Aug 6, 2012

Impian menjadi kenyataan? Hmm...memang adat pertandingan.

Lepas balik makan iftar kat masjid u aku, ingat nak balik bilik tengok live streaming final badminton. Tapi ade junior aku tengok kat kafe. Kat situ ada tv. Alang-alang lalu kat kafe, aku tengok je lah kat kafe. Tak de student pun. Kan ni cuti sem.

Memang time tu harapan menbuak-buak nak sangat Malaysia menang. Bukan senang tau nak lepas ke final. Excited tengok Datuk Lee Chong Wei main badminton. Kejap je masa berlalu. Dah 4 tahun. Diorang lawan dulu tahun 2008. Sekarang dah 2012. Dah nasib badan kan? Tak semua apa yang kita impikan jadi kenyataan. Mungkin bukan sekarang. Akan datang siapa tahu kan? Wallahualam.

Mungkin dia bukan juara kali ni. Tapi dia tetap juara di hati kami.

p/s: dah lama tak tengok badminton. Rasanya ni first time tegok betul-betul sejak September tahun lepas. Kalau tengok pun, tengok ala kadar je.

3 comments :

Syafiq A. Ghani said...

xdok rezeki chong wei malam ning nk menang. spirit tu ada, sian jgk tgk diye xdi. nice one chongwei. usaha lagi. btw, smart wallpaper mung buat ning fariz

Ichi Fighting said...

@Syafiq A. Ghani
aku boring xtahu nk wat nape. sedih jugk kat chong wei. ni ispirasi dari wallpaper mu la sapik. tapi aku xselawo mu wat wallpaper.

adibahfaizah said...

pehhh. siap sempat buat walpaper lagi tu . semat :) malaysia tade rezeki kali ni.sedih T_T