Dec 28, 2012

Aku dah beli buku Diary of a Wimpy Kid.

Final exam tinggal seminggu lagi. Duk pening pikir pasal nak study apa. Setakat ni cuaca kat sini ok. Hujan masih lagi turun tapi tak sekerap dulu. Tension jugak time tu. Time jemur pakaian ok lagi, panas. Tapi tiba-tiba hujan turun. Terpaksa angkat baju. Kalau malas, biar basah je la. Basuh semula.

Hari rabu aku datang Pekan ni nasib baik cuaca ok lagi walaupun hujan turun. Dengar citer lepas aku lalu kat Kemaman time tu banjir. Nasib baik aku sempat lepas sebelum air naik. Waktu aku duk kat rumah takut jugak bila tengok berita yang Kuantan banjir. First time ke banjir? Tak tau pulak aku sebab setakat aku ada kat sini nak masuk 3 tahun, tak pernah pulak dengar Kuantan banjir.

Apa-apa pun sepanjang aku duk kat rumah hampir seminggu, kerja yang aku buat: baca buku. Bukan buku rujukan. Memang tak bawak balik. Aku baca buku Diary of a Wimpy Kid yang aku beli kat Popular. Lepas berulang-ulang kalu aku tengok filem, akhirnya dapat jugak aku baca buku. Ada tujuh siri. Aku beli ketuju-tujuh buku. Untuk saper-saper yang minat citer ni memang tak rugi kalau baca buku ni.

Buku satu hingga enam. Satu set aku beli.
Ni buku terbaru. Terbit bulan November hari tu.
Antara kandungan dalam buku ketujuh.

p/s: aku tak study lagi untuk final exam ni. Huwaaa...

3 comments :

Unknown said...

wow! eyqa mmg minat sangat tapi just baru beli 4 buku jew... best kan..

Ichi Fighting said...

ape lagi...beli la...buku yg ketujuh tu tgh offer... ;)

Unknown said...

mmg xpernah baca buku ni ~ hari tu ada g kedai buku tau. pastu nampak buku ni. mcm nak beli sbb ichi ada ckp psl buku ni tp xjadi bli. huhu . sbb nak beli buku lg penting~ . nantilah, klo ada rezeki kita bli buku neh