Jun 25, 2013

Still addicted dengan kemerduan suara Danielle Bradbery.


The Voice musim 4 dah habis selasa lepas. Pemenangnya.. jeng3.. tengok tajuk pon dah tahu kan? Saper yang tak tahu ape The Voice tu? Meh sini aku cerita sikit.

The Voice tu salah satu reality show untuk nyanyian kat Amerika. Bezanya berbanding program lain, peserta The Voice dipilih berdasarkan 'Blind Audition'. Ada 4 orang juri pro yang akan pilih. Juri2 ni akan duduk kat kerusi, tapi kerusi ni dipusing ke belakang sebab xnak bagi diorang nampak muka peserta ujibakat tu. Kira sesuai la kan? Nama pun The Voice. Suara yang diutamakan. Juri2 ni bukan calang2 orang tau. Most of them ni penyanyi, dapat banyak awards. So memang dah banyak pengalaman dalam industri suara ni. Bukannya main amik je tau. Juri2 ni jugak akan jadi sifu kepada peserta yang diorang pilih sendiri dan akan latih anak didik diorang.

Juri2 untuk The Voice musim 4:


Aku sebenarnya xtahu pon ape The Voice ni. Kakak aku yang promote kat aku. Tu pun masa The Voice musim 3. Waktu tu aku xminat pon nak tengok sebab aku tak tengok dari awal. Tapi untuk The Voice musim 4 ni, aku tengok dari awal. Memang best. Antara peserta feveret aku:


Tapi sayangnya diorang tersingkir awal. Kenapa list aku ni xde Danielle Bradbery? Sebenarnya aku xkenal pon dia ni. Bila dah ada finalist, aku baca dalam page The Voice ni. Ada yang ramalkan yang budak ni akan menang. Start dari situ la aku rewatch dari episod 1 sampai la latest. Memang suara budak ni best. Ada yang cakap dia ni nyanyi flat je. Tapi aku tengok xlah flat mane pon. Ada lagu yang dia buktikan suara dia mampu untuk amik lagu2 besar. So, dari sini xheran la kalau dia menang. Sebab suara dia memang best.


Salah satu lagu yang aku paling suka dia nyanyi:


Percaya ke x kebanyakan lagu yang dia nyanyi jadi top kat iTunes. Kalau tak caye sekarang jugak korang bleh bukak iTunes. Album dia antara yang top kat situ. Dia ni satu2nya peserta yang paling muda dan satu2nya penyanyi Country yang menang The Voice. Hebat x?


Genre yang dia pilih Country Music. Kalau kat Malaysia ni Etnik Kreatif/Irama Malaysia la. Yang tradisional gitu. Tapi tradisional Amerika ni lain. Diorang sampaikan mesej2 berguna lam lagu diorang. Yang pasti lagu pon best. Kenal x Taylor Swift? Haa.. sama la. Dia pon genre Country jugak.

Sedikit info pasal Danielle Bradbery:

Nama asal: Danielle Simone Bradbery
D.O.B.: 23 Julai 1996
Tempat lahir: League City, Texas, Amerika
Sekolah: Cypress Ranch High School
Nama ayah: Danny Bradbery
Nama ibu: Gloria Martinez

Harap lepas ni Danielle terus bergerak ke depan.

Sumber: [1] [2] [3] [4] [5]

Jan 6, 2013

Doodle untuk Korie.

Hari ni memang tak tahu nak buat apa. Esok ada exam. Petang nanti nak sambung study. Dari pagi tadi aku just duduk depan laptop. Tengok cerita kejap sambil makan nasik. Aku baca blog Korie tadi.
http://pinkexia.blogspot.com/2013/01/2013-permulaan-yang-baru.html.
Tertarik nak buat doodle untuk Korie.
Jeng...jeng...jeng...

Gambar asal.
Doodle Korie.

Jan 5, 2013

Elektrik takde time final exam jadi bahan lawak satu universiti.

Isu blackout beberapa hari lepas time final exam cetus satu fenomena kat u aku. Ingat lagi tak post aku sebelum ni?
Hari pertama final exam. Blackout?
Memang student habis-habisan cakap pasal isu ni. Actually kelakar jugak bila staf cakap yang minggu tu mungkin takde exam. Tangguh. Padahal sebelum ni pernah jugak blackout(tapi bukan time exam). Tu pun sekejap je. Takde lah sampai satu minggu.

Memang jadi bahan lawak lah. Sampaikan pengetua kolej kediaman aku siap buat komik lagi beb. Tak tau lah betul ke tak. Tapi aku dapat maklumat yang tak comfirm betul ke tak, memang pengetua aku ni yang buat.

Jan 4, 2013

Hari pertama final exam. Blackout?


Pagi khamis sepatunya aku amik exam Thermal-fluid Engineering 2 pukul 9 pagi kat fakulti aku. Tapi bila sampai je kat sana, staf bahagian akademik cakap yang exam ditangguhkan. Mungkin minggu ni takde exam. Dia cakap eletrik takde. Lampu tak boleh bukak, aircond tak boleh pasang. Perghhh! Biar betik! Nak hepi ke tak ni? Kalau takde exam memang rugi lah sebab aku study malam tadi macam nak gila. Cover semua chapter.

Nasib badan. Tak lama lepas tu eletrik ada balik. Hai eletrik oh elektrik, apa nak jadi? Tengah malam tadi pun blackout kejap. Time tu aku dah tidur. Tak peduli lah panas ke tak, tidur je.

Exam hari ni diteruskan jugak. Bilik exam tukar kat fakulti lain. Tapi problem sekejap bila kertas soalan tak cukup. Ada 12 je. Kitorang semua ada 16 orang. Delay la kejap exam.

Bila bukak je kertas soalan, puhhh...hampir semua soalan dah pernah buat! Ada soalan yang aku lupa cara nak buat. Memang habiskan masa duk pikir nak guna formula apa. Memang satu soalan tu hampir sama dengan soalan yang aku dah jawab sebelum ni kat bilik. Walaupun hampir sama tapi formula lain. Memang dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak tak nak try and error je. Walaupun jawapan tu mungkin salah, aku buat je. Kalau nasib baik, betul lah jawapan tu.

Aku sempat lagi tulis post ni just nak hilangkan tekanan je. Esok pagi ada kelas Engineering Economy. Lepas ni rasanya lebih baik aku terus tidur.