Nov 27, 2012

Aku beli coklat bar sebab terpengaruh tengok Diary of a Wimpy Kid.

Semalam aku pergi Pekan. Singgah kejap kat Watson. Nak tengok je ape yang ada. Tiba-tiba nampak bahagian coklat. Banyak pulak tu. Ada Kit Kat, Crunch, Top, M&M, Mars dan Snickers. Aku beli semua kecuali Kit Kat sebab mahal sangat. Kalau tak silap 4 ringgit lebih. Tak nak membazir la katakan.


First time aku beli coklat Top, Mars dan Snickers. Maklum lah orang kampung. Tak makan coklat mahal-mahal. Biasa makan Choki Choki dan Apollo je. Kalu tak silap hampir RM14 aku habis untuk beli coklat. Membazir kan? Ape salahnya. Sekali-sekala beli.

Terpengaruh dengan Diary of a Wimpy Kid.
Cuti munggu lepas aku habiskan masa tengok citer ni. Dari filem pertama sampai ketiga. Ulang ulang ulang. Memang tak bosan tengok. Time gelak sorang-sorang macam orang gila pulak rasanya. Budak-budak ni bila sambut Halloween dapat kumpul coklat. Pergh. Kita time raya dapat kumpul duit.


Aku pun beli UNO.
Lepas pergi Watson aku terus ke kedai buku. Beli exam pad sebab nak buat assignment. Jalan-jalan dalam kedai tu, ternampak la kad UNO. Memang best main kat ni. Tapi kad sebelum ni ada kat rumah. Aku beli yang ni sebab nak main kat sini.


Search kat internet. UNO versi Diary of a Wimpy Kid pun ade. Macam mana la agaknya. Teringin nak beli.

Hujung minggu tengok citer ni je.

Nov 22, 2012

Kisah budak lembik. Dua hari berturut-turut aku tengok.


Memang betul kata orang. Kalau kita dah suka cerita tu, tengok banyak kali pun memang takkan boring. Cerita apa? Gossip? Tak lah. Semalam aku tengok cerita Diary of a Wimpy Kid: Dog Days. Bukan kat panggung. Tengok kat laptop je. Ni filem ketiga. Kesinambungan cerita-cerita sebelum ni.

Kali ni Greg dah besar sikit(suara pun dah berubah). Time tu cuti musim panas. Greg takde plan nak buat apa. Ayah dia nak dia dan abang dia, Rodrick buat aktiviti yang sihat macam main kat luar, bukan terperap dalam rumah. Kawan baik Greg, Rowley ajak Rowley ke country club sebagai tetamu. Greg suka datang sini sebab ada kolam renang yang lengang, makanan best and the most importang thing...Greg dapat jumpa Holly, classmate yang dia suka. Tapi yelah...masalah tetap ada. Greg tipu ayah dia. Greg cakap yang dia dapat kerja kat country club ni. Aduhai. Tapi bila rahsia pecah, ayah dia kecewa dan nak hantar Greg kat Spag Union, sekolah untuk budak-budak bermasalah.

Point utama kat sini pasal Greg dan ayah dia. Ayah dia nak yang terbaik untuk Greg. Tu je. Tapi si Greg ni yang buat banyak masalah.


Nak sangat beli buku ni. Ada 7 siri setakat ni:
1. Diary of a Wimpy Kid.[link]
2. Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules.[link]
3. Diary of a Wimpy Kid: The Last Straw.[link]
4. Diary of a Wimpy Kid: Dog Days.[link]
5. Diary of a Wimpy Kid: The Ugly Truth.
6. Diary of a Wimpy Kid: Cabin Fever.
7. Diary of a Wimpy Kid: The Third Wheel.

Rasanya kat MPH ada jual kot. Tapi tunggu dulu lah. Nak kumpul duit. Kang semput nak makan tak de duit pulak.

Sumber: [1] [2]

Nov 20, 2012

Cuti-cuti di Putrajaya.

Memandangkan cuti midsem aku ada seminggu lebih(termasuk sabtu dan ahad), aku decided pergi rumah kakak aku kat putrajaya. Yelah bukan senang nak dapat cuti seminggu ni kan? Tapi lucu jugak bila pikir semula. Dahlah lambat beli tiket bas, salah tiket pulak tu. Aku beli tiket Cepat Express. Ingatkan bas tu stop kat Putrajaya Sentral. Tapi bas tu berheti kat Putra Sentral. Dekat-dekat je nama.

Sampai kat Putra Sentral kakak dan sepupu aku datang amik. Pak Cik bas tu berhenti kat tepi jalan belakang terminal. Kelam kabut aku cari pintu masuk. First time datang Putrajaya sorang-sorang. Takut pon ade jugak. Time tu tengah hujan. Kalut semacam je sampai bagasi yang aku bawak jatuh tersembam atas jalan. Lawak betul. Tak tau ade orang nampak ke tak time tu.

Sampai je kat rumah, kakak dan sepupu aku siapkan makan malam. Aku makan sikit je. Lagipon aku jarang makan malam-malam. Lepas je pukul 10 malam, memang dah tak makan makanan berat-berat. Cekedis boleh la.

Lepas subuh aku dan kakak aku pergi Putrajaya Sentral nak amik kakak aku sorang lagi. Dia cuti seminggu jugak. Lepas tu singgah jap kat gerai nak beli nasik lemak. Nak jugak rasa macam mana nasik lemak kat sini.

Aku beli karipap!

Banyak jugak yang kakak aku plan. Nak pergi jalan-jalan kat Alamanda(tahun lepas dah pegi. Time tu buat lawatan), main bowling, jalan-jalan kat iCity. Tapi bowling tak sempat nak main sebab time tu ada orang buat tournament. Melepas la. Tengah malam tengok movie Istanbul Aku Datang. Ok la cerita tu. Hehehe. Aku kureng sikit citer jiwang-jiwang ni.

Sempat amik gambar kat Alamanda.

Hari berikutnya jalan-jalan kat iCity. Woa...kagum jugaklah pak cik! First time datang sini. Silau mata tengok lampu terang-benderang. Sikit je sempat amik gambar sebab nak save bateri kamera yang tak sempat cas.


Hari-hari berikutnya just lepak-lepak kat rumah. Bangun tengah hari. Makan tengah hari. Tengok tv. Main kad Monopoly. Online. Makan malam. Tengok tv. Online. Tidur. Tu jelah yang aku buat. Assignment langsung tak sentuh. Bila datang u semula baru kelam-kabut nak buat. Maklumlah takde sumber rujukan. Tak sempat pergi library sebelum cuti nak pinjam buku.

Tengok budak-budak main bola je tiap-tiap petang.

Nov 1, 2012

Yang Indah Hanya Mimpi tergantung. Ada novel seterusnya ke?

Tepat hari khamis lepas aku dah habis baca novel Yang Indah Hanya Mimpi karya Sharifah Abu Salem. So? So, inilah kali pertama aku baca novel cinta sampai habis. 900 lebih m/s pulak tu. Aku just baca sinopsis mana-mana novel cinta sebelum ni. Kalau rajin sikit tu baca bab 1 je. Pastu tinggal. Bukan bosan. Takde feel nak terus baca(aku ni bukan kaki novel). Tapi bila baca novel Yang Indah Hanya Mimpi, habis je satu bab, terus nak baca bab seterusnya. Excited nak tahu kisah lepas tu. Lagipun kat TV1 ada drama Trilogi Cinta 2. Adaptasi novel ni. Nak tengok jugak pelakon yang lakonkan watak dalam novel ni. Menjadi ke tak.

Yang menariknya bila baca sampai habis, ada lagi masalah yang tak selesai:
1. Anuar marahkan Ji dan Seha. Bila nak berbaik?
2. Tak tau kisah selanjutnya antara Sharifah Yasmin dan Putera Qatar.
3. Betul ke Badrul nak bertunang dengan Sharifah Yasmin? Seha macam mana? Tak nak rujuk balik ke?
4. Dan yang paling penting, Mak Nab masih lagi tak tau Lukman tu anak Sharul, bukan anak Badrul!

Aku tertanya-tanya ada lagi ke sambungan novel ni? Larat lagi ke pengarangnya nak sambung lagi? Tapi tak mustahil kalau novel ni ada sambungan.


p/s: sambil tulis sambil tengok Trilogi Cinta 2 kat TV1.