May 20, 2011

We Are FIGHTING!!!

Memang dah lame aku xupdate blog ni. Bz betul akhir2 ni. Aku just sempat usha2 blog followers yg laen jer. Kali ni aku nk citer pasal pengalaman aku sepanjang 4 hari kat Dusun Eco Resort Bentong Pahang. Aku pegi kat cni coz ada kem bagi bakal2 fasilitator MINDS(Minggu Induksi Siswa) 2011. Nama kem ni FAST MINDS(facilitator training MINDS). Kalo ikutkan mmg aku tanak pegi. Yela...skrg ni tgh sibuk ngn study. Kelas ganti makin bertambah. Test banyak. Assingnment plk mengggunung. Aduhh...kalo bukan sbb tujuan ikhlas aku nk tolong adik2 yg bakal masuk kat u aku ni, dah lama aku lupakan psal nk jadik faci ni. LETIH xpayah cakap la...sepanjang hari ada jer aktiviti.

[13 MEI 2011]
Perjalanan ke sana dari Kuantan amik masa hampir 3 jam. Seramai lbh kurang 132 org bakal faci pegi lam 3 buah bas. Lam bas tu aku xtau nak wat per. So, aku just dgr je la lagu2 Kpop yg de lam hanset. Sampai bateri pon da low. Smpai kat Dusun Eco Resort tu, kitorang perlu berjalan mndaki jalan yg 40 degree menghala ke atas. Perjalanan tu amik masa 15 minit. Aduhh...lenguh kaki ni. Sepnjng hari pertama tu mmg cukup meletihkan walaupn xbnyk aktiviti lasak.

Malam tu kitorang perlu tidor kul 11.59 malam. Tapi aku yg rasa xngantuk time tu masuk lam surau n terus wat assignment Bahasa German yg menggunung ni. Selain tu, aku just nk charge hanset aku ni yg mmg langsung xhidup ni(line plak xde kat cni). Tapi malangnyer, staf2 yg bertugas lam tu nampak aku kat surau. Sepatutnya bakal faci xdibenarkan keluar bilik lepas kul 12 malan kecuali betul terpaksa(aku rasa aku ni dh cukup terdesak nk ciapkan assingment coz 2 hari lpas balik kem nanti kne antar assignment). So, trpksa la aku msuk bilik n tdo.

[14 MEI 2011]
Hari kedua just bnyk ceramah lam dewan. Some ceramah tu best n some membosankan. Time tu la ramai bakal2 faci yg da trangguk2. Tak trkecuali aku. Haha.

[15 MEI 2011]
Pagi hari ketiga ada kejutan utk kami. 2 org bakal faci(perempuan) dikatakan hilang. Ramai yg xtau mengenai ni even bdk2 pompuan. So, kitorang dibasuh cukup2 time tu sbb xtanya khabar kawan2 sendiri. Waktu tu jugakla nama aku naik! Memalukan betul. Ye la sebab aku xbagitau malam pertama aku kat cni kat roommates aku yg aku turun surau utk study. Tentang 2 org yg hilang tu, tu just GIMIK semata2. Ni just nk bagi pengajaran tuk kitorang supaya sentiasa berkomunikasi ngn kawan. Tahu tntg masalah kawan2. Aduhh...GIMIK jer lebih...tapi bagus gak. At least kitorang da terima satu pngajarn yg sgt brguna.

Hari ketiga banyak aktiviti outdoor. Aku lam group 10. Mana goup kitorang Ben10, berkapasiti 7 org lelaki n 6 org perempuan. Pagi tu group kitorang kena main kutip bola pingpong la kolam air. Sorang lelaki n sorang perempuan yg kena cari bola2 tu lam keadaan mata ditutup ngn kain. So, ada yg kena bagitau budak2 aper mana arah bola tu lam. Ben10 ni penuh bersemangat time tu. Lepas tu ada Flying Fox. Huh...ni first time aku main benda tu. Best! Nasib baik aku xrasa takut time tu. Petang tu ada aktiviti rempuh halangan. Time ni la semangat kerjasama Ben10 diuji. Kitorang mmg sesangat tunjukkan semangat kerjasama time tu. Terharu betul aku tgk. Malam tu yg bestnyer de BBQ. Aku mkn banyak waktu tu. Ye la...lapor...

[16 MEI 2011]
Hari keempat merupakan hari terakhir kami kat cni. Ada la sket ceramah motivasi pagi tu. Tengah hari tu, ada aktiviti penyampaian hadiah. Ben10 menang 2 hadiah. Hadiah pertama tu bagi kutip bola pingpong lam masa paling singkat. Dapat empat ke-3. Hadiah ke-2 plak utk johan keseluruhan, yg dinilai dari aktiviti awal sampai akhir. Ben10 POWER!

Ape2 pon aktiviti ni kira ok la...ada baiknya n ada buruknya. Tapi ada lagi FAST MINDS yg ke-2 akan datang. Aduhh...PENAT!
Ni ader bebrapa gambar yg diambil time kem tu.










 

2 comments :

Hikmah Zakaria said...

pengalaman berharga...
gunakan sebaiknya... =)

( peace no war )

Ichi Fighting said...

thanks ye~~~:)