Jun 27, 2018

Penemuan Aneh di Belakang Rumah.

Siang tadi merayau-rayau belakang rumah. Selalunya petang-petang macam ni aku suka usha-usha tumbuh-tumbuhan pelik yang ada. Macam bulan puasa hari tu, aku terjumpa banyak pokok yang buahnya macam tomato kecik.

Pokok ni banyak kat belakang rumah.
Bila kulit buah ni dikopek, buah ni macam tomato tapi versi kecik.

Bila search kat internet, rupa-rupanya pokok Peruvian Groundcherry. Buah pokok ni boleh buat ubat. Ada yang kata boleh buat masak sambal belacan menggantikan tomato. Setakat ni aku tak pernah buat lagi lah. Rasa buah ni masam+manis+pahit.

Ha! Aku sebenarnya nak citer apa yang aku jumpa tadi. Tengok video bawah ni. Agak-agak telur apa? Dinosaur? Ular?

Dah macam crocodile hunter pulak.
Telur itik.

Aku terkejut jugak tadi masa mula-mula jumpa. Tapi baru aku ingat. Aku pernah baling telur itik kat belakang rumah. Sebab ada beberapa telur yang mak aku simpan ni dah tak elok. Bila pecahkan letak dalam mangkuk, telur kuning tu mudah pecah dan bau hanyir. Memang sah dah rosak. Waktu tu aku terus baling beberapa bijik ke belakang dapur. Ingatkan semua pecah. Rupanya ada yang tak nak pecah.

No comments :