Aug 15, 2012

Selamat hari raya aidilfitri! Maaf zahir dan batin!

Jumpa daun ketupat time nak basuh baju. Sape la buat awal sangat ketupat ni.
Mungkin awal lagi ni nak wish. Tapi terpaksala. Pagi nanti aku dah nak balik rumah. Kat rumah takde internet. Sebab tu nak wish awal.

Actually aku tengah demam time buat erty ni. Sejak isnin lagi demam dan selesema. Time jawab test selesema sikit-sikit. Lepas balik bilik, rasa panas badan. Mungkin cuca kat sini sekarang tak menentu. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. Ada satu hari tu panas sangat. Memang mencabar duk kat Pekan ni. Lebih-lebih lagi bulan pose ni.

Tak sangka pulak boleh balik awal. Sepatutnya balik hari selasa. Aku dah beli tiket bas hari rabu. Budak-budak ni yang nak balik awal. Nasibla.

Lagi mencabar barang dalam bilik lama tak kemas lagi. Malan tadi start kemas. Turun tangga blok dari tingkat 3, naik tangga ke tingkat satu blok lain. Rasaya ada 10 kali ulang-alik.

Tapi takpe la. Pagi nanti dah nak balik rumah. Nak rehat puas-puas. Nak pegi bazar Ramadhan. Kat sini 3 kali je aku pegi. Beli makanan kat kafe je. Tapi semalam kafe start tutup. Time bukak pose aku makan mihun sup segera je. Sedih kan?

2 comments :

Cik Kay Jue said...

nasib kita sama... tapi ckj tak balik rumah lagi ni... huhu..

selamat hari raya.. :)

K O R I E said...

awainya ichi balik. korie bru smpai ptg tadi. demam? ksian dia. stres kot? makan ubat eh . SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN