Aug 29, 2012

Dua hari menuju tarikh keramat: Pengalaman aku bila sambut merdeka.


Tahun ni kita akan sambut merdeka buat kali ke-55. Wah, cepat betul masa berlalu! Dalam waktu puncak ni, macam-macam persiapan dibuat. Jalur Gemilang pun dah makin banyak dinaikkan. Dalam u aku ni Jalur Gemilang dah dinaikkan time puasa hari tu.

Ingat pulak time sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Time darjah 3 aku pernah menang pertandingan melukis logo merdeka. Dapat nombor dua. Hadiahnya buku log, kalau tak silap dua buah. Tapi bukan hadiah yang jadik rebutan. Yang penting semangat nak sambut merdeka tu.

Bila masuk sekolah menengah pulak aktiviti wajib pertandingan mewarna dan kena buat banner merdeka bagi setiap kelas. Kitorang bahagi-bahagikan saper yang nak masuk pertandingan mewarna dan saper yang nak buat banner kain. Untuk banner kena guna warna biru, putih, kuning dan merah. Pandai-pandailah campur warna-warna ni kalau nak dapatkan warna lain. Kelas aku dapat nombor satu daripada tingkatan dua yang lain. Ingat lagi time tu. Hari tu hujan dan kilat. Dalam pukul 4 petang gitu. Takut nak balik rumah. Nasib baik kejap je. Tapi basah jugak lah baju meredah hujan.


Zaman sekolah lah yang paling best. Bila masuk u ni dah kurang aktiviti menarik macam tu. Mana ada lagi pertandingan mewarna, mana ada lagi pertandingan buat banner. Koir? Mana ada lagi. Tu pun buat time matrik dulu. Habis muka diconteng. Lukis Jalur Gemilang kat muka. Kalau tak silap kelas aku dapat nombor dua. Memang rasa segan nak nyanyi atas stage. Nasib baik ramai dan muka kena conteng. Orang tak cam lah.

Pengalaman ni memang tak ternilai harganya. Betul orang cakap. Bila masa berlalu, baru kita akan kenang saat-saat manis bersama.

4 comments :

Afiqah said...

semangatnyerr :D. df kalau sambut merdeka. nyanyi2 jelahh lagu. huhuh

Fatin Nadia said...

rindu zaman sekolah. kibar2 bendera , nyanyi lagu merdeka. skrg, tak dah.

K O R I E said...

bila ichi nak up gambar ichi beraya?

-__-

Ichi Fighting said...

@K O R I E
huhu. segan lah ;)