Jun 25, 2012

Pemanasan global: Kesian kat Bumi ni.

Untuk hari ni, pemanasan global jadi tajuk utama kat kelas tadi. Yup! Aku memang tengah belajar sekarang, walaupun cuti sem. Sepatutnya cuti sem kan? Cuti sem bermakna cuti la kan? Tak payah nak datang kuliah lagi. Boleh rehat kat rumah.

Nope! Salah! Aku still ada kelas. Cuma bukan kelas formal sem. Tapi kelas persediaan untuk amik exam Bahasa German. Kalau pass exam ni, dapat la pergi German, buat praktikal kat sana. Selama sebulan ni aku dan classmates mesti bertungkus-lumus belajar. Kalau tak, melepas la nanti .

Berbalik kepada pemanasan global tadi, berdasarkan kajian, memang suhu kat Bumi ni makin meningkat. Kesian Bumi ni ye. Apa tu pemanasan global? Fenomena ni berlaku bila gas rumah hijau halang haba dari Bumi ni terbebas ke luar angkasa. Matahari boleh tembusi gas ni ke Bumi tapi haba dari Bumi ni tak boleh keluar balik. Antara gas rumah hijau yang feymes carbon dioxide, carbon monoxide dan CFC. Sebab tu la panas.

Dari mana datangnya gas-gas ni ye? Biasanya gas-gas ni terhasil daripada:
1. Enjin kenderaan(pembakaran minyak tanpa plumbum).
2. Kegiatan perindustrian.
3. Pertanian(penggunaan racun serangga secara berlebihan).
4. Pembakaran secara terbuka.
5. Penggunaan air cond(gas CFC terbebas).

Antara kesan pemanasan global ni adalah:
1. Suhu Bumi meningkat.
2. Pencairan ais di kawasan kutub.
3. Peningkatan aras laut(sebab ais cair).
4. Banjir besar.
5. Kemarau.

Tapi kita boleh atasi pemanasan global ni daripada terus berpanjangan. Langkah yang proaktif perlu diambil segera. Antaranya, kurangkan penggunaan air cond. Guna bila perlu je. Jangan pulak bukak air cond time hujan. Tak ke membazir tu? Lagi satu, kurangkanlah pembakaran secara terbuka ni. Kalau boleh, tak payah bakar langsung. Kalau nak bertani, lebih bagus guna baja organik macam tahi lembu kan? Lebih jimat dan tak memudaratkan Bumi ni.

8 comments :

NURUL NAJWA said...

wahwah, best assgment. :D

FaLya said...

bagus betul ada student mcm ni..

dyabunga said...

semoga berjaya ye..seronoknya dpt praktikal kt c2

Hasliza Yusoff said...

Good Luck!

cikpjaz said...

gud luck yer ^^

missha said...

wah :) pergi jerman baik-baik :)

K O R I E said...

nt kul dpt g german belikan kita cenderamata eh ;)

kita doakan ichi lulus exam bhasa german tu.

eyqa said...

blaja baek2 yerk..
eyqa doakan ichi berjaya praktikal
kat german..
gud luck:)