Aug 7, 2012

Buah salak oh buah kelubi: Menggamit memori time kecik-kecik dulu.

Rugi sape tak pernah makan buah ni.
Tahu ape buah ni? Buah ni namanya buah salak. Rasa kelat-kelat masam manis gitu. Time kecik-kecik selalu makan buah ni. Bila dah besar jarang nak jumpa buah ni. Kadang-kadang je makan. Buah ni kalau makan time fresh(baru lepas petik dari pokok) memang best. Kalau makan kelat-kelat lembik, tu comfirm dah lama petik. Mungkin masuk angin kot.

Bila cakap pasal buah salak, ingat pulak kat jeruk buah kelubi. Aku kadang-kadang tak dapat beza mana satu buah salak, mana satu buah kelubi. Memanglah rasa jauh berbeza. Buah kelubi ni masam. Sebab tu sesuai buat jeruk. Kecik-kecik dulu time balik ngaji singgah kedai beli ais krim jeruk kelubi seposen. Eh...ke 2 posen? Tak ingat dah. Kawan-kawan baiknya air krim asam masin, bandung, anggur, pandan dan jagung.

Sekarang ni boleh bilang berapa tempat je yang jual. Ais krim Mat Kool, Paddle Pop, Tutti Frutti, Baskin Robbins dan lain -lain lagilah jenama mahal jadik pilihan budak-budak sekarang.

p/s: Rindu pulak zaman kecik-kecik dulu.

2 comments :

izan mama mia said...

terliur lak ngan buah salak tuu..

adibahfaizah said...

eh, baru je makan buah salk tu malm smlm :) jeruk salk pun ada, kan.