Oct 21, 2012

Kelantan vs ATM: Aku duk kat bilik layan novel Yang Indah Hanya Mimpi.

Hari ni. Eh, silap! Semalam ramai yang turun kafe tengok final Piala Malaysia. Kelantan lawan ATM. Sebab aku bangun lewat semalam(time zohor), sarapan lewat jugaklah. Pukul 2.30 petang. Lepas isyak, perut ni lapar balik. Ingat nak beli makanan kat kafe. Tapi ramai orang. Masing-masing nak tengok bola. Nak tak nak aku tempah makanan kat kafe lain. Jauh sikit.

Punyerlah sakit hati bila tempah mee goreng basah lebih kurang jam 9 tapi dapat hampir jam 11! Hampir dua jam kot! Fail! Memang lepas ni aku tak nak lagi tempah makanan kat kafe ni.

Orang lain tengah excited tengok bola, aku pulak baca novel. Novel cinta pulak tu. Aku pun tengok bola jugak, live streaming. Walaupun asyik buffering je, tapi tau jugak lah apa yang berlaku kat padang. Tup tup dah 3-2. Kelantan menang. Mesti hepi penyokong Red Warrior ni. Aku tak sokong sape-sape. Bola pun aku tak minat. Orang tengok, aku follow. Orang sorak, aku diam. Bukan takde perasaan, tapi aku lebih suka pendam. Sorak dalam hati je.

Petang tadi aku makan sejenis kuih ni. Tapi aku tak tau ape nama dia. Tanya classmates, diorang pun tak tahu. Kuih ni macam kuih tiram. Tapi bentuk je lain. Best jugak lah. Tu pun makan sambil baca novel. Tinggal suku je lagi.

Sape-sape tolong aku. Ape nama mende ni?
Sekarang ni jadi trend kat facebook. Masing-masing luahkan perasaan pasukan tercinta menang. Tahniah lah kat Kelantan sebab menang malam tadi ye.



Ingat lepas ni nak tidur terus. Assignment belum sentuh lagi, study belum lagi. Test dah sedia menuggu. Kbai!

No comments :