Aug 30, 2012

Sehari menuju tarikh keramat: Apabila aku dah suka sejarah.

Zaman sekolah memang zaman yang paling best. Ramai kawan. Boleh belajar sama-sama. Senang nak jumpa cikgu. Tapi yang tak best bila belajar subjek sejarah. Susahlah! Nak kena paham. Nak kena hafal. Perjanjian sana. Perjanjian sini.

Memang. Tingkatan 1 dan dua memang aku tak suka belajar sejarah. Tak pernah dapat A. B pun jarang sekali nak dapat. Memang boring. Lebih-lebih lagi tingkatan 2. Malas nak baca pasal perjanjian yang banyak sangat. Bila sampai waktu kelas sejarah je, mata mula lah kuyu. Ngantuk. Boring sangat.

Bila masuk tingkatan 3 semuanya berubah. Aku paling suka subjek sejarah tingkatan 3. Senang nak paham. Dari kedatangan Jepun sampailah pembentukan Malaysia. Best belajar. Tak pernah ngantuk pun. Cikgu yang ngajar pun happy go lucky. Rasa semangat nak belajar. A kerap kali dapat.

Time tu lah banyak benda aku tahu tentang Malaysia. Zaman nenek moyang kita dulu. Sanggup bergadai nyawa sebab nak capai kemerdekaan. Nak bebas daripada penjajah. Untuk siapa? Untuk siapa kalau bukan untuk anak cucunya akan datang. Untuk generasi akan datang. Nak tengok diorang hidup senang. Aman damai. Sampai sekarang ni aku ingat lagi kelas sejarah tingkatan 3.

1 comment :

Zul De Alexis said...

gua dulu zaman sekolah x sukew sejarah..asal belajar comfirm gua tertidur..haha