Oct 12, 2012

Masa terus berlalu. Rindu nak belajar dengan lecturer German!

Bergambar dengan Prof. Scherf, subjek Simulation.

Sekarang ni dah masuk 2 minggu kuliah aku dengan lecturer kat sini. Sebulan sebelum tu lecturer German yang ajar. 2 orang. Bukan ajar bahasa German lagi. Kali ni ajar subjek Microcomputer Technology dan Simulation. Best lecturer dari German ni ajar. Totally different from common lecturers here. Diorang nak kitorang paham subjek yang diajar. Diorang bagi assignment, kitorang buat. Kalau tak paham tanya. Diorang boleh tunjuk ajar.

Bergambar dengan Prof. Herwig, subjek Microcomputer Technology.

Kitorang boleh discuss sesama sendiri as long as kitorang paham macam mana nak jawab soalan tu. Masa lecturer ajar, ada la yang online, berfacebook. Maklumlah kuliah dalam lab komputer. Masa lecturer lalu, buat-buat baca nota dalam komputer. Tapi takpe, asalkan diorang paham apa yang diajar. Masing-masing ada cara tersendiri kan?

Bergambar sakan budak-budak pompuan dengan Prof. Scherf.

Tak semua perkataan yang aku paham bila lecturer-lecturer German ni cakap. Banyak perkataan baru. Kadang-kadang tu kena fokus telinga betul-betul, nak tangkap apa yang diorang cakap. Nasib baik paham jugak. Memang satu pengalaman best setakat ni.

p/s: pics credit to Ada.