May 13, 2012

Lagi MV daripada Big Bang - Never Stop Dreaming.


MV ni sebenarnya untuk kempen The North Face. Apa tu The North Face?

"The North Face, Inc. is an American outdoor product company specializing in outerwear, fleece, coats, shirts, footwear, and equipment such as backpacks, tents, and sleeping bags.
The clothing and equipment lines are catered towards wilderness chic, climbers, mountaineers, skiers, snowboarders, hikers, and endurance athletes.
The company sponsors professional athletes from the worlds of running, climbing, skiing and snowboarding including David Carrier Porcheron and Johan Olofsson."

Sumber: Wikipedia

Dengan tema "Never Stop Dreaming", The North Face beri sokongan terhadap golongan belia mencapai impian masing-masing.

May 9, 2012

MBLAQ on Running Man? Betul ke ni?

Ha! Kali ni giliran MBLAQ pulak! Sebelum ni ingatkan NU'EST [link1] jadik guest dalam Running Man. Rupa-rupanya MBLAQ yang akan jadik guest! Memang betul-betul tak sabar nak tengok episod kali ni.


Sebelum ni Lee Joon pernah jadik guest. Time tu episod 8. Lee Joon sekarang ni boleh kata dikenali dengan variety skill. Mesti happening jadiknya. Lagipun dalam Hello Baby MBLAQ [link2] [link3] pun tengok diorang ni best jugak. Lucu pun ade.


Penggambaran untuk episod ni nanti pada 7 Mei dan dijadualkan tayangan pada 20 Mei nanti. Jadi, sabarlah menunggu ya kepada peminat MBLAQ dan Running Man!

May 5, 2012

NU'EST will be on SBS's Running Man? NU'EST dalam Running Man?


Biar betul? Macam tak percaya je statement ni. NU'EST akan jadi tetamu dalam Running Man? Jawapannya...TIDAK sama sekali! Taklah. Gambar kat atas tu time NU'EST ada kat restoran, diorang kebetulan jumpa Yoo Jae Suk dan Haha.

Sebelum ni aku ada mention pasal Running Man ni. Korang boleh tengok post aku kat sini: [link]. Setakat ni male group idol yang jadik guest dalam Running Man 2PM, TVXQ dan Big Bang je. Group lain mostly sorang member je yang jadi wakil. Female group pulak macam SNSD, f(x) dan T-ara. Best jugak ye kalo NU'EST jadik guest.

Sumber: @thenuest

p/s: tak kenal NU'EST? Refer sini: NU'EST

May 4, 2012

Dieser Weg - Xavier Naidoo - Memori lama muncul kembali.


Bila dengar lagu ni, teringat pulak pengalaman yang betul2 berharga tahun lepas. Time tu kalau tak silap aku dalam bulan puasa. Aku dengan classmates ada kelas intensif, macam kelas tambahan la. Kelas tu untuk subjek Bahasa German. Kelas tu start sebelum bulan puasa lagi dan abis just a couple of days sebelum raya.

Bila fikir2 balik, memang best belajar time tu. Walaupun penat, normallah kan sebab kelas start pukul 8 pagi sampai 6 petang, rehat time tengah hari je. Yang penting kelas tu best. Banyak benda baru yang aku belajar. Topik2 lama pun belajar balik utk lebih paham.

Lagu kat atas tu lecturer aku yg introduced. Time dekat nak abis intensif and somewhat, kitorang rasa macam stress sikit belajar. Mula2 dengar lagu ni, aku tak rasa apa2 sebab tak paham sangat lirik tu. Tapi bila dengar banyak kali, feel tu datang sendiri. Salah satu mesej lagu ni, semua benda dalam hidup kita tak selalunya mudah. Senang cakap perjalanan hidup kita ni tak mudah, banyak halangan, rintangan yang mesti kita tempuhi.

So, memang lagu ni kena sangat la dengan situasi kitorang time tu. Sampai sekarang lagu ni terngiang2 kat telinga aku.