Malam sebelum besday aku, aku ngan kawan2 terpaksa menghadiri jamuan untuk ahli2 Kelab Kaunseling kat rumah salah seorang cikgu kaunseling. Aku tiba kat sana sejak petang lagi. Dalam kul 3 petang. Bukan apa, tapi nak tolong utk membuat persiapan. Aku pon tolong la. Macam2 kena buat. Kena basuh pinggan-mangkuk, basuh kuali besar, sapu lantai dan siapkan ikan2 utk digoreng. Majlis tu akhirnya berjaya tanpa sebarang masalah.

Jadi kami kembali ke matrik dalam pukul 11 malam. Dah lewat dah. Habis seluruh badan terasa sengal2. So, lps sampai matrik, aku round2 dorm kawan2 aku yg lain. Sembang2 jap, pastu balik ke dorm aku dan terus letakkan kepala atas bantal busuk aku. Aku tgk jam. Dah pukul 1 pagi. Huh! Selamat! Nampaknya diorang xkan apa2kan aku sempena besday aku. Keesokan paginya aku pun bangun. Aku pelik kenapa bahagian kepala dan tangan aku melekit2 seolah2 dilemparkan gam. Aku buat bodohla. Xlama leps tu, aku pon ceritakan kepada kawan2 aku pasal ni. Diorang just gelak. Aku terpinga2 kehairanan. Pelik. Apa yang diorang gelakkan? Macamla aku ni buat lawak. Rasa cam nak tumbuk je muka diorang sumer ni. Pastu aku dapat tahu rupa2nya diorangla dalangnya! Diorang sebenarnya baling tepung yang telah dicampurkan dengan air kat aku waktu aku tidur! Patut pun rasa melekit! Tapi aku pun gelak besar kat diorang. Kenapa? Hahaha…surprise diorang memang xmenjadi. Diorang ingatkan aku akan tersedar time diorang baling tepung tu. Tapi aku tidur mati. Langsung xpedulikan mereka! Hahaha…lawak2. Sampai sekarang ni aku ingat kejadian tu.

Dan sekarang aku belajar di universiti. Kawan2 kat cni xbanyak macam dulu. Masing2 buat hal sendiri. Nak ajak berborak pun xde masa. Jadi sekarang aku hanya memikirkan besday aku seorang diri. Ntah diorang tahu ke xbesday aku ni. Tapi yang aku pasti xkan ada surprise lagi dari kawan2 aku cam kat matrik.

Apa yang aku fikirkan sekarang adalah famili aku yang jauh berbatu2 dari sini. Kan best kalau dapat sambut besday ngan famili. Abah, Ma, Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik, Auf dan Eja. Tak lupa jugak pada adik2 kecik yang ibu aku asuh. Adik, Ipam dan Oni.

Oklah…akhir sekali Selamat Hari Lahir, Fighting!!!

No comments :