Dec 2, 2015

Sommerkurs di Jerman Part 4: Jelajah Kedai Runcit.

Resit2 dari kedai yang aku simpan.

Hari ni ada masa lapang sikit untuk sambung lagi bercerita tentang pengalaman aku kat Jerman. Kali ni aku nak cerita pasal kedai2 runcit atau pasaraya kat Treuchtlingen, daerah tempat aku belajar ni. Sepanjang hampir 2 bulan aku kat sini, aku pernah keluar masuk beberapa buah kedai iaitu:

  • ALDI SÜD
  • ROSSMANN
  • EDEKA
  • LiDL
  • EDEKA CENTER
  • NORMA

Pertama kali ke kedai.

Kedai pertama yang aku masuk adalah ALDI SÜD. Kedai ni lecturer aku yang syorkan. Kat sini lah kali pertama jugak aku jumpa troli berayar. Jakun tak aku? Nak guna troli ni kena bayar pakai duit syiling 2 euro atau 1 euro atau 50 sen. Tapi bila keluar dari kedai nanti boleh ambil balik duit ni. Kiranya tak perlu bayar sesen pun. Jarak kedai ni dengan hostel aku lebih kurang 25 minit jalan kaki.

Tersusun kemas.

Jujur aku cakap memang aku kagum bila masuk kedai ni. Kalau nak ikutkan, saiz kedai ni tak sebesar Giant, Aeon, Aeon Big, Econsave dan seumpanya. Boleh dikatakan antara kedai runcit dengan pasaraya. Kat ALDI SÜD ni ada jual barang kering dan barang basah macam sayur, buah, ayam, daging dan ikan. Kat sini harga telur ayam satu papan (10 biji) 0.99 euro. Memang murah. Harga susu segar sekotak besar ada 0.51 euro dan ada yang 0.55 euro. Terkejut aku tengok sebab murah. Tapi sayur dan buah kat sini mahal sikit dan cepat buruk. Aku syak sayur dan buah kat sini berkualiti dari segi keorganikannya. Mungkin diorang tak guna bahan kimia dalam proses penanaman sayur dan buah. Coklat dan cekedis tak payah cakap lah. Memang banyak.

Roti mesin gedegang. Tekan butang, roti pun keluar.

Kat sini aku survey harga air gas 1.5 liter dalam 0.39 euro. Bapak murah. Tapi setiap kali beli air botol, akan dicas 0.25 euro. 0.25 euro ni harga botol tu. Kalu nak kelim balik, pergi mana2 kedai yang ada mesin kelim botol tu. Masukkan botol dalam mesin tu dan resit akan keluar. Resit ni bagi kat cashier untuk dapatkan duit 0.25 euro tadi. So, nampak tak? Inilah salah satu sistem kitar semula kat Jerman. Kalau sayang duit, kitar semula botol tu (kelim balik), kalau tak sayang duit, buang je botol tu. Sepanjang aku tinggal kat Jerman ni, satu sen sangat bernilai.

Sim Card ALDI TALK.

Boleh katakan cukup lengkap kalau nak cari bahan2 untuk memasak. Minyak masak, gula, gara pun ada. Harga kat sini lebih murah berbanding kedai2 lain. Aku selalu beli beras Basmati kat sini. Harga sekilo 1.99 euro. Beras Jati ke beras Cap Rambutan memang takde kat sini. Nak tak nak kena makan beras Basmati. Pernah jugak makan beras jenama lain. Memang tak sedap. Untuk jimat, aku beli sekali dengan beras parboiled. Sekilo 0.85 euro. Bila nak masak, campur je separuh beras Basmati dan separuh beras parboiled. Kat sini jugak lah aku beli sim card yang dipanggil ALDI TALK (12.99 euro). Kiranya ni starter pack. Ada kredit 10 euro dalam sim card tu. Kiranya harga sim card tu hanya 2.99 euro.

ROSSMANN kat depan tu.

Kedai kedua aku pergi adalah ROSSMANN, depan ALDI SÜD je. Kedai ni kecil sikit daripada ALDI SÜD tadi. Dan kedai ni tak jual barang basah macam daging dan sebagainya. Air minuman je kalau yang basah pun. Dalam kedai ni ada barang2 mandi macam syampu dan sabun, barang make up, DVD, barang elektrik, coklat dan alat tulis. Aku jarang datang kedai ni.

Macam2 jenis perisa ada.

Seterusnya EDEKA. Kedai feveret aku. Kenapa? Sebab banyak pilihan barang. Dari bahan2 memasak sampai lah coklat. Harga kalau nak dibandingkan dengan ALDI SÜD tadi, memang tak jauh beza. Bagi aku harga lebih kurang sama. Dan kedai ni dekat sangat dengan hostel aku berbanding kedai2 lain. Tak sampai 10 minit jalan kaki.

Jenama Maggi.
Jenama Knorr.
Rempah ratus.
Himpunan teh.
Variasi Nescafé.
Coklat nombor 1 kat Jerman.
Hanuta tu best.
Coklat Ritter Sport. Best jugak yang ni.

Kat sini memang banyak pilihan. Yang special kat sini ada satu ruangan jual rempah ratus dan ruangan barang2 makanan Asia macam kicap, sos dan sambal. Spaghetti dan sos spaghetti kat sini pun lagi murah. Tepung gandum sekilo 0.32 euro. Biasanya aku guna untuk buat cekodok.

Kedai seterusnya adalah LiDL. Kedai ni aku pertama kali aku pergi lepas balik dari melawat pusat kitar semula. Kedai ni lebih kurang macam ALDI SÜD. Barang yang dijual lebih kurang sama jugak. Tak banyak pilihan sangat. Lagipun kedai ni lagi jauh dari ALDI SÜD. Memang aku jarang pergi.

Depan Edeka Center.

Satu lagi kedai yang aku suka adalah EDEKA CENTER. Lagi besar daripada EDEKA tadi. Barang2 dalam tu memang banyak. Boleh katakan 5 kali ganda dari EDEKA. Aku jumpa kedai ni waktu jalan2 pusing bandar. Kedai ni jauh sikit dari EDEKA. Dalam 15 minit jalan kaki. Walaupun kedai ni banyak pilihan, tapi disebabkan jauh, aku jarang pergi.

Air Hello Kitty. No alcohol.
Maianan Hello Kitty.
Peminat Hello Kitty mesti suka.

Satu lagi kedai yang aku pergi adalah NORMA. Dalam 3 minit jalan kaki dari EDEKA CENTER. Tapi kedai ni tak banyak pilihan barang jugak. Sama macam LiDL. Cuma ada lah sesetengah barang yang lagi murah dari kedai2 lain macam air gas, coklat dan cekedis. Rasanya 2 kali je aku pergi kedai ni.

Boleh katakan setiap 3 hari aku akan keluar pergi kedai. Biasanya dengan member2 aku. Barang2 yang aku beli ni bukan lah pakai duit aku 100%. Kitorang 4 orang buat group memasak. So, kitorang share duit bila beli barang. Bagi aku, boleh je nak survive hidup kat Jerman ni. Restoran Muslim tak banyak. Memang sangat tak banyak. Yang pernah aku jumpa restoran Turki yang biasanya jual makanan orang Turki macam kebab. Tapi ada kedai runcit Turki. Kat sini lah tempat kitorang beli daging dan ayam segar. Makanan kat sini macam coklat, cekedis, susu dan kopi memang lah takde logo halal. Tapi setiap kali aku nak beli barang, aku akan pastikan takde bahan2 terlarang dalam tu. Baca ingredients setiap barang tu. Kalau asyik ragu2 je memang mustahil korang nak survive kat Jerman ni.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 5: Melawat Sekolah. Aku Sesat Ke?