Dec 8, 2014

Pasukan elit PDRM (STAFOC, STING dan STAGG).

Entri kali ni aku nak share sikit info pasal pasukan elit Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Baru2 ni PDRM ada tubuhkan satu pasukan elit diberi nama Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). STAGG ni pasukan elit ketiga PDRM. Sebelum ni ada STAFOC dan STING. Ketiga2 pasukan elit ni ditubuhkan dalam tahun yang sama, 2014. Basically, pasukan2 elit ni tujuannya membanteras jenayah secara mendalam dan meyeluruh. Kadang2 aku terfikir, banyak betul jenayah kat Malaysia. Sampaikan tiga pasukan elit ditubuhkan dan dalam tahun yang sama pulak tu. Seram sejuk rasanya dengan situasi dan persekitaran kat Malaysia sekarang. Aku pasti semua rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi dan yakin, dengan tertubuhnya pasukan2 elit ni, kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan.

1. Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) / Special Task Force On Organised Crime (STAFOC)

Tarikh pelancaran: 1 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 400 pegawai dan anggota
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.
- Menangani jenayah terancang membabitkan sindiket rompakan bank, culik, pelacuran dan pengedaran dadah.

2. Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) / Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)

Tarikh pelancaran: 30 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 200 petugas (61 pegawai, 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah di Malaysia.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Mengesan sindiket dadah luar negara yang beroperasi di negara ini, pengedaran dadah oleh sindiket antarabangsa, aktiviti sindiket dadah yang terlibat dengan kongsi gelap dan mengesan makmal dadah.
- Menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.
- Mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap untuk 'diputihkan'.
- Mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK).

3. Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) / Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG)

Tarikh pelancaran: 7 Disember 2014
Tempat pelancaran:  Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur
Anggota awal: 220 petugas (61 pegawai, 139 anggota berpangkat rendah dan 20 penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Memberi tumpuan dalam penangkapan ketua-ketua sindiket berkaitan maksiat, judi dan pertubuhan kongsi gelap.

Sumber: 1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13

No comments :