Dec 28, 2014

Bencana banjir 2014. Final exam semua student UMP tangguh.

Perasaan bercampur-baur. Tak tahu nak gembira ataupun sedih. First paper aku sepatutnya start esok, tapi ditangguhkan ke hari sabtu ni. Semalam runsing sebab selesema teruk. Asyik bersin je. Bekalan ubat dah habis. Pejabat kesihatan UMP tutup. Koop tutup. Terpaksa bergantung kat air botol 100 plus yang aku beli kat kafe.

Penjadualan semula final exam.

Bila dapat tahu exam tangguh, rasa lega. Kang tak pasal2 jawab exam sambil bersin, satu dewan dengar.

Semua paper minggu ni start hari sabtu.

Rasa sedih jugak bila tengok keadaan sekarang. Banjir kali ni lebih teruk dari tahun2 sebelum. Kisah2 tragis pun tak kurang sedihnya.

Bila exam dah tangguh, at least dapat la mana2 student yang rumah banjir, balik tolong famili diorang. Kalau aku kat tempat diorang pun rasanya memang susah nak fokus kat final exam.

Nasib baik aku tak beli tiket bas lagi.

Bila dah jadi macam ni, ramai pulak student yang lelong tiket2 bas balik kampung. Tak jadi balik sebab ada exam. Tapi diorang boleh claim balik duit tiket bas. Nasib baik kan?

Dec 22, 2014

Hujan berterusan di UMP Pekan.

Takut pulak tengok keadaan UMP Pekan sekarang. Rasanya tahun lepas tak seteruk ni. Kali ni hujan berterusan. Harap2 tak banjir. Bila tengok keadaan dalam UMP ni, mesti kat kampung2 luar UMP dah banjir sebab area ni kawasan tanah rendah. Dekat dengan sungai pulak tu.

Belakang lab fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik.
Susur gajah ke library.
Parit sebelah library.
Tasik depan library. Sikit lagi nak limpah.
Laluan pejalan kaki sekeliling tasik.

Kat Terengganu dah banyak tempat yang banjir. Ramai jugak student pantai timur yang balik rumah study week ni. Harap selamat bila nak datang ke UMP balik.

Study week terakhir kini bermula.

Alhamdulillah.
Kejap je masa berlalu. Dah nak masuk 4 tahun setengah aku belajar kat UMP. Macam baru semalam datang daftar kat sini. Rata2 member2 matrik aku dah grad. Degree diorang 4 tahun. Aku je yang lain sikit. Tambah 6 bulan. Dah kos ni macam tu. Follow je la.


So, minggu ni study week. Majoriti kelas dah takde. Student boleh fokus study untuk final exam. Insyaallah ni sem terakhir aku kat UMP. Untuk sem ni ada dua paper final exam. Minggu depan aku ada paper Ethnic Relations dan minggu satu lagi ada paper Digital VLSI System. Harap dua2 paper ni lulus.

Study week kali ni memang mencabar. Hujan turun tak henti2 dari pagi tadi. Banyak tempat dah banjir. Nak study pun rasa malas sebab syok tidur hujan2 macam ni. Tapi bila fikir ni last sem, nak tak nak kena pulun jugak. Harap2 dapat jawab dengan tenang nanti.

Dec 12, 2014

Jalan-jalan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Muzium Sultan Abu Bakar terletak kat bandar Pekan, sebelah pejabat bahagian siasatan jenayah narkotik balai polis Pekan.

Bahagian narkotik balai polis Pekan.

Muzium ni muzium raja. So, barang2 yang dipamerkan berkaitan dengan raja2. Waktu muzium buka:

Selasa-ahad (9.30 pagi-5 petang)
Jumaat (9.30 pagi-12.15 tgh hari dan 2.45 petang-5 petang)

Lokasi muzium via Google Maps.

Kat luar muzium ada jet TUDM, jentera PDRM dan helikopter TLDM. Selain tu ade jugak arca2 kuda yang tak sempat aku nak amik gambar.

Jet TUDM.
Jentera PDRM.
Helikopter TLDM.

Untuk dewasa, nak masuk dalam bangunan muzium kena bayar RM4. Untuk kanak2 dan yang lain tak sempat pulak aku nak tanya staf. Nak masuk dalam ni dilarang sama sekali pakai kasut atau selipar. Berkaki ayam atau stoking sahaja dibenarkan. Lagi satu, tak boleh amik gambar pakai kamera digital dan DSLR atau mana2 kamera yang cangih2. Tapi nak amik pakai hanset boleh. Kat bawah ni aku sempat snap beberapa gambar khazanah sejarah raja kepada yang ingin tahu.

Antara tanjak yang dipakai raja:

Tanjak sekelungsung bunga.
Tanjak bersiram.

Antara keris yang digunakan raja:

Keris2 raja.

Lepas tu aku ke Inderapura, bilik pameran arkeologi dan masyarakat orang asli. Mula2 masuk tu seram jugak rasa. Banyak patung ukiran orang asli. Kat pintu masuk ade touch screen monitor. Info2 orang asli ada kat sini.

Lokasi orang2 asli.
Patung ukiran orang2 asli.
Rumah orang2 asli.

Kat tingkat atas ada alat2 muzik yang dimainkan di istana, Quran lama, kitab Tauhid, barang2 sukan yang raja2 pernah main dan peralatan santapan raja.

Gong dan alatan lain.
Quran lama.
Barang2 sukan raja.
Peralatan santapan raja.

Kat bangunan sebelah (kat sini boleh pakai kasut atau selipar) ada congkak2, kukur kelapa, alat2 muzik dan hiburan raja dan pinggan-mangkuk ukiran negara China dan Jepun.

Congkak.
Alat2 muzik.
Wayang kulit.
Pinggan-mangkuk ukiran China.
Pinggan-mangkuk ukiran Jepun.

Rasanya dekat sejam aku pusing2 muzium ni. Bagi pencinta sejara, aku syorkan datang sini sebab banyak lagi khazanah raja yang menarik.

Dec 10, 2014

STAGG oh STAGG! Pusing2 bandar Pekan, jumpa jugak surat khabar!

Tujuan asal hari ni nak cuci gigi kat klinik gigi Pekan. Tapi sebab ramai buat appointment nak operate gigi, aku terpaksa tunggu lama. Nombor giliran dah ada. Mintak izin nurse nak keluar kejap sebab malas nak duduk lama2 situ.

Mula2 ingat nak pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Pekan nak amik ic baru buat. Tapi singgah kat kedai2 tepi jalan sebab nak cari Harian Metro yang dua hari lepas (8 Disember). Tanya uncle chinese. Dia cakap ada. Lepas bayar, aku belek2 muka surat. Nasib baik ada. Aku just nak dapatkan artikel pasal STAGG (Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme) dalam surat khabar tu. Hari tu baca Harian Metro online, artikel tak lengkap (http://www.hmetro.com.my/node/14550). Tu pasal cari jugak surat khabar kat kedai.

Punya gigih cari surat khabar.

Lalu depan balai polis Pekan. Pelik jugak. Setahu aku ade satu je balai polis Pekan. Kat sebelah hotel Ancasa Royale. Tengok sign board baru perasan. Rupa2 nya pejabat bahagian siasatan jenayah narkotik. Sebelum ni dah banyak kali lalu, tapi tak perasan. Ingatkan ada dua balai polis.

Nampak macam dah lama cawangan ni beroperasi kat sini.

Lepas amik ic kat JPN, rasa nak pulak jalan2 kat Muzium Sultan Abu Bakar. 3 tahun tinggal kat Pekan, ni first time pergi muzium ni. Kekangan masa mungkin. Entri seterusnya aku cerita.

Bayar kat kaunter RM4 (untuk dewasa) baru boleh pusing2 dalam muzium.

Dec 8, 2014

Pasukan elit PDRM (STAFOC, STING dan STAGG).

Entri kali ni aku nak share sikit info pasal pasukan elit Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Baru2 ni PDRM ada tubuhkan satu pasukan elit diberi nama Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). STAGG ni pasukan elit ketiga PDRM. Sebelum ni ada STAFOC dan STING. Ketiga2 pasukan elit ni ditubuhkan dalam tahun yang sama, 2014. Basically, pasukan2 elit ni tujuannya membanteras jenayah secara mendalam dan meyeluruh. Kadang2 aku terfikir, banyak betul jenayah kat Malaysia. Sampaikan tiga pasukan elit ditubuhkan dan dalam tahun yang sama pulak tu. Seram sejuk rasanya dengan situasi dan persekitaran kat Malaysia sekarang. Aku pasti semua rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi dan yakin, dengan tertubuhnya pasukan2 elit ni, kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan.

1. Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) / Special Task Force On Organised Crime (STAFOC)

Tarikh pelancaran: 1 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 400 pegawai dan anggota
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.
- Menangani jenayah terancang membabitkan sindiket rompakan bank, culik, pelacuran dan pengedaran dadah.

2. Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) / Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)

Tarikh pelancaran: 30 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 200 petugas (61 pegawai, 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah di Malaysia.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Mengesan sindiket dadah luar negara yang beroperasi di negara ini, pengedaran dadah oleh sindiket antarabangsa, aktiviti sindiket dadah yang terlibat dengan kongsi gelap dan mengesan makmal dadah.
- Menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.
- Mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap untuk 'diputihkan'.
- Mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK).

3. Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) / Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG)

Tarikh pelancaran: 7 Disember 2014
Tempat pelancaran:  Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur
Anggota awal: 220 petugas (61 pegawai, 139 anggota berpangkat rendah dan 20 penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Memberi tumpuan dalam penangkapan ketua-ketua sindiket berkaitan maksiat, judi dan pertubuhan kongsi gelap.

Sumber: 1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13