Dec 29, 2012

Trilogi Cinta 2: Kurang sambutan?


Aku pun tak tahu kenapa Trilogi Cinta 2 ni dikatakan kurang dapat sambutan berbanding cerita sebelum ni, Trilogi Cinta. Rosyam Nor pernah cakap, kalau Trilogi Cinta 2 tak berjaya, salahkan pelakon dan jangan salahkan skrip. Macam tu lah bunyinya. Tapi statement ni buat aku tertanya-tanya. Setahu aku barisan pelakon hebat-hebat. Menjadi. Skrip pun hebat. Apa sebabnya?

Sebagai peminat drama bersiri ni, aku rasa aku tahu apa sebabnya. Memang skrip hebat tapi jalan cerita Trilogi Cinta 2 ni tak kena dengan selera orang tua. Orang muda remaja macam kita ni memang la suka cerita macam ni. Tapi pernah tak terfikir orang berumur 40-an atau 50-an suka tak cerita macam ni? Ternyata kurang disukai. Kenapa? Pada pengamatan aku pasal si Shah yang sukakan isteri orang. Memang lah dia tak tahu yang Norjinah dah kahwin, tapi jalan cerita macam ni buatkan orang tua tak selesa. Aku pun tak sure sangat tapi ni lah pendapat aku sebagai peminat drama ni.

Lagipun Trilogi Cinta 2 ni bukan adaptasi novel. Tapi novel yang diadaptasi daripada drama TV. Tak berapa best sangat macam ni sebab biasa kita dengar drama atau filem yang diadaptasi daripada novel kan? Ini lah yang buatkan kita excited, tertanya-tanya macam mana watak-watak dalam novel dilakonkan.


Satu lagi mungkin sebab sekarang ni kan musim cerita adaptasi daripada novel. Banyak sangat sekarang. Dah jadi trend. Secara tak langsung menenggelamkan drama Trilogi Cinta 2 ni. Terus terang aku cakap disebabkan aku ada kat u, tak boleh lah nak tengok TV. TV takde kat bilik TV. Kat kafe je yang ada. Tu pun student biasanya tengok bola. Aku tengok online je. Terima kasih kepada Mr. Kaze Razak. Aku tengok kat sini: Trilogi Cinta 2, Slot Arca TV1.

Tapi seriously aku seronok baca novel Yang Indah Hanya Mimpi. Memang best. Rasa nak baca semula tapi novel tu ada kat rumah.

p/s: kadang-kadang bosan jugak tengok part Norjinah dengan Shah. Aku skip dan tengok part Mak Nab kat kampung. Part ni je lah yang aku rasa menarik berbanding part lain.

1 comment :

Unknown said...

waaa, suka baca novel mlayu? ingtkan baca bku bi jea. trilogi cinta yg 1st mmmg dpt sambutan tinggi . smpai ada gosip sana gosip sini. tp yg no.2 senyap jea. xpeala. kita org muda2 la support. nt rating mungkin tinggi.