May 12, 2018

Akhirnya Konvo Jugak Aku!

Cuba cari aku kat mana. HEHEHE.

Kali ni aku nak cerita pasal kenangan konvo aku tahun 2016. Alhamdulillah. Syukur sangat rasanya. Setelah 5 tahun amik degree, akhirnya aku berjaya grad. Kenapa 5 tahun? Sepatutnya 4 tahun setengah je kan? Well, apa lagi kalau bukan ada paper yang kena repeat. Bukan senang nak belajar engineering weh!

So, hari paling gembira buat mak ayah aku telah tiba. 19 November 2016. Famili aku datang kecuali adik lelaki bongsu aku. Kawan baik aku, Izzy pun datang meraikan bersama. Hepi gile weh masa ni. Perasan bercampur baur. Hepi sebab berjaya habiskan degree, famili dengan kawan datang. Tapi sedih jugak sebab lepas ni dah tak belajar dah, kena kerja (tapi niat di hati nak sambung master).

17 November 2016
Aku kena datang awal ke UMP. Sebabnya nak kena amik jubah. Kalau lambat amik nanti, tak dapat lah saiz pilihan. So, aku bertolak dari rumah aku kat Terengganu ke Terminal Sentral Kuantan (TSK). Izzy pulak dari Johor. Kitorang janji jumpa kat terminal bas ni. Lepas tu, check in hotel dekat dengan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

18 November 2016
Pagi tu kitorang naik bas terus pergi ke UMP. Hotel dah check out. Sebab plan lepas settle urusan kat UMP nanti, terus pergi ke homestay. Famili aku datang petang nanti. Dari UMP, naik bas ke TSK, pastu owner homestay tu bawak kitorang pergi kat rumah tu. Area sini baru lagi. Rumah-rumah pun masih baru.

19 November 2016
Jarak ke UMP dalam 30 minit. So, aku, Izzy, kakak sulung aku dengan abang ipar aku pergi dulu. Yang lain pergi kemudian.

Duduk dalam dewan tu, lama jugak. Berdebar-debar tunggu giliran. Bila sampai giliran aku, cuak gile. Yang bagi scroll Tengku Abdullah (Canselor UMP). Naib baik takde apa-apa yang pelik berlaku. Lepas turun stage, baru lega.

Senarai nama program course aku yang berjaya grad tahun ni.
Get ready untuk naik pentas.

Famili aku dah lama tunggu. Bergambar sakan kami kat sini. Yelah, bukan selalu kan konvo ni. Mungkin sekali seumur hidup.

Aku dan Izzy.
Tiba-tiba gajah datang nak bergambar jugak.

InsyaAllah kalau ada peluang, aku nak sangat sambung master. Sekarang kena kumpul duit dulu. Nanti senang nak sambung belajar.

No comments :