Jul 24, 2012

Kempunan nak makan mee kari. Inilah akibatnya boros sangat.

Petang semalam kawan aku ajak beli makanan kat bazar. Memang tak jadi la aku nak makan kat kafe time bukak pose. Entahlah dengar citer kafe dah tak bukak. Kesian kitorang yang still ada kelas lagi ni. Seminggu sebelum raya baru habis.

Tapi kalau pikirkan balik, memang tak jalan la macam tu. Kafe sini buat makanan bufey. Walaupun sikit, kalau kitorang tak makan kat kafe, rugi la diorang kan? Nasib baik kat masjid ada iftar. Dapat la student makan kat sana. Nak beli makanan kat luar perlu keluarkan duit.

Semalam banyak jugak la aku beli juadah bukak pose. Rambang mata tengok makanan. Beli nasik kerabu. Tapi time makan, budu dalam tu rasa pelik sikit. Macam mak cik tu buat sendiri je. Ayam percik pulak rasa tak fresh. Mungkin sebab diorang tambah madu kot. Memang rasa pelik.

Nasik kerabu putih.
Sayang betul ayam percik ni tak fresh.
Popiah goreng. Cari popiah sira tapi tak jumpa.
Melepas nak makan mee kari.

Ingat time sahur nanti nak makan mee kari. Time beli mak cik tu cakap tak basi bila sahur. Malang memang tak berbau kan? Nasib badan la. Tidur lewat punya pasal, sahur pun tak terbangun. Kesian mee kari ni.

p/s: aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Lain kali tak nak membazir lagi.

No comments :