Jun 25, 2018

Pengalaman Belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Tahun 3 kat UMP.

Kali ni tergerak hati aku untuk ceritakan pengalaman aku sebagai mahasiswa kat UMP. Sebenarnya kalau godek-godek blog aku, korang pasti jumpa sedikit-sebanyak kisah aku kat UMP.


Pendaftaran

Seingat aku masa aku daftar tu pertengahan tahun 2010. Lepas lama lepak kat rumah bila habis matrik, dapat lah tarawan masuk U. UMP. Kos Kejuruteraan Mekatronik dwi-degree. Batch pertama. Kiranya aku and the geng ni tikus eksperimen lah.

Macam biasa. Semua perkakas dan dokumen yang perlu dibawak, ada dinyatakan sekali oleh UMP. Part ni aku tak ingat. Rasanya kena bukak website UMP untuk download segala benda alah dokumen tu. Barang keperluan diri tu memang dah tahu sebab kan dah pernah duduk hostel waktu matrik dulu.

Bila sampai UMP, aku dan batch aku (waktu ni 5 orang je, lagi 11 orang masuk sebulan kemudian) tak dibenarkan daftar lagi sebab ada perjumpaan pelajar dan ibu bapa bersama pengasas/AJK program ni. Wahh. Hebat kan? Julung-julung kali ni. Dalam meeting ni banyak diterangkan pasal kos ni. So, aku dan mak ayah aku dengar lah dengan redha. Lepas je habis meeting tu, baru lah kitorang boleh daftar. Bila daftar lambat ni memang tak best. Aku dapat baju korporat (sekarang warna turqoise, dulu merah) saiz besar sebab takde saiz kata fasilitator tu. Sedeh. Pakai lah baju besar sepanjang orientasi (aka Minggu Induksi Siswa/MINDS). Kunci bilik, beg galas UMP, apa semua tu waktu pendaftaran ni lah dapat.

Kompleks Sukan UMP kampus Gambang.

Bila dah setel daftar, fasi akan bawak tunjuk laluan ke hostel. Tapi sebab aku last untuk batch aku yang daftar, ada sorang akak fasi ni dengan baik hati bawak tunjuk sampai betul-betul kat blok hostel. Terima kasih akak!

Masuk bilik. Woaaa. Dapat bilik ada aircond! Memang special betul. Untuk pengetahuan, batch pertama kos aku je yang dapat duduk dalam bilik ber aircond ni selama dua semester. Adik-adik junior tak sempat merasa. Kui kui kui.

View bilik aku dari pintu depan.
View bilik aku dari tingkap.
Katil aku. Siap ada selimut.
Aircond tersedia. Tapi kerap jugak rosak.
Antara alas kaki aku sebagai budak 1st year.

Lepas tu ucap selamat tinggal kat parents aku, jumpa rumet, rehat kejap. Petang tu terus ada aktiviti orientasi selama seminggu.


Hostel

Waktu mula-mula aku masuk UMP ni, batch aku stay kat UMP kampus Gambang. Kalau ikutkan, kos aku kena tinggal kat kampus Pekan (ya, UMP ada dua kampus). Kos aku under Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.

Senarai fakulti di Pekan:

  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan


Senarai fakulti di Gambang:

  • Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
  • Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
  • Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
  • Fakulti Sains & Teknologi Industri
  • Fakulti Pengurusan Industri


So, tahun pertama batch aku stay kat kampus Gambang sebab fakulti aku kat kampus Pekan tak siap sepenuhnya lagi.

Kat sini hostel dipanggil kolej kediaman (KK). Ada kolej kediaman 1 sampai 4. KK1 untuk perempuan dan lelaki. Opss blok lain-lain ya walaupun satu KK. Tak silap bangunan ni ada 5 tingkat. KK2 untuk budak lelaki. Macam rumah teres. Nun jauh di ceruk bukit. Budak first year mostly beli basikal ulang-alik dari KK2 ke fakulti. KK3 untuk student perempuan. KK4 campur. KK4 ni bukan dalam kawasan UMP. Kat luar UMP. Nak ke sana biasanya student naik jejantas. Ala-ala rumah kedai.

Area KK1 dan KK3.
KK2. Area budak-budak lelaki.
Yang ni pandangan luar KK4.

Kat UMP ni pun still guna pakai sistem merit. Nak stay dalam KK kena kumpul merit. Budak tahun pertama walaupun dah dapat KK, tapi still kena kumpul merit jugak. Kena bersaing dengan budak-budak lain untuk dapat KK tahun 2 nanti. Nasib baik lah kos aku tak perlu kumpul merit. Sebabnya hostel memang akan dapat tiap-tiap tahun. Dan dekan sendiri tak galakkan kitorang join aktiviti koko sabab kena fokus kat subjek yang maha susah nak skor tiap semester.

Junior bawah aku pernah join PALAPES, tapi quit sebab jadual belajar pack sangat. Memang tiap-tiap tahun takde sorang pun budak dwi-degree yang join badan beruniform. Intake baru ni tak tahu lah ada join ke tak. Tapi untuk intake baru kos aku ni, kena kumpul merit jugak. Well. Dengar citer, ada student kos lain yang tak puas hati sebab kos aku, walaupun tak aktif koko dan CGPA cukup-cukup makan pun still dapat hostel. Kitorang pernah fight, sebab kitorang bayar mahal kot. Kos ni satu semester je dah hampir RM10k! Tapi kes ni tak berjaya. Junior still kena kumpul merit jugak. Kena adil katakan.

Kat kampus Pekan ada 3 KK: KK5, Bazar Muhibah, dan KK512. Bazar Muhibah untuk student lelaki. Macam rumah kedai. Betul-betul dalam bandar Pekan, sebelah terminal bas Pekan. Jauh dari UMP. So, siapa yang selalu balik kampung naik bas tu, stay lah kat sini. Tapi yang nayanya, budak-budak Bazar Muhibah ni selalu terkejar-kejar naik bas ulang-alik dari UMP Pekan. KK512 pulak hostel nun jauh dalam ceruk hutan belakang UMP kampus Pekan ni. Nak jalan kaki memang idok le! Jauh jugak. Tapi bas ada. Jangan risau.

Bas UMP. Banyak sangat tapi bila student nak naik selalu takde. Pelik bin ajaib.
Blok B KK5. Aku stay kat sini masa tahun kedua.
Bazar Muhibah aka UMP@City.
KK512. Kolej kediaman paling baru.

Tak silap aku, setiap semester ada perjumpaan KK kat masjid UMP Pekan (yang ni kampus Pekan sahaja, kampus Gambang aku tak pasti macam mana). Waktu ni segala mak nenek masalah berkaitan kolej kediaman disuarakan. Kehadiran wajib.

Dalam bilik blok B KK5. Maksimum 2 student satu bilik.
Locker yang akan dapat sorang satu.
Rak kasut.
Bilik dobi.
Mesin basuh. Sekali basuh RM2. Boleh pakai duit syiling atau kertas. Tapi sediakan duit lebih ye. Selalu mesin ni rosak, telan duit, dan bila letrik takde, mesin ni automatik off.


Kafe

Masa kat Gambang, ada 2 kafe utama. Kat KK1 dan KK4. Mini kafe ada kat KK2 dan satu lagi kat area blok pentadbiran. Makanan kat sini tak mahal sangat. Standard student. Kat Pekan, ada 4 kafe. Satu kat depan gelanggang bola keranjang, satu kat blok budak letrik, satu kat fakulti aku, dan lagi satu kat bangunan masjid UMP Pekan. Kat blok budak meki (panggilan untuk budak Kejuruteraan Mekanikal) ada satu. Tapi aku tak pernah pergi. Ada yang kata tak selalu bukak. Harga? Actually, kalau nak cakap pasal rege makanan ni, tak akan selesai. Tiap-tiap sem, harga makanan mesti naik-turun. Jenuh dah student komplen. Alasan sama: "Nak bawak masuk bahan mentah jauh, dik. Kos minyak lagi, itu lagi, ini lagi". So, kau sebagai student marhaen kena redha je lah.

Jap, tak silap aku kat Gambang ada satu lagi kafe. Kat bangunan canseleri UMP Gambang. Pernah jugak makan kat sini beberapa kali. Harga lebih kurang je.


Fakulti

Macam aku dah listkan kat atas tadi. Tahun pertama aku kat Gambang, terpaksa tumpang bilik kuliah fakulti lain. Bilik kuliah fakulti aku ada, tapi tak banyak. Kat sini kau tak perlu lah nak drive kereta segala bagi semata-mata nak ke fakulti atau dewan/bilik kuliah. Sebab UMP Gambang dan Pekan ni kecik je (dan takkan sesat). Aku sendiri tak pernah pakai motor/kereta pun sepanjang belajar kat UMP ni. Kalau hujan lebat tu, lecturer pun faham kenapa kau skip kelas. Dah hujan kan. Kalau tak faham jugak, tak tahu lah.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.


Fasiliti aka Kemudahan

Kat Gambang, ada court futsal, gym, kompleks sukan, kawasan jogging, alatan senaman kat kawasan jogging tepi jalan. Kat Pekan, ada jugak gym (bawah blok B KK5), gelanggang bola keranjang, futsal, petanque. Kat Pekan, petang-petang aku selalu jogging area library. Jogging keliling tasik. Sini pun ada kemudahan senaman ringan. So, takde alasan lemak tepu nak beranak-pinak.

Library UMP Pekan. Paling best view tasik.
Antara tasik UMP Pekan.
Tempat aku jogging petang-petang. Waktu ni tengah banjir.

Masjid, UMP Gambang ada satu. Waktu aku tahun 2 dah siap renovate bagi besar dan lawa. Kat Pekan, masjid ada satu jugak. Surau, setiap fakulti ada. Even blok pentadbiran UMP Pekan yang baru pun ada satu.

Dewan/bilik kuliah sememangnya selesa. Siap aircond lagi. Lab pun banyak. Setakat ni, kitorang memang takde banyak masalah pasal fasiliti kat sini. Kalau korang jenis demand nak kolam renang bagai, sorry, UMP bukan tempatnya.

Mak aihh. Penat pulak taip panjang-panjang ni. Harap ada lah yang sudi baca. Banyak lagi aku nak cerita. InsyaAllah ada masa aku cerita lagi detail. Proud to be UMPian!

Pernah masuk paper. Bangga siot waktu ni.
Tapi sayang, tajuk dan gambar takde kaitan.


Sumber: 1|2|3|4|5|6|7|8|9|10

15 comments :

Anisafida said...

Salam.utk dwi ijazah ni agak kos tggi sy tgk.mcm mne awk dapatkan pembiayaan/pinjaman?

Anisafida said...

Salam.utk dwi ijazah ni agak kos tggi sy tgk.mcm mne awk dapatkan pembiayaan/pinjaman?

Teman Jiwamu said...

keren salam dari indonesia mantapz

Ichi Fighting said...

@Unknown
Wassalam. Ya, kos yuran pengajian memang tinggi berbanding course lain. Salah satu sebabnya separuh tenaga pengajar professional (lecturer) diterbangkan khas dari Jerman. Lecturer ni akan ajar kami di UMP.
Waktu ni, course kami dibiayai sepenuhnya oleh MARA (as biasiswa boleh ubah). Setakat yang saya tahu, ada desas-desus mengatakan yang akan datang, MARA dah tak taja. Student kena pinjam PTPTN.
Untuk kepastian, awak boleh call directly office UMP untuk tanya tentang ni.

Anonymous said...

Salam. Seronok saya baca cerita awak ni and btw saya ni junior awak tau hihi.. baru nak masuk. Awal2 nk survey hostel je tapi bila baca pengalaman awak makin bertambah excited pulak. Tau2 dpt kos yg sama pulak fuhh. Nk tanya, patut ke saya join palapes utk kumpul merit dptkan hostel atau join aktiviti lain je yg lagi tak packed?

Ichi Fighting said...

@Anonymous
Wassalam. Maaf lambat balas. Tahniah! Bukan senang tau nak masuk UMP, lagi-lagi dapat kos ni.

Berkenaan soalan awak, awak ni mahasisawa atau mahasiswi? Sebab setahu saya, pelajar lelaki memang kena fight untuk dapatkan merit sebab hostel kena berebut based on merit. Pelajar perempuan tak silap saya memang akan dapat stay dalam hostel.

Berkenaan palapes, bergantung kepada minat awak. Kalau niat nak kumpul merit, tak semestinya bergantung 100% kepada badan berunifrom. Tapi kelebihan join badan beruniform ni, awak akan stay hostel sampai grad, dapat elaun dan sebagainya. Dan dapat luaskan circle awak dalam bersosial.

Tapi untuk kos ni, sepanjang saya study, belum ada lagi junior yang joined mana-mana badan beruniform. Salah satu sebab, tak cukup masa. Packed sangat. Mostly dapat cuti semester dalam 1 atau 2 minggu. Lepas tu kena join kelas Bahasa Jerman (dalam cuti semester). Dan start tahun 3, kena datang awal dari student kos lain sebab ada kelas subjek Flying Faculty. So, jarang sangat nak dapat cuti panjang.

Bagi saya, tak rugi pun join palapes. Sebab lepas awak grad nanti, sijil palapes ni sangat berharga. Sama jugak macam suksis dan sispa. Mana lah tahu kan, in the future awak tak minat nak bekerja dalam sektor kejuruteraan, awak boleh apply jadi polis, navy dengan guna sijil ni. Ada kelebihan kat situ.

Bila dah dapat masuk UMP ni, belajar betul-betul tau. Fokus dalam kelas, banyakkan buat study group sebab awak akan loss kalau study sorang-sorang. Setiap sem akan ada projek. Involve betul-betul dalam projek tu dan kalau boleh fahamkan 100% objektif dan flow projek tu. Peer pressure sangat kuat bila dah masuk alam universiti ni. Make sure jangan terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh jatuhkan pointer awak.

Cheers dan enjoy campus life!

Anonymous said...

Bang, saya rasa nak sambung diploma mechanical engineering dekat ump, untuk course ni kampus pekan ke gambang yer?

Anonymous said...

mekanikal engineering di UMP pekan.

Ichi Fighting said...

@Anonymous
Kos Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik/Elektronik dan Mekatronik kampus kat Pekan.

Ichi Fighting said...

@Anonymous
Betul tu. Kos ganas-ganas ni semua kat Pekan. 😅

Anonymous said...

Hi bang! Kawan saya dapat diploma sains komputer tapi kita tak sure pulak student diploma study kampus kat Gambang atau Pekan? Sebab kat google ada yang kata kat Pekan ada yang kata kat Gambang confuse saya 😅

Anonymous said...

UMP dah ada kolam renang gais dekat ump pekan

Anonymous said...

nak tnya prioram dwi degree ni mcamana?

Unknown said...

diploma sains komputer dekat ump pekan sebab fakulti komputeran kat sana.. tapi untuk permulaan, semua pelajar diploma kena daftar di ump gambang

Anonymous said...

@Unknownsrsly? berapa tahun kene dduk gambang?