Aug 8, 2012

Strangers: Satu lagi kisah meruntun hati daripada Petronas yang sangat memberi inspirasi.

Dah tengok video baru daripada Petronas kali ni?


Actually cerita ni pasal sorang engineer, Erman. Dia ni kerja kat Asia Tengah. Secara tak sengaja dia ni jumpa budak lelaki Uzbekistan, Jeyhun. Kalau tak silap, Erman ajar kat sebuah kelas. Kat situ boleh tengok kehidupan daif masyarakat. Kiranya kedatangan dia ni sedikit-sebanyak ubah keadaan kat sana. Paling best budak-budak ni cipta cara nak masak makanan, air bersumberkan cahaya matahari. Melalui pantulan cahaya matahari. Erman ni senang bergaul dengan masyarakat kat sana. Setiap pertemuan ada perpisahan kan? Erman terpaksa pulang ke Malaysia lepas tu. Sedih jugak tengok.

Aku dah rasai pengalaman macam ni. Mungkin tak sesedih cerita ni. Aku rasa hepi sangat time lecturer German datang ajar bahasa kat sini. Banyak benda baru yang aku belajar selain bahasa German. Cara hidup diorang, makanan, pergaulan diorang dan banyak lagi la. Walaupun singkat je pertemuan kitorang, rasa sedih time nak berpisah tu tetap ada. Yela kan? Bila lagi boleh jumpa. Tapi sekarang ni zaman teknologi. Kadang-kadang aku chat dalam Facebook. Tak pun dalam Gtalk.

Sekarang ni kan aku ade kelas teknikal bahasa German. Lecturer aku, lelaki, sorang ni memang happening. Best belajar dengan dia. Waktu dia mula-mula datang sini, selalu tanya pasal Malaysia. Yelah mana-mana strangers pun nak tahu tempat baru diorang kan? Yang akan aku ingat sampai bila-bila, dia ni paling tak suka kalau dia tanya student soalan, tapi student lain jawab. Bagi dia, dia nak student tu tahu, mungkin cara nak jawab atau self confidence. Bab ni la yang aku salute kat dia.

Moral of the story, tak kira kat mana-mana kita ada sekalipun, perjuangan tu tetap ada. Perjuangan mengajar, belajar, cari erti hidup yang sebenar.

2 comments :

Miez Elya said...

Nice story...
hehehehe...

♥ HanaHyun ♥ said...

saye da tgk..best..mmg mmbawa maksud yg mndalam..

#suke tgk erman...hehe