Nov 28, 2014

Hari Jantung Sedunia dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2014.

Hari rabu lepas, 26 November 2014, aku dan sorang lagi wakil UMP Pekan join Hari Jantung Sedunia dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2014 kat Pekan. Aku join ni sebab utama nak derma darah. UMP ada buat announcement sebelum ni dan invite mana2 student yang nak join sambutan ni. Sepatutnya 6 orang student UMP Pekan yang pergi, tapi pagi tu just aku dan sorang lagi student yang ada. Lain2? Entah hilang ke mana. Lebih setengah jam tunggu, takde lagi student datang. Nak tak nak, kitorang berdua gerak sekali dengan driver van UMP. Dalam pukul 9 pagi sampai kat dewan Pekan. Confuse sekejap sebab tak pernah join sebelum ni.


Kat sana ada dua dewan. Dewan pertama besar sikit, untuk sambutan Hari Jantung dan dewan yang kecik sikit, untuk sambutan Hari Kesihatan Mental. Dalam dewan sambutan Hari Jantung ada banyak pameran. Antaranya pameran kesihatan jantung, kesihatan gigi, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Mula2 ingat nak derma darah dulu, tapi cari2 tak jumpa. Nasib baik ada sorang staf ni bagitau yang kalau nak derma darah, kena pergi dewan sebelah (dewan Hari Kesihatan Mental). Tapi masalahnya, sesi derma darah delay sebab barang2 untuk amik darah tak sampai lagi. So, aku just jalan2 kat dalam dewan pertama tu dan usha2 pameran yang ada.

First, aku ke pameran pasal kebersihan makanan. Kat sini diorang bagitau pasal comparison makanan2 yang tercemar dan bersih. Selain tu, diorang pamer senarai pewarna tiruan yang dibenarkan. Alah, yang mostly ada dalam cekedis dan gula2 tu.

Perbandingan makanan bersih dan tercemar.
Senarai pewarna tiruan yang dibenarkan.

Sebelah booth tu ada pameran kesihatan gigi. Diorang tunjukkan jenis2 gigi dan jenis2 kerosakan gigi. Sebelah booth ni pulak sepatutnya ada demonstrasi CPR. Tapi person in charge tak datang lagi kot.

Lepas tu, aku ke booth JPAM. Berminat nak tahu cara kerja diorang. Sembang dengan anggota2 JPAM kat situ. Diorang explain serba sikit pasal JPAM dan peralatan2 yang diorang guna time menyelamat. Diorang cakap mostly kerja JPAM macam bomba. Bila ada kecemasan atau accident, JPAM sedia datang membantu. Baru aku perasan, UMP pun ada jugak badan uniform JPAM ni. SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam).

Peralatan2 menyelamat JPAM.
Antara brochure yang aku sempat amik.

Lepas tu ade pertandingan senamrobik. Jujur aku kata, aku memang tak minat aktiviti ni lebih2 lagi bila kaum hawa tergedik2 kat atas pentas, ditonton oleh kaum adam. Agak kurang elok kan? Last2 aku pergi ke satu booth yang buat kuiz. Ada crossword puzzle, mesotic dan fill in the blank. Tiga2 kuiz aku amik. Tamak kan? Yang kuiz crossword puzzle tu ade problem. Bukan aku tak dapat jawab, tapi susunan kotak2 huruf ada yang salah. Jadi tunggang-langgang perkataan. Atas sebab tanggungjawab, aku pergi kat booth tu dan bagitau susunan kotak2 ada yang lebih dan yang salah susun. So, diorang terus fixed kan kotak2 tu. Kalau tak, mesti semua yang amik kuiz tu pening2 lalat dibuatnya.

Contoh crossword puzzle. Encik gugel bagi.

Kat situ jugak ada pameran KOSPIN (Komuniti Sihat Perkasa Negara). Program ni aktiviti orang2 kampung di setiap daerah bagi setiap negeri. Pameran kat sini untuk daerah2 Pahang je. Kerjasama antara Kementeria Kesihatan Malaysia dan KEMAS. Program ni baru start tahun lepas.

Lepas tu aku ke dewan sebelah. Nak derma darah pulak. Ramai jugak yang join. Nasib baik aku beratur awal. Alhamdulillah setel.

Tunggu masa untuk bangun.

Habis je derma darah, aku masuk balik dewan besar. Usha2 pameran2 yang tak sempat nak tengok. Kali ni ada anggota JPAM pamer ular sawa. Nasib baik kecik.

Terbaik lah akak ni.

Lepas tu aku ke booth PDRM. Akak2 polis yang jaga. Sembang2 dengan diorang pasal polis ni. Diorang cakap kalau nak apply polis wajib lepas syarat ketinggian. Kalau tak, tak boleh join. Mata rabun ok lagi. Terkesima jugak time tu. Tak merasa la nak join polis jawabnya.

Ni la special bodyguard aku.
Please call that number.

Tak sangka pulak pemain bola sepak Pahang datang sini. Dia ni Mohd Fauzi Bin Roslan aka Kojie, pemain sayap. Dia tinggal kat Pekan. Nasib baik takde die-hard-fan kat sini. Kalau tak, kecoh satu dewan.

Nasib baik tak selfie.

Dalam pukul 3 petang kitorang balik semula ke UMP.

p/s: berminat pulak aku nak tahu pasal syarat ketinggian polis ni. Seach internet. Rupa2nya US dan UK dah lama tak pakai syarat ketinggian ni. Sebab benda ni jadi kes. Diskriminasi terhadap golongan rendah katanya. Diorang fight untuk kes ni. Lepas tu terus syarat ketinggian tak pakai. Selagi lepas latihan fizikal dan mental time training, diorang layak jadi anggota polis. Tapi benda ni tak diaplikasikan lagi kat Malaysia. Pendapat aku, aku sangat bersetuju kalau syarat ketinggian dihapuskan. Yelah, orang Malaysia ni tinggi average je. Banyak yang rendah. Tapi tu la masalah kita, tak berani nak fight. Bagi aku tak salah pun nak fight sebab benda ni untuk kebaikan bersama. Aku rasa ramai golongan rendah kat luar sana yang nak sangat masuk polis tapi sebab tak cukup tinggi, terpaksa redha. Apa2 pun, tak mustahil kan kalau syarat ketinggian untuk jadi anggota polis dihapuskan kat Malaysia masa akan datang?

No comments :