Jan 4, 2013

Hari pertama final exam. Blackout?

Pagi khamis sepatunya aku amik exam Thermal-fluid Engineering 2 pukul 9 pagi kat fakulti aku. Tapi bila sampai je kat sana, staf bahagian akademik cakap yang exam ditangguhkan. Mungkin minggu ni takde exam. Dia cakap eletrik takde. Lampu tak boleh bukak, aircond tak boleh pasang. Perghhh! Biar betik! Nak hepi ke tak ni? Kalau takde exam memang rugi lah sebab aku study malam tadi macam nak gila. Cover semua chapter.

Nasib badan. Tak lama lepas tu eletrik ada balik. Hai eletrik oh elektrik, apa nak jadi? Tengah malam tadi pun blackout kejap. Time tu aku dah tidur. Tak peduli lah panas ke tak, tidur je.

Exam hari ni diteruskan jugak. Bilik exam tukar kat fakulti lain. Tapi problem sekejap bila kertas soalan tak cukup. Ada 12 je. Kitorang semua ada 16 orang. Delay la kejap exam.

Bila bukak je kertas soalan, puhhh...hampir semua soalan dah pernah buat! Ada soalan yang aku lupa cara nak buat. Memang habiskan masa duk pikir nak guna formula apa. Memang satu soalan tu hampir sama dengan soalan yang aku dah jawab sebelum ni kat bilik. Walaupun hampir sama tapi formula lain. Memang dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak tak nak try and error je. Walaupun jawapan tu mungkin salah, aku buat je. Kalau nasib baik, betul lah jawapan tu.

Aku sempat lagi tulis post ni just nak hilangkan tekanan je. Esok pagi ada kelas Engineering Economy. Lepas ni rasanya lebih baik aku terus tidur.

1 comment :

korie hensem said...

perh, time exam jugak blackout eh. msti kelam kabut jgk hari tu.

16 je? eh sikitnya . korie ada 105 org skali dlm dewan nak jawab exam -_- .


btw, gudluck eh! jgn stress sgt time exam ni. lps jawab tawakkal je k .