Aug 31, 2012

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-55!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tanggal 31 - Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang daripada mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

Aug 30, 2012

Sehari menuju tarikh keramat: Apabila aku dah suka sejarah.

Zaman sekolah memang zaman yang paling best. Ramai kawan. Boleh belajar sama-sama. Senang nak jumpa cikgu. Tapi yang tak best bila belajar subjek sejarah. Susahlah! Nak kena paham. Nak kena hafal. Perjanjian sana. Perjanjian sini.

Memang. Tingkatan 1 dan dua memang aku tak suka belajar sejarah. Tak pernah dapat A. B pun jarang sekali nak dapat. Memang boring. Lebih-lebih lagi tingkatan 2. Malas nak baca pasal perjanjian yang banyak sangat. Bila sampai waktu kelas sejarah je, mata mula lah kuyu. Ngantuk. Boring sangat.

Bila masuk tingkatan 3 semuanya berubah. Aku paling suka subjek sejarah tingkatan 3. Senang nak paham. Dari kedatangan Jepun sampailah pembentukan Malaysia. Best belajar. Tak pernah ngantuk pun. Cikgu yang ngajar pun happy go lucky. Rasa semangat nak belajar. A kerap kali dapat.

Time tu lah banyak benda aku tahu tentang Malaysia. Zaman nenek moyang kita dulu. Sanggup bergadai nyawa sebab nak capai kemerdekaan. Nak bebas daripada penjajah. Untuk siapa? Untuk siapa kalau bukan untuk anak cucunya akan datang. Untuk generasi akan datang. Nak tengok diorang hidup senang. Aman damai. Sampai sekarang ni aku ingat lagi kelas sejarah tingkatan 3.

Aug 29, 2012

Dua hari menuju tarikh keramat: Pengalaman aku bila sambut merdeka.

Tahun ni kita akan sambut merdeka buat kali ke-55. Wah, cepat betul masa berlalu! Dalam waktu puncak ni, macam-macam persiapan dibuat. Jalur Gemilang pun dah makin banyak dinaikkan. Dalam u aku ni Jalur Gemilang dah dinaikkan time puasa hari tu.

Ingat pulak time sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Time darjah 3 aku pernah menang pertandingan melukis logo merdeka. Dapat nombor dua. Hadiahnya buku log, kalau tak silap dua buah. Tapi bukan hadiah yang jadik rebutan. Yang penting semangat nak sambut merdeka tu.

Bila masuk sekolah menengah pulak aktiviti wajib pertandingan mewarna dan kena buat banner merdeka bagi setiap kelas. Kitorang bahagi-bahagikan saper yang nak masuk pertandingan mewarna dan saper yang nak buat banner kain. Untuk banner kena guna warna biru, putih, kuning dan merah. Pandai-pandailah campur warna-warna ni kalau nak dapatkan warna lain. Kelas aku dapat nombor satu daripada tingkatan dua yang lain. Ingat lagi time tu. Hari tu hujan dan kilat. Dalam pukul 4 petang gitu. Takut nak balik rumah. Nasib baik kejap je. Tapi basah jugak lah baju meredah hujan.
Zaman sekolah lah yang paling best. Bila masuk u ni dah kurang aktiviti menarik macam tu. Mana ada lagi pertandingan mewarna, mana ada lagi pertandingan buat banner. Koir? Mana ada lagi. Tu pun buat time matrik dulu. Habis muka diconteng. Lukis Jalur Gemilang kat muka. Kalau tak silap kelas aku dapat nombor dua. Memang rasa segan nak nyanyi atas stage. Nasib baik ramai dan muka kena conteng. Orang tak cam lah.

Pengalaman ni memang tak ternilai harganya. Betul orang cakap. Bila masa berlalu, baru kita akan kenang saat-saat manis bersama.

Aug 15, 2012

Selamat hari raya aidilfitri! Maaf zahir dan batin!

Jumpa daun ketupat time nak basuh baju. Sape la buat awal sangat ketupat ni.
Mungkin awal lagi ni nak wish. Tapi terpaksala. Pagi nanti aku dah nak balik rumah. Kat rumah takde internet. Sebab tu nak wish awal.

Actually aku tengah demam time buat erty ni. Sejak isnin lagi demam dan selesema. Time jawab test selesema sikit-sikit. Lepas balik bilik, rasa panas badan. Mungkin cuca kat sini sekarang tak menentu. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. Ada satu hari tu panas sangat. Memang mencabar duk kat Pekan ni. Lebih-lebih lagi bulan pose ni.

Tak sangka pulak boleh balik awal. Sepatutnya balik hari selasa. Aku dah beli tiket bas hari rabu. Budak-budak ni yang nak balik awal. Nasibla.

Lagi mencabar barang dalam bilik lama tak kemas lagi. Malan tadi start kemas. Turun tangga blok dari tingkat 3, naik tangga ke tingkat satu blok lain. Rasaya ada 10 kali ulang-alik.

Tapi takpe la. Pagi nanti dah nak balik rumah. Nak rehat puas-puas. Nak pegi bazar Ramadhan. Kat sini 3 kali je aku pegi. Beli makanan kat kafe je. Tapi semalam kafe start tutup. Time bukak pose aku makan mihun sup segera je. Sedih kan?

Insya Allah Ada Jalan episod 30 - Penyesalan Sang Koruptor.

Insya Allah Ada Jalan episod 30 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 30 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 30 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 30 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 30 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 29 - Pemimpin Yang Tidak Amanah.

Insya Allah Ada Jalan episod 29 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 29 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 29 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 29 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 29 part 5.

Aug 13, 2012

1st kad raya aku dapat dari kawan aku.

Kenal lagi ke tak kad raya? Kan sekarang dah makin canggih. Tak heran la kan kalau ada yang tak tahu ape tu kad raya kan? Tapi ada ke?

Kad raya tu kad yang diberi sempena hari raya. Biasanya untuk ucap selamat hari raya dan mohon maaf. Kad raya ada pelbagai warna, bentuk dan kata-kata.

Mungkin sekarang dah kurang yang guna pakai kad raya ni. Mungkin lebih mudah sampaikan ucapah melaui gadget elektronik yang canggih-manggih.

Dulu kecik-kecik selalu jugak hantar, terima kad raya ni. Perasaan tu berbeza. Rasa benda yang kita tulis manually tu lebih bermakna.

Aku pun tak hantar lagi kad raya. Minggu ni memang dah tak sempat nak hantar. Kalau hantar pun mesti dapat lepas raya.

Insya Allah Ada Jalan episod 28 - Juragan Kontrakan Yang Kejam.

Insya Allah Ada Jalan episod 28 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 28 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 28 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 28 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 28 part 5 (link akan ditambah kemudian).

Insya Allah Ada Jalan episod 27 - Azab Suami Menganiaya Istri Lumpuh.

Insya Allah Ada Jalan episod 27 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 27 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 27 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 27 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 27 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 26 - Playboy Insyaf & Gadis Penginap Kanker.

Insya Allah Ada Jalan episod 26 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 26 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 26 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 26 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 26 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 25 - Guru Ngaji Pergi Haji.

Insya Allah Ada Jalan episod 25 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 25 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 25 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 25 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 25 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 24 - Taubat Diujung Maut.

Insya Allah Ada Jalan episod 24 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 24 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 24 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 24 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 24 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 23 - Anak Durjana Tersengat Listrik.

Insya Allah Ada Jalan episod 23 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 23 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 23 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 23 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 23 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 22 - Uang Haram Mantan Pejabat.

Insya Allah Ada Jalan episod 22 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 22 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 22 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 22 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 22 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 21 - Akibat Melawan Orang Tua.

Insya Allah Ada Jalan episod 21 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 21 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 21 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 21 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 21 part 5.

Insya Allah Ada Jalan episod 20 - Ginjal Tukang Kebun Untuk Majikan Kikir.

Insya Allah Ada Jalan episod 20 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 20 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 20 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 20 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 20 part 5.

Aug 12, 2012

My Little Girl - Maher Zain: Unofficial wallpaper with lyrics.

Aug 11, 2012

Blog aku redirect ke website lain bila guna Chrome. Header blog Korie ada masalah.

Dah berminggu-minggu blog aku ni redirect ke searchremagnified.com. Problem ni just berlaku bila aku guna browser Chrome. Aku ingatkan laptop aku yang problem. Tapi kawan aku cakap bila dia bukak blog aku guna pc dia, masalah sama berlaku. Aku search la kat internet masalah ni. Ada yang cakap bila website redirect ke searchremagnified.com, ada virus lam laptop atau pc korang. Trojan. Tu yang aku takut. Sebab diorang cakap searchremagnified.com bleh spy laptop atau pc korang.

Tapi tadi baru aku perasan. Ada yang cakap ni masalah dalam gadget blog. So aku bukak la gadget blog aku. Link banner blog Korie (http://pinkexia.blogspot.com) ada masalah. Bila klik banner ni lam Mozilla keluar macam ni:

Bila bukak guna Chrome jadik macam ni:

Nak tak nak aku terpaksa delete banner blog Korie dalam gadget aku. Sorry ye Korie. Kalau Korie ada baca post ni, harap amik langkah penyelesaian secepat mungkin. Mungkin jugak lebih baik buang header dan banner tu.

Aug 9, 2012

Forgive Me - Maher Zain: Unofficial wallpaper with lyrics.

Aug 8, 2012

Strangers: Satu lagi kisah meruntun hati daripada Petronas yang sangat memberi inspirasi.

Dah tengok video baru daripada Petronas kali ni?


Actually cerita ni pasal sorang engineer, Erman. Dia ni kerja kat Asia Tengah. Secara tak sengaja dia ni jumpa budak lelaki Uzbekistan, Jeyhun. Kalau tak silap, Erman ajar kat sebuah kelas. Kat situ boleh tengok kehidupan daif masyarakat. Kiranya kedatangan dia ni sedikit-sebanyak ubah keadaan kat sana. Paling best budak-budak ni cipta cara nak masak makanan, air bersumberkan cahaya matahari. Melalui pantulan cahaya matahari. Erman ni senang bergaul dengan masyarakat kat sana. Setiap pertemuan ada perpisahan kan? Erman terpaksa pulang ke Malaysia lepas tu. Sedih jugak tengok.

Aku dah rasai pengalaman macam ni. Mungkin tak sesedih cerita ni. Aku rasa hepi sangat time lecturer German datang ajar bahasa kat sini. Banyak benda baru yang aku belajar selain bahasa German. Cara hidup diorang, makanan, pergaulan diorang dan banyak lagi la. Walaupun singkat je pertemuan kitorang, rasa sedih time nak berpisah tu tetap ada. Yela kan? Bila lagi boleh jumpa. Tapi sekarang ni zaman teknologi. Kadang-kadang aku chat dalam Facebook. Tak pun dalam Gtalk.

Sekarang ni kan aku ade kelas teknikal bahasa German. Lecturer aku, lelaki, sorang ni memang happening. Best belajar dengan dia. Waktu dia mula-mula datang sini, selalu tanya pasal Malaysia. Yelah mana-mana strangers pun nak tahu tempat baru diorang kan? Yang akan aku ingat sampai bila-bila, dia ni paling tak suka kalau dia tanya student soalan, tapi student lain jawab. Bagi dia, dia nak student tu tahu, mungkin cara nak jawab atau self confidence. Bab ni la yang aku salute kat dia.

Moral of the story, tak kira kat mana-mana kita ada sekalipun, perjuangan tu tetap ada. Perjuangan mengajar, belajar, cari erti hidup yang sebenar.

Always Be There - Maher Zain: Unofficial wallpaper with lyrics.

Aug 7, 2012

Buah salak oh buah kelubi: Menggamit memori time kecik-kecik dulu.

Rugi sape tak pernah makan buah ni.
Tahu ape buah ni? Buah ni namanya buah salak. Rasa kelat-kelat masam manis gitu. Time kecik-kecik selalu makan buah ni. Bila dah besar jarang nak jumpa buah ni. Kadang-kadang je makan. Buah ni kalau makan time fresh(baru lepas petik dari pokok) memang best. Kalau makan kelat-kelat lembik, tu comfirm dah lama petik. Mungkin masuk angin kot.

Bila cakap pasal buah salak, ingat pulak kat jeruk buah kelubi. Aku kadang-kadang tak dapat beza mana satu buah salak, mana satu buah kelubi. Memanglah rasa jauh berbeza. Buah kelubi ni masam. Sebab tu sesuai buat jeruk. Kecik-kecik dulu time balik ngaji singgah kedai beli ais krim jeruk kelubi seposen. Eh...ke 2 posen? Tak ingat dah. Kawan-kawan baiknya air krim asam masin, bandung, anggur, pandan dan jagung.

Sekarang ni boleh bilang berapa tempat je yang jual. Ais krim Mat Kool, Paddle Pop, Tutti Frutti, Baskin Robbins dan lain -lain lagilah jenama mahal jadik pilihan budak-budak sekarang.

p/s: Rindu pulak zaman kecik-kecik dulu.

Insya Allah Ada Jalan episod 19 - Juragan Angkot Yang Sombong.

Insya Allah Ada Jalan episod 19 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 19 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 19 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 19 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 19 part 5.

Aug 6, 2012

Impian menjadi kenyataan? Hmm...memang adat pertandingan.

Lepas balik makan iftar kat masjid u aku, ingat nak balik bilik tengok live streaming final badminton. Tapi ade junior aku tengok kat kafe. Kat situ ada tv. Alang-alang lalu kat kafe, aku tengok je lah kat kafe. Tak de student pun. Kan ni cuti sem.

Memang time tu harapan menbuak-buak nak sangat Malaysia menang. Bukan senang tau nak lepas ke final. Excited tengok Datuk Lee Chong Wei main badminton. Kejap je masa berlalu. Dah 4 tahun. Diorang lawan dulu tahun 2008. Sekarang dah 2012. Dah nasib badan kan? Tak semua apa yang kita impikan jadi kenyataan. Mungkin bukan sekarang. Akan datang siapa tahu kan? Wallahualam.

Mungkin dia bukan juara kali ni. Tapi dia tetap juara di hati kami.

p/s: dah lama tak tengok badminton. Rasanya ni first time tegok betul-betul sejak September tahun lepas. Kalau tengok pun, tengok ala kadar je.

Aug 3, 2012

Insya Allah Ada Jalan episod 18 - Kesabaran Hasnip Simin.

Insya Allah Ada Jalan episod 18 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 18 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 18 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 18 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 18 part 5.

Aug 2, 2012

Insya Allah Ada Jalan episod 17 - Masih Ada Pintu Maaf.

Insya Allah Ada Jalan episod 17 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 17 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 17 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 17 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 17 part 5.

Tuntunku Kepada-Mu - Maher Zain: Unofficial wallpaper with lyrics.

Setakat ni drama nombor satu untuk bulan Ramadhan ni Insya Allah Ada Jalan. Hari-hari tengok. Citer ni banyak teladan. Walaupun ni sinetron Indonesia tapi cara hidup kita sama. Citer ni takde lah pasal cintan-cintun. Banyak pasal famili. Daripada perangai buruk berubah jadik baik. Point utama kat sini pintu taubat sentiasa terbuka. Cuma yang membezakan antara setiap manusia adalah masa. Tak semua boleh berubah sekelip mata je. Kadang-kadang amik masa. Kadang-kadang sekelip mata boleh berubah. Yang penting berubah.

Aug 1, 2012

Insya Allah Ada Jalan episod 16 - Pembantu Juga Manusia.

Insya Allah Ada Jalan episod 16 part 1.
Insya Allah Ada Jalan episod 16 part 2.
Insya Allah Ada Jalan episod 16 part 3.
Insya Allah Ada Jalan episod 16 part 4.
Insya Allah Ada Jalan episod 16 part 5.