Oct 12, 2012

Trilogi Cinta 2: Aku dah beli novel!

Hari tu aku ada pergi Pekan. Nak masuk Mydin beli barang mandi. Alang-alang dah ada kat sana, aku usha la kedai buku. Nak cari novel Yang Indah Hanya Mimpi. Masuk kedai pertama, tanya novel ni. Pekerja kat sana macam blur, tak tahu novel ape tu. Lepas tu aku pergi la kedai lain. Tup-tup jumpa novel ni. Banyak pulak tu. Ape lagi, aku beli la. Tak boleh nak belek-belek kandungan sebab novel dibalut plastik.

Ada satu novel ni. Ingat nak beli. Aku pernah baca sinopsis dalam website. Memang novel ni antara yang terlaris. Tapi tak ingat tajuk apa. Time tu ingat nak beli. Tapi pikirkan balik macam tak berbaloi. Aku bukannya peminat novel cinta pun. Novel Yang Indah Hanya Mimpi ni pun novel cinta pertama yang aku beli. Sebelum ni beli novel Harry Potter je.

Setakat ni tak sampai bab 3 novel adaptasi Trilogi Cinta 2 ni yang baru aku baca. Takde masa nak baca. Tu pun baca sebelum tidur. Tak sampai 5 muka surat dah kuyu mata ni. Bukan sebab tak best, tapi penat sangat sekarang ni. Takpe lah, lain kali kalau ada masa lebih aku baca.

No comments :