Jul 7, 2012

SUKMA 2012 kat Pahang: Bila-bila masa aku boleh pergi tengok.

Walaupun tak dapat tengok live kat Stadium Darul Makmur, rasanya cukuplah dapat tengok live streaming kat internet je. Kawan pompuan aku ajak aku tengok kat stadium tapi segan kot nak pegi. Aku sorang pulak tu lelaki. Takpe mungkin bukan rezeki aku. Tapi rasa sayang pulak tak pegi.

Kali ni lebih kurang 5000 atlet dan pegawai yang join. U aku antara venue sukan. UMP. Tapi kat Gambang la. Aku duk kat Pekan. Kalau ade kat Gambang, comfirm boleh tengok diorang main. Kat sana ada Taekwando, Karate dan Wushu. Kat UMP Pekan ni salan satu tempat penginapan atlet. Atlet Angkat Berat dan Golf.

Malam semalam time beli makanan kat kafe, atlet-atlet ni datang makan. Atlet Kelantan. Rasanya Angkat Berat. Rasanya lah. Tak berani nak tegur diorang. Excited jugak sebab tak sangka kan UMP jadik venue. Hari ni tegok khemah kat tepi hostel dah mula pasang. Mungkin tempat diorang makan.

Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku capture. Tapi low quality la.

No comments :