Jul 23, 2012

Kelas start dalam bulan Ramadhan. Kenapa sikit je student datang?

Hari pertama kelas teknikal untuk Bahasa German taklah seboring disangka. Tapi yang paling lawak just 5 orang student je yang datang. Sepatutnya 16 orang. Memang lawak kan? Apa-apa pun, kelas start jugak. Kelas ni khas untuk belajar term-term teknikal macam engineering, komputer dan mesin-mesin dalam Bahasa German.

Tadi kena translate komponen kereta dalam Bahasa Malaysia. Tak banyak yang boleh ditranslate sebab mostly terms yang biasa pakai English. Kadang-kadang pelik bunyinya bila perkataan English ditukar kepada Bahasa Malaysia. Kelas start 9 pagi sampai 1 petang je. Alhamdulillah...dapat jugak masa untuk rehat.

Hari ni teringat pulak time duduk kat rumah minggu lepas. Yang paling best dapat makan ikan patin masak tempoyak. Actually aku ni bukan penggemar durian. Tapi aku suka makanan yang dimasak guna tempoyak. Pelik kan? Bagi aku tempoyak dan durian tu dua benda yang berbeza.

Fresh lagi ikan patin ni.
Separuh untuk digoreng.
Separuh lagi untuk dibuat gulai tempoyak.

Hari ni tak tahu nak makan apa. Nasib baik kafe bukak. Kalau tak terpaksa la beli makanan kat bazar ramadhan kat luar. Tapi kan kalau nak makan free senang je sebab kat masjid u aku ni ada buat iftar tiap-tiap bukak puasa. Tapi biarlah dulu. Malam ni nak makan kat kafe dulu.