Jun 28, 2018

Lecturer Flying Faculty.

Entry sebelum ni, aku bagitau yang start tahun 3, ada subjek Flying Faculty. Yakni, lecturer dari Jerman akan datang ke UMP untuk ajar kitorang subjek-subjek tertentu.

Prof Scherf. Ajar subjek Control System Engineering (Lab).
Prof Herwig.
Prof Keller. Ajar subjek Control System Engineering (Lecture).
Prof Knauer. Ajar subjek Quality Inspection.
Prof Werner. Ajar subjek Internship Preparation.
Prof Bernhardi (kitorang panggil Prof Otto). Ajar subjek Finite Element Analysis.
Prof Dorschner.
Prof Weiss. Supervisor untuk subjek TOPS dan panel Viva untuk thesis kitorang.

Hebat ke idok? Tengok title diorang pun dah gerun. Dalam kelas, jarang sangat cakap English. Semua Prof ni cakap dalam Jerman. Faham ke tak, lantak kau lah. Kalau tak faham, mintak prof ni ulang balik. Jangan buat-buat faham pulak. Kang bila jawab exam, sepatah haram pun tak ingat.

Oh, ye. Setiap subjek Flying Faculty ni ada exam. Lepas tamat lecture, terus ada exam. So, dalam seminggu atau 2 minggu pembelajaran, kena lah menghadap exam. Tapi kira ok lah. Sebabnya kalau buat exam akhir sem, tak ke naya? Confirm semua lupa apa yang dah belajar nanti.

No comments :