Jan 6, 2013

Doodle untuk Korie.

Hari ni memang tak tahu nak buat apa. Esok ada exam. Petang nanti nak sambung study. Dari pagi tadi aku just duduk depan laptop. Tengok cerita kejap sambil makan nasik. Aku baca blog Korie tadi.
http://pinkexia.blogspot.com/2013/01/2013-permulaan-yang-baru.html.
Tertarik nak buat doodle untuk Korie.
Jeng...jeng...jeng...

Gambar asal.
Doodle Korie.

Jan 5, 2013

Elektrik takde time final exam jadi bahan lawak satu universiti.

Isu blackout beberapa hari lepas time final exam cetus satu fenomena kat u aku. Ingat lagi tak post aku sebelum ni?
Hari pertama final exam. Blackout?
Memang student habis-habisan cakap pasal isu ni. Actually kelakar jugak bila staf cakap yang minggu tu mungkin takde exam. Tangguh. Padahal sebelum ni pernah jugak blackout(tapi bukan time exam). Tu pun sekejap je. Takde lah sampai satu minggu.

Memang jadi bahan lawak lah. Sampaikan pengetua kolej kediaman aku siap buat komik lagi beb. Tak tau lah betul ke tak. Tapi aku dapat maklumat yang tak comfirm betul ke tak, memang pengetua aku ni yang buat.

Jan 4, 2013

Hari pertama final exam. Blackout?


Pagi khamis sepatunya aku amik exam Thermal-fluid Engineering 2 pukul 9 pagi kat fakulti aku. Tapi bila sampai je kat sana, staf bahagian akademik cakap yang exam ditangguhkan. Mungkin minggu ni takde exam. Dia cakap eletrik takde. Lampu tak boleh bukak, aircond tak boleh pasang. Perghhh! Biar betik! Nak hepi ke tak ni? Kalau takde exam memang rugi lah sebab aku study malam tadi macam nak gila. Cover semua chapter.

Nasib badan. Tak lama lepas tu eletrik ada balik. Hai eletrik oh elektrik, apa nak jadi? Tengah malam tadi pun blackout kejap. Time tu aku dah tidur. Tak peduli lah panas ke tak, tidur je.

Exam hari ni diteruskan jugak. Bilik exam tukar kat fakulti lain. Tapi problem sekejap bila kertas soalan tak cukup. Ada 12 je. Kitorang semua ada 16 orang. Delay la kejap exam.

Bila bukak je kertas soalan, puhhh...hampir semua soalan dah pernah buat! Ada soalan yang aku lupa cara nak buat. Memang habiskan masa duk pikir nak guna formula apa. Memang satu soalan tu hampir sama dengan soalan yang aku dah jawab sebelum ni kat bilik. Walaupun hampir sama tapi formula lain. Memang dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak tak nak try and error je. Walaupun jawapan tu mungkin salah, aku buat je. Kalau nasib baik, betul lah jawapan tu.

Aku sempat lagi tulis post ni just nak hilangkan tekanan je. Esok pagi ada kelas Engineering Economy. Lepas ni rasanya lebih baik aku terus tidur.