Nov 23, 2014

Pengalaman belajar di Kolej Mara Kulim, Kedah.

Bila dah nak habis belajar ni, rasa terpanggil pulak nak buat entri pasal pengalaman aku sepanjang menuntut ilmu. Sekurang2 nya dapat bagi info berguna kat student2 yang nak sambung belajar.

Lepas aku tamat form 5, aku sambung belajar kat Kolej Mara Kulim, Kedah. Biasanya kitorang panggil KMK je. KMK ni salah satu matrikulasi aka matrik yang ada kat malaysia. KMK ni hanya program untuk satu tahun je dan bukan 2 tahun macam kebanyakkan matrik2 lain. Macam mana nak apply? Time form 5, kalau tak silap tengah2 tahun, ada tawaran intake baru ke matrik. Isi online kat http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm. Hanya 3 matrik je boleh pilih. Pilihan pertama aku KMK la dan Alhamdulillah dapat. Kena beli nombor pin. Biasanya cikgu akan kutip duit dari student (RM6.00 kalau tak silap) dan cikgu tu akan tolong beli kat BSN. Kalau tak nak, student boleh pergi BSN beli sendiri. Dalam borang online tu, ade la macam2 maklumat yang korang kena isi. Bila dah setel, tunggu result je lepas dapat result SPM sama ada berjaya masuk matrik ke tak. Ni pun boleh check online ataupun SMS.

Bila dah ditawarkan, korang boleh pilih nak masuk matrik atau tak. Yelah, in case ade yang nak buat asasi kat UIAM, nak masuk politeknik ataupun form 6. Rezeki. Tak kan nak tolak kan? Lepas tu ada surat2 dan borang2 daripada KMK yang dipos ke rumah aku. Borang ni kena isi dan bawa sekali time nak daftar kat matrik.

Barang yang perlu bawa dan yang KMK sediakan.
Aku kena daftar 9 Mei 2009. Prepare awal2 barang2 yang kena bawak kat matrik nanti. Aku sebelum ni tak pernah duduk hostel. Malam sebelum bertolak ke KMK, kelam-kabut beli barang2 mandi dan makanan.

Yang aku tak dapat lupa bila nak daftar kat KMK. Aku pergi dengan ayah aku dan kawan dia. Ayah aku tak biasa drive jauh2. Sebab tu mintak tolong kawan dia. Kitorang bertolak awal sehari dan tidur kat hotel dekat Bukit Mertajam satu malam. Sesat tak jumpa KMK sebab orang tak kenal kalau sebut matrikulasi Kulim. Yang sebetulnya Kolej Mara Kulim. Keesokkan pagi tu terus pergi KMK.

Senarai rumah penginapan dan lokasi KMK.
Bila beratur nak daftar, kena tunjukkan surat tawaran asal. Entah kenapa aku lupa bawak. Alahai! Takkan nak balik rumah. Jauh yang amat dari KMK ke Terengganu. Last2 ade sorang lecturer (time tu tak tahu lagi dia akan jadi lecturer kelas aku.) ni berdiri kat sebelah aku. Aku bagitau la yang aku tertinggal surat tawaran asal kat rumah. Nasib baik dia suruh aku guna je salinan surat tawaran yang aku bawak. Kalau tak, naya la aku.

Bila dah setel daftar dan dapat bilik (sebetulnya dorm. Satu dorm ade 28 orang kalau tak silap.), ayah aku dan kawan dia terus balik. Tingkap dorm takde langsir. Kena bawak langsir sendiri kalau nak tutup tingkap. Kalau tak nak tutup pun takpe sebab dorm lelaki atas bukit, jauh sangat dari dorm perempuan. Petang tu aku terus bersiap sebab ade program orientasi. Dari isnin sampai pagi ahad ade aktiviti. Seminggu cukup2. Yang best orientasi kat matrik ni, tak banyak ceramah tapi banyak aktiviti berkumpulan dan riadah. Memang tak bosan langsung. Cuma penat sikit tu ade la.

Jadual minggu orientasi.
Setahun aku kat KMK ade 2 semester. Setiap semester ader 2 exam. Midsem exam dan final sem exam. So, ada 4 exam sepanjang aku kat KMK. Ni tak termasuk assignment, lab dan test. Tapi jujur aku cakap, kalau nak skor, kena pulun betul2. Tak boleh cincai2. Kena banyak ulangkaji dan buat je latihan atau homework yang lecturer bagi. Comfirm dapat skor. Kalau malu nak bertanya dalam kelas, boleh  je jumpa lecturer kat bilik lecturer. Aku ni kiranya student tegar yang selalu jumpa lecturer, tak kira sebelum kuliah ataupun selepas kuliah. Lecturer kat KMK baik2.

Kelas start tak silap aku 8.30 pagi sampai 4.30 petang, ahad sampai khamis. Tapi bukan direct. Ade waktu2 yang gap. Kadang2 aku guna waktu gap ni join kelas lain. Aku amik sains fizikal. Kat KMK selain sains fizikal, ada sains hayat.

Subjek sains fizikal:
- Fizik (sem 1 dan 2).
- Math (sem 1 dan 2).
- Kimia (sem 1 dan 2).
- English (sem 1 dan 2).
- Sains informatik (sem 1 atau 2).
- Dinamika (sem 1 atau 2).
- Pendidikan agama islam (sem 2).

Subjek sains hayat:
- Biologi (sem 1 dan 2).
- Math (sem 1 dan 2).
- Kimia (sem 1 dan 2).
- English (sem 1 dan 2).
- Sains informatik (sem 1 atau 2).
- Dinamika (sem 1 atau 2).
- Pendidikan agama islam (sem 1).

Akitiviti kokurikulum ade sukan / permainan, kelab / persatuan dan unit-beruniform. Rumah sukan macam kat sekolah. Ada empat. Merah, biru, kuning dan hijau. Aku dapat rumah merah.

Ni la gazebo, tempat student selalu study.
Bila weekend, aku suka bangun awal2 dan study kat gazebo. Bisanya pukul 7.30 pagi dah ade kat sana. Kat KMK tak payah risau pasal komputer atau laptop. Assignment atau lab report tak perlu taip, cuma tulis tangan. Tapi kalau gian nak berfacebook, boleh je pergi cyber cafe kat belakang dewan. Diorang bukak setiap jumaat dan sabtu.

Peta KMK.
Kadang2 kalau bosan, hari jumaat atau sabtu aku keluar ke bandar Kulim. Nak ke sana just naik bas. Tambang RM1 sebab dekat je. Tapi sekarang tak tahu la dah berapa ringgit. Kalau naik teksi, tambang RM10. Aku selalu keluar naik bas. Tempat tunggu bas betul2 depan Balai Polis Kulim. Kat bandar Kulim ada The Store, Big 10, KFC, Ceria 99, BSN, CIMB Bank, kaunter tiket bas ekspress dan banyak lagi. Kat dalam KMK takde mesin ATM sebab tak perlu guna duit pun nak makan atau minum. Makanan dan minuman free. 6 kali sehari: breakfast pukul 7.30 pagi, makan ringan pukul 10 pagi, lunch, minum petang, dinner dan supper. Elaun MARA dapat selepas Tahun Baru Cina.

Dalam KMK ada koperasi. Surat khabar pun ada jual. Dobi ada ikut giliran dorm. Kalau tak nak hantar dobi, boleh basuh sendiri. Mesin basuh ada tapi sekali basuh rasanya RM2.50.

Sijil tamat belajar.
So, ni la pengalaman aku kat KMK. Aku rasa setakat ni, ni la pengalaman yang memang best. Kalau ikutkan, rasa nak belajar semula kat sana.

30 comments :

Cik Fafa said...

cikfafa pun rindu sangat nak masuk kmk balik. tapi bukan kmk ni, kmk changloon. best sangat belajar kat matrik. ^_^

Nur Inani said...

pengalaman waktu belajar memang sangat best ^__^

korie hensem said...

da aktif balik ker, lma btol pasif update blog

Azrin Rahim said...

ayie dftr 2009 tpy di matrik melaka.. pogram setahun juga..ambik sains fizik.. sonoklah juga.. pglman tu

Sang Pujangga said...

@Cik Fafa
Owh..dekat je changlun ngan kulim.

Sang Pujangga said...

@Nur Inani
Yup. Memang best.

Sang Pujangga said...

@korie hensem
Aah korie. Dah mula aktif balik.

Sang Pujangga said...

@Azrin Rahim
Owh..tahun 2009 jugak..batch yg sama.

Rohana Shafie said...

wahhh mcm best je..xsabar nk tggu 24hb ni..tp kwn2 ,,ad jgk bca kt blog lain kata matrik ni ssah..lau xdpt pointer elok t kna tendang p mna2...btl ke..asa tkt laa plak... :'(

Rohana Shafie said...

wahhh mcm best je..xsabar nk tggu 24hb ni..tp kwn2 ,,ad jgk bca kt blog lain kata matrik ni ssah..lau xdpt pointer elok t kna tendang p mna2...btl ke..asa tkt laa plak... :'(

Nrzlna said...

U dpt kolej mara jgk ka? I pun sama lahh

Nrzlna said...

U dpt kolej mara jgk ka? I pun sama lahh

ain nur harissa said...

salam..nak tanya sikit bole?
saya dpat kmk untuk program sains..
tapi saya nak la tahu beza molej mara banting dengan kolej mara kulim..lepas tu kita boleh pilih nak course apa masa hri pendaftaran tu ke?selalunya kalau dapat result elok boleh sambung dkat universiti mana?
tolong jawab a.s.a.p ye..

fyqah rawks said...

Bdk matrik ngn bdk fist unikl gbung x ?

Sang Pujangga said...

@Rohana Shafie
Term 'susah' tu terlalu subjektif. Mana2 institusi pengajian pun boleh jadi susah kalau xbljr betul2. Bagi saya, matrik ni lebih mendalam sikit dari spm. Cumanya kena rajin ulangkaji. Kalau jenis xsuka buat study group, boleh terus jumpa lecturer sebelum/selepas kuliah.
Yg pasti matrik dah xsama mcm zaman spm. Kalau xfaham apa yg lecturer ajar, kena terus tanya. Jgn diam/buat2 paham. Nanti makan diri sendiri. Masa kat kmk batch saya, mmg lecturer kat sana baik2. Mudah kalau nak jumpa tanya pasal subjek. Student boleh tanya mana2 lecturer pun, walaupun diorang xajar kelas student tu.
Mmg ada yg kena buang kalau pointer rendah sgt2. Tapi ada student yg volunteer keluar sbb dpt tawaran belajar lain. Mcm tawaran daripada spa atau sambung diploma.

Sang Pujangga said...

@ain nur harissa
Salam. Kalau mintak bezakan antara km banting dgn kmk, saya pun xpasti.
Nak pilih kos bukan waktu pendaftaran. Sebab ada minggu orientasi seminggu sebelum kelas start. Time minggu orientasi tu la student2 akan diberi pendedahan pasal kos/subjek. Kalau xsilap dalam minggu orientasi tu jugak student kena pilih kos. Waktu saya dulu ada kos sains fizikal dan sains hayat.
Dekat2 akhir matrik, kena isi borang upu utk pilih universiti/kos pilihan hati. Patikan pointer elok. Sebab nanti senang nak dapat universiti/kos pilihan kita. Lepas habis matrik, dapat result, kena kemaskini borang upu pulak. Kalau rasa pointer matrik xelok, time tu boleh tukar universiti/kos.

Sang Pujangga said...

@fyqah rawks
Student fist unikl dgn matrik xgabung. Kelas lain2. Asrama lain2. Budak unikl daftar awal seminggu dan start kelas awal seminggu daripada budak matrik. Cuma yang samanya kongsi kantin dgn surau.

Cahaya Ketenangan said...

assalamualaikum.
kt situ ade bsn dan cimb bank je ke? bank islam ade x?

Sang Pujangga said...

@Cahaya Ketenangan
Waalaikumussalam. Ada. Bank islam kulim ada satu je. Tapi bukan kat bandar kulim yg saya selalu lepak tu. Bank islam kulim ada kat area kulim hi-tech park.

Cahaya Ketenangan said...

@Sang Pujangga ok. terima kasih..

Sang Pujangga said...

@Cahaya Ketenangan
Same2.

Anonymous said...

assalamualaikum. terima kasih bagi info psal kmk ni. kulim hi-tech park tu jauh ke?

Sang Pujangga said...

@Anonymous
Waalaikumussalam..same2..kulim hi-tech park dengan area bandar kulim yg saya selalu lepak tu dlm 7 minit kalau naik kereta/bas. Kalau nak jalan kaki tu rasanya jauh jgk la sbb jarak lebih kurang 3-4 km.

Sir Ipin said...

Assalamu'alaikum, saya nak tanya, asrama KMK ni mcm mana ye? sama mcm mrsm? locker dia besi? ke ada cabinet?

Sang Pujangga said...

@Sir Ipin
Waalaikumussalam..saya xpernah masuk mrsm..xtahu mcm mana keadaan hostel mrsm.
Hostel kmk utk student matrik ni dlm bentuk dorm..24 orang per dorm..tapi setiap 2 katil ada dinding. Ni hostel lelaki, hostel perempuan xtahu la mcm mana pulak.
Locker batch saya tu locker besi..boleh kunci pakai mangga.

rsh said...

Salam . boleh saya tanya . saya dapat twrn unikl kat kmk ni . buat asasi sc & tech . jadi lepas saya tamat asasi di kmk ni saya boleh ke mana slps tu ? boleh ke sy nak amik degree di ipta ? atau tmpt lain ? harap boleh beri serba sikit penerangan . terima kasih :)

Ichi Fighting said...

@rsh
Salam. Tahniah dapat tawaran asasi UNIKL kat KMK! Pasal asasi UNIKL, saya kurang pasti sama ada lepas tamat asasi boleh masuk ipta ke tak. Setakat yang saya tahu, student2 asasi UNIKL ni, lepas diorang habis buat asasi, diorang akan sambung belajar kat UNIKL.
Kalau pelajar matrikulasi macam saya, sebelum habis belajar kat sini, saya kena isi permohonan (UPU) untuk masuk ipta (ada 8 pilihan universiti dan degree). Kalau pelajar asasi UNIKL, mungkin nanti sebelum tamat asasi kat sini, diorang kena isi jugak permohonan untuk masuk universiti. Diorang kena pilih nak apply UNIKL mana (nama pun asasi UNIKL kan). Universiti lain saya tak pasti diorang boleh pilih ke tak.

qwan said...

assalamualaikum
sekadar share info....Kolej mara Banting (KMB) dan koleh Mara Kulim(KMK) adalah berbeza pengambilan...KMB adalah untuk persediaan pelajar tajaan JPA/MARA/UEM/TNB dan pelbagai tajaan untuk keluar negara. Kelayakan pun yg diperlukan ialah minima 9A keatas.
Pelajar UNIKL di KMK adalah utk UNIKL dan bukan untuk ke IPTA. Matrik boleh ke IPTA

Anonymous said...

maaf sya nk tnya. Kebnykn kawan sya ke matriks kena buat pendaftaran online. kenapa KMK xperlu buat pendaftaran online? Ke memang ada cuma saya tak tahu? Sorrylah.. I need the answer ASAP sbb next month ill be there at KMK.

Nur Atiqah Izzah said...

Salam...Sya nk tnya mostly org yg masuk matriks ni brapa a ye..Pastu klu sya cuma dpt 5a je ada chance ke sama ada nk masuk kolej mara or kolej matriks biasa? Harap reply....tq