Apr 30, 2012

Aku dan Kelekatu.


Malam ni tak tahu kenapa banyak sangat kelekatu kat kafe ngan koop. Petang tadi rasanya tak nampak sekor pon kelekatu. Time nak amik mee goreng yang dah tempah petang tadi, terkejut tgk banyak sangat kelekatu terbang kat lampu2. Kesian la sape yang makan kat kafe malam tu. Mesti tak senang duduk. Takut kelekatu jatuh dalam makanan.

Lepas tu pegi koop nak beli air kotak lemon. Huh! Kat depan pintu koop penuh dengan kelekatu. Terpaksa tutup muka sebelum masuk. Tanya abang cashier, tapi dia pon tak tahu jugak dari mana datang kelekatu yang banyak sangat macam ni. Tapi yang misterinya kat bilik takde pulak. Tandas pon takde. Hmm...misteri2. Mungkin diorang tak sempat singgah kot.


Ni sedikit info pasal kelekatu. Aku amik ni dari Datuk Wikipedia:
" Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru. "
Sumber: [link]

Esok cuti sempena hari pekerja. Ingat nak bangun lewat sikit. Yelah, bila lagi peluang macam ni nak datang kan? Walaupon keje berlambak, rehat tetap rehat.

Touch Korea Tour Blog Contest: Peluang keemasan menanti Kpoppers!


Korang minat Kpop? Korang minat citer Korea? Korang suka makanan Korea? Korang suka apa saja tentang Korea? Jadi, korang memang ada kat tempat yang betul!

Tadi baru aku perasan yang kawan aku join contest ni. Sebelum ni aku ingat dia gurau je. Tapi bila tengok blog dia, memang betul! Tak aci ko Farah! Huhu!

Yang bestnye pemenang bertuah berpeluang jumpa 2PM dan Miss A! Daebak! Aku harap ko menang Farah! Nanti aku orang nombor satu suruh ko mintak autograph diorang.


Ni antara kandungan dalam blog ni:
" There a lot actually but let just list out the most 5 things that make me inspire Korea..
1. KOREAN'S HISTORY
Anybody who is a big fan of Korea should already know that Korea was once had 'dynasty' and 'kingdoms' system.Me myself also learned the Korean's history mostly from the dramas and articles about Korea. The historical part itself  is an awesome thing to learn but the fact that how well the Korean preserve and shared the history is amazing!!... "

Korang boleh baca lagi kat sini:
1. http://stardeepestfeeling.blogspot.com/2012/04/1what-inspires-you-by-korea.html
2. http://stardeepestfeeling.blogspot.com/2012/04/2-why-should-ill-be-as-one-to-join.html

Ni page contest tu: http://www.visitkorea.com.my/article/touch-korea-tour-blog-contest

Apr 29, 2012

Best ke duduk kat bumbung rumah macam Rooftop Prince?


Bumbung rumah tu bukan bermaksud duduk kat atas atap rumah, yg mcm rumah kita tu. Rumah kat bumbung ni macam dalam citer Rooftop Prince. Macam gambar kat bawah ni.


Mesti best kan. Pagi2 boleh duk kat situ tengok matahari terbit. Petang2 pulak boleh santai2 sambil minum air. Lagi satu kalau yg suka tanam pokok bunga, memang untungla.

Bila tgk patung lobak putih @ radish toy, rasa nak beli je sbb comel sangat.


Ada fans yg buat chibi character Rooftop Prince ni. Betul2 kreatif.


Banyak lagi gambar kat sini: [link]