Nov 21, 2015

Resepi Donut Gebu Gebas Cara Aku.

Rasanya ni first time aku buat entri pasal resepi masakan. Memandangkan minggu lepas aku buat donut dan sempat ambil gambar, so, aku rasa macam nak kongsi resepi donut gebu gebas yang aku buat. Memang tak dinafikan donut ni memang gebu. Tak tipu punya lah.

Tunggu giliran untuk digoreng.
Mula2, sukatan kena betul. Aku refer sukatan dari blog Niza (http://nizapunya.blogspot.my/2013/04/blog-post.html) sebab lebih mudah. Terima kasih Niza.

Sukatan kena betul. Lagi tepat lagi baik.
Tempoh penyediaan: 1-2 jam.
Tempoh memasak: 15-20 minit.
Jumlah hidangan: 20-25 biji donut.

Bahan A:
2 sudu kecil yis (mauri-pan)
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*kalau yis tak berbuih, memang tak kembang lah donut tu nanti.

Bahan B:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak lagi manis)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
2 sudu besar majerin
1 biji telur ayam
Air suam secukupnya

Bahan C:
2 cawan gula halus

Cara2 memasak:
1. Campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas dan kacau hingga rata. Tutup dan biarkan selama 10-15 minit bagi yis tu berbuih. Pastikan guna air suam dan kalau yis tetap taknak berbuih, mungkin yis tu dah rosak atau expired. Sila beli baru.

Excited tengok yis berbuih.
2. Sementara tunggu yis berbuih, sediakan bahan B. Ambil satu bekas besar, satukan tepung gandum, susu tepung, gula dan garam. Gaul hingga rata.
3. Lepas tu, buat lubang kat tengah2, masukkan telur ayam, yis, majerin dan air suam. Uli sampai doh tu tak melekat kat tangan.
4. Tutup bekas besar tu dan biarkan selama 1 jam.
5. Bila doh dah kembang, uli sekali lagi sebab nak keluarkan angin.
6. Biarkan selama 10-15 minit. Tujuannya nak bagi doh tu hilang stress sebab kena tumbuk tadi.
7. Tekap atau bentukkan donut.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan, takut nanti donut cepat hangus.

Kembang dan gebu gebas kau!
9. Lepas dah siap goreng donut tu, boleh lah salut dengan gula halus dan hidangkan. Siap!

Sedia untuk dibedal!
Setelah bereksperimen, kalau nak donut tu kembang dan gebu gebas, pastikan yis atau mauri-pan tu berbuih. Kalau tak, doh akan ambil masa yang sangat lama untuk mengembang. Mungkin dalam 4-5 jam. Kalau kembang pun, hanya lepas digoreng dan rasanya memang kurang gebu dan keras sikit.

Nov 5, 2015

Sommerkurs di Jerman Part 3: Jom Kenal Tempat!

Kawasan depan kampus.
Sepatutnya hari ni kelas dah start. Tapi sbb kitorang masih lagi baru lagi kat sini, staf kampus dengan baik hati bawa kami pusing2 kawasan kampus, hutan dan kawasan bandar. Kemudahan untuk kegunaan student kat sini memang bagus. Siap ada boling, billiard dan rock climbing lagi.

Tempat main boling.
Billiard.
Rock climbing.
Kebetulan waktu kitorang datang sini musim ceri berbuah. So, memang telan air liur tengok buah ceri segar2 kat pokok belakang kampus. Area kampus ni dekat dengan hutan. Tapi setakat ni takde pulak terserempak dengan binatang2 buas. Burung ade lah.

Pokok ceri. Segar2 buah ceri kat sini.
Nasib baik puasa.
Bergambar kejap.
Kawasan hutan dekat kampus.
Lepas melawat sekeliling kampus, kitorang ke dalam hutan. Kat dalam ni ada satu bangunan lama. Dipanggil Obere Burg. Kalau nak cerita sejarah bangunan ni memang panjang. Pertengahan abad ke-12 dulu kat sini dijadikan menara kediaman dan mahkamah. Lepas tu ada kebakaran besar. Sekarang kawasan ni dibaikpulih dan dijadikan salah satu tempat untuk dilawati. Bila masuk dalam bangunan ni, rasa macam cerita Merlin. Zaman dulu2 dengan dinding batu yang masih kukuh.

Obere Burg.
Pemandangan atas Obere Burg.
Seterusnya kitorang dibawa pusing2 kawasan bandar. Ada jugak restoran, kedai2 makan, keda2 runcit, farmasi dan kolam renang. Jalan kaki dari kampus ke kawasan bandar ambil masa dalam 10 minit. Memang tak perlu kenderaan segala kalau nak ke bandar.

Farmasi. Kat Jerman ni banyak farmasi.
Kebab. Kedai makan Turki ada jual.
Stesen minyak.
Altmühl. Nama sungai kat sini.
Tempat renang. Ada kolam renang terbuka kat dalam ni.
Sepanjang hari ni kitorang jalan2 je. Kelas takde lagi.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 4: Jelajah Kedai Runcit.

Nov 4, 2015

Sommerkurs di Jerman Part 2: Eifell I'm in Love.

KL-Paris, Paris-Munich.
Berdasarkan tiket, flight akan berlepas pukul 11.15 malam dan akan sampai kat Paris pukul 6.10 pagi (waktu Paris). Perjalanan ambil masa dalam 12 jam (waktu Paris lewat 5 jam). So, pagi2 buta kitorang turun kat airport Charles de Gaulle (CDG), Paris. Tapi waktu ni dah terang-benderang. Flight ke Munich pukul 3.55 petang. So, ada dalam 10 jam sebelum naik flight ke Munich. Alang2 dah ada kat Paris, kitorang plan ke Eifell Tower. Semua setuju ke sana termasuk lecturer Jerman kitorang yang ikut sekali dari Malaysia. Harga satu tiket train dalam 10 euro kalau tak silap. First, kitorang naik train dari CDG ke Saint-Michel. Pastu tukar train dari Saint-Michel ke Champ de Mars. Perjalanan tak sampai sejam.

Jalan nak ke train.
Dalam train ke Saint-Michel.
Bila sampai kat terminal Champ de Mars, kitorang ramai2 jalan kaki ke Eifell Tower. Ok, bila sampai kat sini rasa kagum pulak. Masing2 ikut group masing2. 5 orang satu group. Aku tak ikut group pun sebab aku jalan berdua dengan member aku. Cuaca kat sini panas sebab sekarang musim panas. Ramai sangat orang kat sini. Lecturer kitorang sempat pesan, kalau ada siapa2 yang mintak sign apa2 petition atau untuk badan amal ke, jangan dilayan. Sebab bahaya. Kita tak tahu apa yang diorang buat sebenarnya. Sepanjang jalan ke Eifell Tower, ada jugak orang yang jual cenderamata macam key chain dan monopod dengan harga yang murah. Aku memang lari jauh2. Sebab memang comfirm tak beli. Takde duit kecik.

Abadikan kenangan di sini. Sweater tu memang tak patut dipakai. Panas!
Aku dengan member aku pun pusing2 area Eifell Tower tu. Bergambar sakan. Tapi benda yang sama: background Eifell Tower. Area sini ada jugak orang yang jual2 barang. Aku buat tak layan. Takut jugak kalau2 pencopek ke peragut ke datang tiba2. Kat sini kalau ada orang yang nak tolong pakaikan gelang ke apa ke, jangan layan. Junior aku dah kena. Ada sorang tu tiba2 datang kat junior aku dan volunteer nak pakaikan gelang benang. Junior aku tak nak dan tolak dengan cara baik. Tapi orang tu beriya2 nak pakaikan. Last2 lepas siap pakaikan gelang kat lengan junior aku, orang tu mintak duit suruh bayar harga gelang tu. Ishk3. Orang macam ni pun ada. Dengan berat hati, junior aku pun bagi lah. Berapa euro aku tak perasan. Tapi benda ni harap dijadikan pengajaran kepada siapa2 yang plan nak ke Eiflell Tower.

Smile!
Rehat sebentar.
Yang tak bestnya waktu ni lah perut aku meragam. Tak rasa nak berak. Selalu rasa senak. Mungkin banyak angin dalam perut. Nak jalan pun tak larat. Nasib lah. Lepas puas pusing2 Eifell Tower, kitorang sekali lagi naik train ke airport CDG.

Flight dari CDG ke airport Munich ambil masa sejam setengah. Sampai kat aiport Munich, terus pergi ke tempat ambil bagasi. Nasib malang buat junior aku. Bagasi dia takde. So, dia dengan lecturer aku pergi kat kaunter dan bagitau. Bagasi dia tak sampai kat airport Munich. Mungkin ada lagi kat CDG atau KLIA. Kena tunggu 2, 3 hari lagi.

Lepas tu kitorang naik bas ke hostel dan tempat belajar kitorang kat daerah Treuchtlingen. Namanya Hochschule Adventure Campus. Perjalanan ambil masa sejam. Bila sampai kat sana, kitorang disambut baik oleh staf2 kat sana. Sebelum check in hostel, ada makan2 sikit. Aku just makan pisang dan minum air disebabkan perut aku yang meragam dari tadi. Lepas makan, kitotang diberi kunci bilik setiap sorang.

Aku ingatkan hostel macam kat Malaysia. Rupa2nya rumah. Ada tiga rumah besar. Setiap rumah ada beberapa bilik. Aku dan member aku satu bilik. Rumah aku ada dapur, tapi dapur tak lah sebesar dapur rumah lain sebab dapur ni dalam almari.

Katil aku.
Meja tulis. Kejap je dah berselerak.
Almari.
Peti sejuk kongsi ramai2.
Bilik air.
Lepas kemas barang, aku just rehat je dalam bilik sebab pagi esok dah start kelas.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 3: Jom Kenal Tempat!

Sommerkurs di Jerman Part 1: The Beginning.

Memandangkan kali ni ada sikit masa terluang, so, aku nak cerita pengalaman aku sepanjang 2 bulan kat Jerman. Alhamdulillah rezeki dapat pergi Jerman.

Aku dapat sms dari staf fakulti aku menyatakan yang aku ditawarkan untuk join Sommerkurs (kursus musim panas) untuk subjek Bahasa Jerman di Bayern, Jerman bermula 29 Jun 2015 hingga 26 Ogos 2015. Ok, waktu dapat tawaran tu seriously aku tak tahu nak buat apa. Aku just diam tak bagitahu famili. Banyak faktor kena pertimbangkan. Most of all masalah kewangan. Tapi nasib baik kos flight dan penginapan ditanggung universiti aku. Elaun RM2000 diberi untuk perbelanjaan selama 2 bulan. Macam tak cukup kan? So, memang kena berjimat. Bila famili aku tahu, berbelah-bagi jugak perasaan ni sama ada nak pergi ke tak. Takut pakai banyak duit kat sana nanti. So, lepas bincang, kitorang setuju untuk aku pergi Jerman.

Aku takde passport. So, kena buat. Pagi 4 Jun 2015 aku ke pejabat imigresen Kuala Terengganu. Ayah aku yang hantar. Kakak aku dengan adik aku join sekali. Harga untuk buat passport RM200 untuk 5 tahun. Nasib baik pergi tu tak lah ramai sangat orang. Pejabat tu kat tingkat satu. Mula2 masuk tu kena ambil nombor giliran kat kaunter pertanyaan. Bila nak buat passport, just bawak diri dan IC. Gambar tak perlu sebab kat kaunter tu ade tempat ambil gambar. Staf kaunter tu yang akan ambilkan. Lepas tu dia beri masa sejam untuk siapkan passport. Aku, ayah, kakak dan adik aku terus ke Hock Kee Seng beli apa yang patut.

Bukan main excited dia kena urut dan main jet.
Bila ke pejabat imigresen semula, passport dah siap. Lega. Lepas ambil passport, terus balik rumah.

Passport dah siap!
Malam seterusnya pergi ke The Store sebab nak beli bagasi. Harga bagasi kat sana ok lah. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Kena pandai pilih lah. Aku beli yang kecik sikit sebab plan tak nak bawak banyak barang ke Jerman nanti.

Memandangkan flight akan naik kat KLIA, aku dan famili stay kat rumah kakak aku kat Putrajaya sebab mudah nak hantar ke KLIA nanti. Malam tu famili aku hantar aku ke KLIA. Sesat jugak nak cari balai berlepas sebab tak pernah pergi. Tengok sign board pun pening jugak. Sampai kat sana, pergi timbang bagasi dan beg sebab takut terlebih berat. Fuhh...nasib baik tak berat sangat. Terlebih lebih kurang 1 kg. Ada yang kata boleh check in by group sebab berat bagasi dan beg boleh bahagi sama rata. So, aku try. Nasib baik lepas.

40 student yang pergi. Batch aku (senior) 5 orang, junior 35 orang. Waktu ni aku tak kenal langsung junior aku. Walaupun ada yang satu fakulti, tapi rasanya aku tak pernah nampak. Bertembung waktu pergi atau balik kelas tu mungkin lah.

Famili aku. Bergambar kejap.
Yang kecik tu anak buah aku. Tak duduk diam. Hahaha.
Tiba waktu berlepas. Sedih sebab kena tinggalkan famili 2 bulan. Dalam fikiran tu macam2 ada. Macam mana kalau tiba2 flight tu nanti kena tembak ke, meletup ke. Yelah. Dah ada kes kan. Tapi aku niat nak ke Jerman untuk belajar. Lagipun nanti boleh contact famili. Fb, Whatsapp, Oovoo, Skype semua ada sekarang ni.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 2: Eifell I'm in Love.