Nov 21, 2015

Resepi Donut Gebu Gebas Cara Aku.

Rasanya ni first time aku buat entri pasal resepi masakan. Memandangkan minggu lepas aku buat donut dan sempat ambil gambar, so, aku rasa macam nak kongsi resepi donut gebu gebas yang aku buat. Memang tak dinafikan donut ni memang gebu. Tak tipu punya lah.

Tunggu giliran untuk digoreng.

Mula2, sukatan kena betul. Aku refer sukatan dari blog Niza (http://nizapunya.blogspot.my/2013/04/blog-post.html) sebab lebih mudah. Terima kasih Niza.

Sukatan kena betul. Lagi tepat lagi baik.

Tempoh penyediaan: 1-2 jam.
Tempoh memasak: 15-20 minit.
Jumlah hidangan: 20-25 biji donut.

Bahan A:
2 sudu kecil yis (mauri-pan)
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*kalau yis tak berbuih, memang tak kembang lah donut tu nanti.

Bahan B:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak lagi manis)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
2 sudu besar majerin
1 biji telur ayam
Air suam secukupnya

Bahan C:
2 cawan gula halus

Cara2 memasak:
1. Campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas dan kacau hingga rata. Tutup dan biarkan selama 10-15 minit bagi yis tu berbuih. Pastikan guna air suam dan kalau yis tetap taknak berbuih, mungkin yis tu dah rosak atau expired. Sila beli baru.

Excited tengok yis berbuih.

2. Sementara tunggu yis berbuih, sediakan bahan B. Ambil satu bekas besar, satukan tepung gandum, susu tepung, gula dan garam. Gaul hingga rata.
3. Lepas tu, buat lubang kat tengah2, masukkan telur ayam, yis, majerin dan air suam. Uli sampai doh tu tak melekat kat tangan.
4. Tutup bekas besar tu dan biarkan selama 1 jam.
5. Bila doh dah kembang, uli sekali lagi sebab nak keluarkan angin.
6. Biarkan selama 10-15 minit. Tujuannya nak bagi doh tu hilang stress sebab kena tumbuk tadi.
7. Tekap atau bentukkan donut.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan, takut nanti donut cepat hangus.

Kembang dan gebu gebas kau!

9. Lepas dah siap goreng donut tu, boleh lah salut dengan gula halus dan hidangkan. Siap!

Sedia untuk dibedal!

Setelah bereksperimen, kalau nak donut tu kembang dan gebu gebas, pastikan yis atau mauri-pan tu berbuih. Kalau tak, doh akan ambil masa yang sangat lama untuk mengembang. Mungkin dalam 4-5 jam. Kalau kembang pun, hanya lepas digoreng dan rasanya memang kurang gebu dan keras sikit.

No comments :