Nov 19, 2014

Karnival Keusahawanan Technopreneurship 2014 Universiti Malaysia Pahang.

Fuhh! Fuhh! Bismillahirahmanirrahim...
Berdebu gila kot blog ni. Lama tak update la katakan. Ok lah tak nak bebel panjang2. Hari ni, bersamaan 19 November 2014 ada jualan kat area Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Kampus Pekan. Based on subject requirement (kelas Technopreneurship), aku dan 7 orang member satu group kena buat jualan sempena karnival keusahawanan ni. Yelah, namanya pun kelas Technopreneurship, jual-menjual haruslah.

So, group aku jual pisang goreng cheese, dadih dan tapai ubi. Alah, sekarang kan agak hot kat blog2 pasal benda alah ni. Makanan tradisional yang dimodenkan. Basicnya pisang goreng je, tapi ditambah coklat cair dan cheese kat atas pisang goreng tu. Then, jadilah pisang goreng cheese.

Tapi problemnya bila nak beli barang. Kena pakai modal sendiri. Sewa tapak jualan RM20. Pun pakai duit sendiri. Dah la tengah2 bulan ni. Mana nak cekau? Apa2 pun problem solved pasal modal ni.

Bila tiba hari jualan, masing2 mainkan peranan masing2. Jadual bertugas dah ada. Person in charge pun dah dipilih. Tapi kitorang stayed je kat tapak jualan tu. Semangat kerjasama la katakan. Start pukul 8 pagi sampai la pukul 4 petang.

Apa yang aku perasan, paling banyak customer time 1 tengah hari sampai 2.30 petang. Waktu ni majoriti student habis kelas. So, alang2 nak balik ke bilik tu, ada yang singgah beli makanan kat gerai jualan. Kebetulan hari rabu kat sini ada aktiviti kokurikulum aka koko. Ramai jugak yang serbu gerai kitorang. Tak menang tangan nak goreng pisang.

Entah takdir atau kebetulan. Dalam banyak2 student yang lalu-lalang kat situ, nampakla encik2 polis jalan berkumpulan. Ingatkan nak buat spot check ke ape ke. Last2 baru perasan diorang geng2 SUKSIS. Memang dah lama aku nak jumpa geng2 SUKSIS ni. Aku kalau boleh nak tanya pasal SUKSIS ni kat diorang face to face. Tapi agak2 la kan, tak kan nak tanya kat gerai jualan tu kan? Not appropriate kata orang.

So, dengan gigihnya aku follow salah sorang geng SUKSIS ni. Dari gerai jualan ke kafe, dari kafe ke koperasi dan last2 hilang camtu je. Cari punya cari, naik turun tangga hostel dan akhirnya jumpa jugak. Kat situ jugak aku mintak izin nak amik gambar dia sebab post seterusnya aku nak cerita pasal SUKSIS. Mr. Kamal namanya. Haha. 'Mr.' tu takde pun. Suka hati je aku tambah kan?

Aku tanya la serba sikit pasal SUKSIS ni. Dulu time awal2 masuk UMP ni aku ade niat jugak nak masuk SUKSIS. Dari segi penglihatan memang time tu takde masalah. Aku memang dah pakai cermin mata tapi rabun jauh tu tak la seteruk sekarang. Time tu tanpa cermin mata, 10 meter radius aku boleh tengok dengan jelas lagi. Time tu dalam dewan sukan. Boleh apply SUKSIS atau PALAPES. Tapi bila tengok syarat tinggi at least 163 cm, terus aku blah. Tak cukup tinggi! Alahai nasib badan. Kalau tau awal2 time kat matrik dulu dah start work out, minum susu banyak2 biar tinggi. Apa2 pun terima kasih kat Mr. Kamal sebab sudi jadi model jurugambar amatur ni dan info2 berguna yang dikongsi walaupun limited time. Insyaallah, ada masa harap boleh jumpa lagi.

p/s: rasanya duit hasil jualan tu cukup2 kot untuk back up modal. Tak kisah pun kalau tak untung, asalkan balik modal.

No comments :