Nov 4, 2015

Sommerkurs di Jerman Part 1: The Beginning.

Memandangkan kali ni ada sikit masa terluang, so, aku nak cerita pengalaman aku sepanjang 2 bulan kat Jerman. Alhamdulillah rezeki dapat pergi Jerman.

Aku dapat sms dari staf fakulti aku menyatakan yang aku ditawarkan untuk join Sommerkurs (kursus musim panas) untuk subjek Bahasa Jerman di Bayern, Jerman bermula 29 Jun 2015 hingga 26 Ogos 2015. Ok, waktu dapat tawaran tu seriously aku tak tahu nak buat apa. Aku just diam tak bagitahu famili. Banyak faktor kena pertimbangkan. Most of all masalah kewangan. Tapi nasib baik kos flight dan penginapan ditanggung universiti aku. Elaun RM2000 diberi untuk perbelanjaan selama 2 bulan. Macam tak cukup kan? So, memang kena berjimat. Bila famili aku tahu, berbelah-bagi jugak perasaan ni sama ada nak pergi ke tak. Takut pakai banyak duit kat sana nanti. So, lepas bincang, kitorang setuju untuk aku pergi Jerman.

Aku takde passport. So, kena buat. Pagi 4 Jun 2015 aku ke pejabat imigresen Kuala Terengganu. Ayah aku yang hantar. Kakak aku dengan adik aku join sekali. Harga untuk buat passport RM200 untuk 5 tahun. Nasib baik pergi tu tak lah ramai sangat orang. Pejabat tu kat tingkat satu. Mula2 masuk tu kena ambil nombor giliran kat kaunter pertanyaan. Bila nak buat passport, just bawak diri dan IC. Gambar tak perlu sebab kat kaunter tu ade tempat ambil gambar. Staf kaunter tu yang akan ambilkan. Lepas tu dia beri masa sejam untuk siapkan passport. Aku, ayah, kakak dan adik aku terus ke Hock Kee Seng beli apa yang patut.

Bukan main excited dia kena urut dan main jet.
Bila ke pejabat imigresen semula, passport dah siap. Lega. Lepas ambil passport, terus balik rumah.

Passport dah siap!
Malam seterusnya pergi ke The Store sebab nak beli bagasi. Harga bagasi kat sana ok lah. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Kena pandai pilih lah. Aku beli yang kecik sikit sebab plan tak nak bawak banyak barang ke Jerman nanti.

Memandangkan flight akan naik kat KLIA, aku dan famili stay kat rumah kakak aku kat Putrajaya sebab mudah nak hantar ke KLIA nanti. Malam tu famili aku hantar aku ke KLIA. Sesat jugak nak cari balai berlepas sebab tak pernah pergi. Tengok sign board pun pening jugak. Sampai kat sana, pergi timbang bagasi dan beg sebab takut terlebih berat. Fuhh...nasib baik tak berat sangat. Terlebih lebih kurang 1 kg. Ada yang kata boleh check in by group sebab berat bagasi dan beg boleh bahagi sama rata. So, aku try. Nasib baik lepas.

40 student yang pergi. Batch aku (senior) 5 orang, junior 35 orang. Waktu ni aku tak kenal langsung junior aku. Walaupun ada yang satu fakulti, tapi rasanya aku tak pernah nampak. Bertembung waktu pergi atau balik kelas tu mungkin lah.

Famili aku. Bergambar kejap.
Yang kecik tu anak buah aku. Tak duduk diam. Hahaha.
Tiba waktu berlepas. Sedih sebab kena tinggalkan famili 2 bulan. Dalam fikiran tu macam2 ada. Macam mana kalau tiba2 flight tu nanti kena tembak ke, meletup ke. Yelah. Dah ada kes kan. Tapi aku niat nak ke Jerman untuk belajar. Lagipun nanti boleh contact famili. Fb, Whatsapp, Oovoo, Skype semua ada sekarang ni.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 2: Eifell I'm in Love.

4 comments :

sofie adie said...

bestnya akak! jeles giler ni...
macam mana nak dapat tawaran macam tu? teringinnya nak kesana ya Allah...huhuuhu

seronok baca cerita pasal German ni...tak sabar tunggu next entry..

sofie adie said...

oopS! sorry akak, bro rupanya...ngee...
sorry! sorry! mati2 ingat akak...
tak perasan profile...

Sang Pujangga said...

@sofie adie
Hahaha. No prob. Kat UMP ni ada program dual-degree. Kiranya kerjasama atara UMP dengan HsKA (nama u Jerman). Ada 9 sem. Sem ke-7 (6 bulan) berpeluang buat praktikal kat Jerman. Sem ke-8 (6 bulan) dapat belajar kat Jerman. Syaratnya mesti lulus exam Bahasa Jerman. Setakat ni, mana2 student tahun akhir yang tak lulus lagi Bahasa Jerman, berpeluang ambil exam kat Jerman selama 2 bulan. Alhamdulillah, rezeki.

Bagi junior tahun 2 (sem ke-4), diorang berpeluang buat latihan intensif Bahasa Jerman selama 2 bulan sebelum masuk tahun 3 nanti. Sebab tahun 3 (sem ke-5) nanti diorang kena ambil exam Bahasa Jerman.

sofie adie said...

@Sang Pujangga oh...bestnya ada exchange and link dengan u kat german..