Feb 14, 2012

Hello! Sem 4 dah start!

Isnin 13/2/12

Hari ni officially bermulanya sem 4. Jadual hari ni pon padat dgn subjek baru:
8.00pg-10.00pg Deutsch
11.00pg-1.00ptg ManPro
4.00ptg-6.00ptg ProE

Tapi yg bestnya kelas Deutsch je yg ada. Kelas laen cancel. Hepi jgk rasenye hari ni. Lecturer Deutsch kitorang da tukar sbb tunggu mase nk bersalin. Ni lecturer baru yg ajar. Lelaki. Datang dari Ukrain. Laju btul cakap german. Seems ok. Harap sem ni subjek german lg baik dpd sebelum ni.

Aib! Aib! Aib! Part ni yg aku kurang senang ngn satu benda ni. Pagi tadi lps abes kelas Deutsch aku pegi pejabat fakulti nk amik slip result sem 3. Ramai btul student kelas laen kat situ. Aku tgk2 la ape yg diorang buat. Nampak cam printed paper yg diorang amik. Aku dah mula pelik. Kalo ramai yg datang ni comfirm la nk amik slip result. Tapi diorang amik printed paper, nampak mcm slip daftar subjek. Lps tu aku ngn kawan aku pegi la mintak slip result ngn lecturer lame(kebetulan dia ada kat meja, depan dia ada kertas cam result je). Mmg terkezzzuuuttt la time tu. Mane slip? Mane slip yg sblm ni tertutup? Yg sebelum ni hanya student tu sendiri je yg boleh tgk(melainkan dia bagi kawan dia tgk). Alah...cam slip muet tu. Yg ade hanya printed paper terkandung result sem 3! Kenape mcm ni? Dah xde privasi. Pulak tu student laen bleh tgk time nk amik kertas sendiri. Aku btul2 xtau sbb ape jadi cenggini. Terfikir pulak yg u aku xde peruntukan ke nk wat slip cam dulu. Tapi mustahil. Bangunan boleh renovate, landskap nk buat cam obersea gitu. Xkn xde duit nk wat slip. Kadang2 rase cam maruah sendiri hilang mcm tu je bila student laen tgk result(nasib baik aku cepat2 amik result aku n sembunyikan). Haishhh. Xpaham aku. Ke ni sistem baru pulak? In case nk bg student tu rase malu bila result rendah n then usaha sungguh2? Ntah aku pon xtahu.

Biarlah mende tu berlalu. Kadang2 malas nk layan mende2 cenggini. Wat sakit ati ade la.  Lebih baik aku layan variety show hello baby MBLAQ. Lucu betul show ni. 'Appa-appa' kene jaga baby. Hahaha! Skang ni aku br tgk sampai ep 4. Comel btul baby Dayoung(girl), Lauren(girl) n Leo(boy).

Ni dia MBLAQ. Dari kiri: Mir, Lee Joon, Seung Ho, G. O. dan Thunder.

p/s: hari ni blanje duit RM5.50. Terlebih 50 sen.

Selasa 14/2/12

Aduh..bangun lewat lagi. Nasib baik sempat sampai kelas sblm kul 8pg. Tapi kene tukar kelas. Kene duk kat design lab. Kat situ kene guna kerusi yg ade skali ngn meja kecik. Xtau ape org panggil. Mgkin flip flop kot. Aircond ttp sama mcm bilik lama. Macam tunggu masa nk buang kat laut je. Tapi mgkin kene bljr kat situ utk minggu ni je. Skang aku student fakulti kejuruteraan pembuatan kene bljr kat fakulti kejuruteraan mekanikal sbb fakulti aku xsiap lagi. Rasanya mggu depan dah boleh gerak ke fakulti aku. Jauh jgk nk kena jalan ni. Lagi2 time panas terik. Gelapla 6t kulit aku.

Tadi lepas pegi amik baucer BR1M RM200. Yea! Dapat duit. Igt nk bli buku rujukan. Tapi tgk2 buku2 yg edisi lame je bnyk. Mostly majalah n novel je yg penuh. Terpaksala simpan baucer dulu.

Tapi sampai sekarang aku rase sedih. Mlm tadi kakak aku bgtau yg datuk aku(sebelah mak) da kritikal. Aku sedih la. Aku pggil datuk aku 'tok ayah'. Cuti sem lepas aku n family ade balik jenguk tok ayah sbb tok ayah xsihat. Baring atas tilam je. Tu la aku jumpa lepas, kalo xsilap tahun 2005. Lbh kurang 7 tahun xjumpa. Ikutkan nak je aku balik kampung sekarang. Tapi xtahula lagi cammane. Harap tok ayah kembali pulih. Insyaallah.

Ni beberapa keping gambar yg sempat aku snap time balik kampung hari tu:

Ni reban ayam + itik rumah mak cik aku.
Ni pokok2 limau purut sebelah rumah pak cik aku.
Ni depan rumah pak cik aku.
Ni pon. Banyak betul daun.
Ni pokok pak cik aku. Xtau name ape.
Ni pokok limau.

2 comments :

K O R I E said...

Untunglah dia dapat voucher, kita xdapat tau ;(.huk3

kta doakan tok abah awk sihat k. jgn risau2 k. stiap apa yg terjadi tu ada hikmah disebaliknya k ;)

Ichi Fighting said...

@K O R I E
hehe...untung kan?

amin...harap cepat2 sembuh.