Jun 15, 2011

Kisah KANTOI aku dengan BOY FRIEND!


Huh, akhirnya berjaya jugak aku siapkan cerita ni. Yelah...nak masuk contest yang KORIE buat. Jom ramai-ramai join contest ni :


" Ichi, cepatla sikit. Nanti tak sempat pulak nak sarapan. "
" Alah...baru pukul berapa ni. Kan Kafe bukak pukul 8 pagi? Sekarang belum pon pukul 7 pagi. Sempat punyerla... "

Hari ni merupakan hari pertama aku dan kawan baikku, Izzy, memulakan sesi persekolahan di Universiti Dongguk, Seoul. Baru dua hari lepas kitorang datang ke sini dari Malaysia dan inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke bumi Korea ni. Memang teruja rasanya dapat berada di sini. Setelah lebih kurang dua tahun aku dan Izzy buat foundation, akhirnya kitorang berjaya masuk ke universiti ni jugak. Bukan kitorang berdua jer yang berjaya, tapi 30 student lain juga berjaya melangkah masuk ke sini. Aku yang dari dulu lagi impikan berada di Korea, teramat gembira apabila sampai di sini. Ramai orang kat sini yang pandang aku pelik jer. Mungkin diorang pelik kot sebab ni first time aku kat sini. Alangkah gembiranya, kalau difikirkan, dapat jumpa artis-artis Korea. Super Junior, 2NE1, B2ST, Big Bang, wait for me!!! Hahaha! Dan yang terbaru, group Boyfriend! Kan best kalau boleh jumpa diorang.

" Ishk...ishk...ishk...mengelamun jer memanjang. Jomla pegi Kafe. "
" Ok. Ok. Da siap. "

Lepas makan, kitorang terus ke kelas yang terletak di Blok F, dua blok dari Kafe ni. Dalam kelas, aku, Izzy dan beberapa student dari Malaysia yang lain belajar bersama student dari Korea sendiri. Dari segi komunikasi memang takde masalah. Masing-masing boleh cakap bahasa Korea dengan lancar. Sesi pembelajaran pagi tu berjalan dengan baik, sehinggalah...

" Izzy, jom pegi library jap. Aku nak pinjam buku. " 

DUM!
Kepala aku terlanggar sesuatu yang keras. Aduhh...memang sakit betul. Terasa seolah-olah kepala ni nak pecah jer.

" Aduhh...sakitnya(dalam Bahasa Korea). "
Aku terdengar seseorang merengek kesakitan di depan aku. Aku berpaling dan alangkah terkejutnya tatkala aku melihat orang yang aku langgar tu!

" Errmmm...awak ni Young Min kan?(aku cakap lam Bahasa Korea)
" Ya...memamg saya Young Min. "

Betul! Memang dia! Memang Young Min! Tak sangka pulak dia belajar kat sini, satu universiti dengan aku. Memang betul-betul tak sangka.

" Tapi bila pulak adik balik sini? Bukan ke adik kena pegi Jepun, ada urusan penting kat sana? " Young Min bertanya.

Aku terpinga-pinga. 'Adik'? Sejak bila pulak aku jadik adik Young Min? Atau mungkin dia panggil aku 'adik' sebab dia tahu yang aku ni junior? Tapi dia ada sebut pasal Jepun? Katanya aku ada urusan penting di sana.

" Maaf, rasanya awak salah orang. Saya bukan adik awak... " , aku menjelaskan kepadanya. Izzy turut membantu aku.

" Tapi awak... "

Boyfriend...e'e...(bunyi ringtone)
Young Min keluarkan handset dari poket seluarnya dan menunjukkan riak wajah terkejut apabila melihat sesuatu di skrin:
Calling
Kwang Min

" Yaboseyo...adik! Betul ke ni adik? Ada kat mana sekarang? "

So, semuanya jelas. Memang aku bukan Kwang Min. Muka aku ni jer yang mirip Kwang Min. Patutla ramai yang pandang aku semacam jer sejak aku datang sini. Macamla aku ni ader buat salah. Aku cuba tanya Young Min apa yang berlaku antara dia dan adiknya. Apa yang Kwang Min buat kat Jepun. Perkara apa yang penting sangat yang memerlukan dia berada di sana. Pada mulanya, memanglah, Young Min taknak bagitau perkara sebenar. Tapi lepas banyak kali dipujuk(dengan bantuan Izzy), barulah dia bagitau perkara sebenar. Rupa-rupanya Kwang Min pergi Jepun sebab nak buat pembedahan peti suara. Kata Young Min, peti suara Kwang Min cedera selepas terlibat dengan kemalangan hari tu. Oleh sebab takut memberi kesan yang buruk pada syarikat, especially fans di luar sana, Kwang Min pun buat keputusan menjalankan pembedahan di Jepun(kenalannya ada di sana), tanpa diketahui oleh pihak syarikat.

Memang tak sangka aku boleh kenal Young Min macam ni. Aku, Izzy dan Young Min berkawan rapat lepas tu. Pergi makan sama-sama, pergi kelas sama-sama(kelas Young Min sebelah kelas aku) dan study pun sama-sama. Orang lain pulak mati-mati sangka yang aku ni Kwang Min.

Tapi sesuatu telah berlaku selepas aku dikejutkan awal-awal pagi oleh Young Min yang meluru masuk ke bilik aku.

" Ichi, awak kena tolong saya. Boleh tak awak menyamar jadi Kwang Min? "
" Apa? Jadik Kwang Min? Kenapa pulak? "
" Sekarang syarikat dah panggil kami semula untuk buat show. Memanglah sebelum ni kami diberi masa untuk focus lam pelajaran, tapi baru jer tadi syarikat call. Minwoo, Jeong Min, Dong Hyun dan Hyun Seong pun dah tau syarikat call. Memandangkan Kwang Min masih belum pulih lagi, saya nak awak jadik dia, boleh tak? "

So, i have to be him! To be Kwang Min! Tak terfikir pulak aku yang suatu hari nanti aku kena jadik Kwang Min. Masalahnya sekarang suara aku taklah sehebat Kwang Min. Menari pun da tunggang-langgang(lama tak menari).

Bermulanya saat ni, aku kena jadik Kwang Min. Dari segi berpakaian yang penting. Aku dah tak boleh nak pakai kain pelikat(nampak sangat pelik kalau Kwang Min yang pakai). Semua pakaian, Young Min yang bagi pinjam pakaian Kwang Min kat aku.

Time training paling teruk. Member lain tak tahu aku ni bukan Kwang Min. Young Min taknak bagitau kepada diorang sebab taknak besarkan perkara ni. So, memang kena betul-betul cover tingkah laku aku. Nasib baik Young Min selalu back up aku time training.

Sekarang tibalah masa buat show kat M! Countdown. Aku nyanyi secara miming sebab suara aku tak best. Dance pembukaan tu aku da buat kesilapan. Nasib baik tak banyak. Tapi Min Woo dapat detect.

Dan sekarang tibalah masanya untuk buat persembahan lagu Boyfriend. Awal-awal memang okey, tapi bila sampai kat tengah jer, aku ter-miming part Hyun Seong. Alamak! Aku buat bodoh jer time tu dan teruskan persembahan.

Lepas jer habis show tu, nak tak nak, aku terpaksa bagitau perkara sebenar kat member lain(Young Min yang bantu). Diorang pada mulanya marah sebab rahsiakan perkara ni, tapi lepas tu okey sebab faham situasi Kwang Min sebenar.

4 comments :

K O R I E said...

yeah.
finally submit jugak yea..
tp ichi xsubmit full url
bley x submit sekali lagi for full url 'kisah kantoi ni' dekat belog korie..

Ala. ala.. tengok muka sikit.. ada iras-iras mcm artis korea ke?.. huhu. bley jadi rebutan ramai ni kalau betul.
Btw.. aku suka content dlm cerita ni ^_^ ala-ala mcm YB
GOOD JOB OKe!
Thank sbb join my 1st contest.
bila plak nak buat contest ichi?

Ichi Fighting said...

hehe~~~tu la ichi ni excited sgt nk antar sampai url pon xfull~~~
ingt nk wat jgk contest tapi bkn lam masa terdekat ni~~~:)

Ichi Fighting said...

Nurul Zakira : xlah...mmg btul Youngmin abang Kwangmin...

maklumat lnjut leh tgk link ni :
http://www.facebook.com/jotwins

Ichi Fighting said...

@Nurul Zakira
;)