Apr 30, 2012

Aku dan Kelekatu.


Malam ni tak tahu kenapa banyak sangat kelekatu kat kafe ngan koop. Petang tadi rasanya tak nampak sekor pon kelekatu. Time nak amik mee goreng yang dah tempah petang tadi, terkejut tgk banyak sangat kelekatu terbang kat lampu2. Kesian la sape yang makan kat kafe malam tu. Mesti tak senang duduk. Takut kelekatu jatuh dalam makanan.

Lepas tu pegi koop nak beli air kotak lemon. Huh! Kat depan pintu koop penuh dengan kelekatu. Terpaksa tutup muka sebelum masuk. Tanya abang cashier, tapi dia pon tak tahu jugak dari mana datang kelekatu yang banyak sangat macam ni. Tapi yang misterinya kat bilik takde pulak. Tandas pon takde. Hmm...misteri2. Mungkin diorang tak sempat singgah kot.


Ni sedikit info pasal kelekatu. Aku amik ni dari Datuk Wikipedia:
" Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru. "
Sumber: [link]

Esok cuti sempena hari pekerja. Ingat nak bangun lewat sikit. Yelah, bila lagi peluang macam ni nak datang kan? Walaupon keje berlambak, rehat tetap rehat.

6 comments :

Lollifarah said...

huhu that sketching atas laptop mmg sangat cute okayh!!

Lollifarah said...

owh btw doodle yg atas tu pun comel.nanti ajar aku buat ya..

K O R I E said...

musim hujan maybe.
sbb tu lah kekatu byk
eh. ejaan dia mmg kelekatu ek?
hehe. baru tahu

Ichi Fighting said...

@K O R I E
mungkin...
hmm...ada yg panggil kelekatu, kelkatu, kekatu...mungkin sesetengah negeri lain panggilan.

Ardini Izzati said...

Biasalah tuu kekatu banyak. Tapi paling letih nak sapu sayap2 dorang tu. Haihh --"

Pecinta pink^^ said...

kekatu saya panggil..hee..slalu time ujan memang banyak..lagi2 yg duk kwasan kg..