Jul 26, 2012

Hari ni bukak pose sorang-sorang. Betul ke tak elok bukak pose kat padang?

Sebelum ni aku bukak pose dengan kawan aku kat kafe. Tapi hari ni dia cakap nak makan kat luar. Budak -budak kelas aku cadang nak bukak pose kat padang MPK3 depan masjid kat Kuantan. Aku tak nak join. Takde selera nak makan kat luar hari ni. Tinggal la aku sorang-sorang kat bilik. Mesti best diorang makan kat sana kan?
Tapi kan aku ada baca atrikel ni. Cakap yang makan kat luar tak elok.

"Senario umat Islam berbuka puasa secara picnic di padang2 dan taman rekreasi menjelang Ramadan dewasa ini berlaku di mana-mana...

Sedarkan anda bahawa tabiat duduk di luar rumah menjelang waktu Maghrib atau senja adalah satu perbuatan yang amat dilarang oleh Rasulullah kerana boleh menyebabkan manusia diganggu oleh jin...

Ya, memang benar syaitan dibelengu pada bulan Ramadan, namun menurut al Habib Kazim as Saqqaf di dalam ceramah awal Ramadannya dahulu, syaitan yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah syaitan2 yang kuat dan hebat sedangkan syaitan2 picisan masih berkeliaran mengganggu manusia.. Itu pun manusia tidak dapat tangani..

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa syaitan yang mengganggu dan menghasut hati dan kecenderungan manusia memang dibelengu, sedangkan jin yang masuk dan menyakitkan manusia masih berkeliaran.. WALLAHU A'LAM... berbagai2 pendapat ulamak.."

Ada hadis pasal ni:
"Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [HR Bukhari] "
Sumber: [link]

Aku rasa lagi elok kalau makan kat tempat tertutup. Tempat yang dikhaskan untuk makan. Macam kat rumah, kafe, gerai-gerai makan ataupun restoran. Lain la kalau keadaan darurat. Tak de tempat nak berbuka. Yelah time bulan Ramadhan ni memang penuh la tempat makan waktu berbuka kan? Lambat sikit je dah tak de tempat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat berbuka puasa!

2 comments :

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

ciannye makan sorang2..
jom join eyqa buke pose..
hehehe

K O R I E said...

blan puasa syaitan ada ke?.

ala, berbuka sorang2 je.
xpew. berdikari tu ;)