Jun 27, 2018

Struktur Program Ijazah Kejuruteraan Mekatronik Dwi-Degree UMP.

Tahun 1


Ok. Kat atas lists subjek yang aku amik masa tahun 1 (untuk 2 semester). Deutch Sprache tu subjek bahasa Jerman. Wajib amik sampai Deutsch Sprache 4. Seingat aku saper yang dah ada sijil bahasa Jerman, tak perlu amik subjek ni. Paling best subjek Machining. Banyak buat hands on. Takde lah terperuk dalam kelas semata. Lecturer pun sempoi giler. Paling payah nak skor subjek Ordinary Differential Equation (ODE). Perghh! Lagi advance dari Calculus. Banyak sangat formula sampai keliru bila jawab exam. Technical Drawing pun best. Banyak hands on. Lukis-lukis kat kertas dan guna software kat PC. Kelas tak bosan dan senang nak skor.

Tahun 2


Tahun 2 dah start belajar kat kampus Pekan. Subjek paling best Thermal-Fluid Engineering. Ada kaitan dengan kimia sikit. Kelas tak bosan sebab lecturer banyak buat 2-way communication. Dan selalu sembang pasal real life. CAD/CAM banyak masuk lab sebab kena guna software nak design component/material. Dynamics subjek prerequisite dari subjek Statics. Maksudnya, kena amik dan lulus subjek Statics baru boleh amik subjek Dynamics. Dynamics ada project. Group aku kena buat project guna bola ping pong. Antara subjek yang payah nak skor.

Tahun 3


Masuk tahun 3, ada 1 je subjek universiti: Soft Skills 2. Subjek ni lagi santai. Lebih kepada kemahiran communication. Macam mana nak tingkatkan keyakinan diri dan team work. Start tahun 3, memang barai. Matilanak kalau tak study betul-betul. Start tahun 3 jugak lah ada subjek Flying Faculty. Setiap awal bulan setiap sem, lecturer dari Jerman akan diterbangkan khas ke Malaysia untuk ajar kitorang subjek yang berkaitan. Memang full Jerman lah diorang ajar. Kelas biasanya 2 minggu, dari pagi sampai petang. Dan selalunya dalam kelas yang ada komputer sebijik sorang. So, masing-masing bila dah bosan dan mengantuk, akan guna kesempatan ni nak online kat PC. Untuk tahun 3, mostly semua subjek ada hands on, tak akan belajar teori semata.

Tahun 4


Tahun 4 takde subjek universiti. Semua subjek fakulti. SMD dan Clean Room Technology tu paling best. Kitorang berpeluang melawat kilang semiconductor kat Muar, Johor. Siap chek in hotel lagi. Subjek yang tak bosan. Manufacturing Quality pun best. Lecturer ajar kitorang sampai faham. Sebab biasanya lepas dia ajar, akan ada pop quiz based on topic yang diajar tadi. Ada presentation lagi. Senang cakap, subjek ni walaupun nampak simple, tapi banyak improve communication kitorang. Sem 7 ada latihan industri (LI). Wajib ye anak-anak. Antara subjek tough tahun 4, subjek Digital VLSI System. Macam nak surrender je. Banyak main software nak generate data dan circuit. Subjek Team Oriented Project Study (TOPS) pun payah jugak. TOPS ni buat project by group. Group aku develope mesin nak launch bola sepak. Kena buat dari scrap, sampai lah siap. Banyak masa habis dengan TOPS ni. Setiap bulan ada Skype meeting. Kena buat video call dengan professor dari Jerman, update progress pasal project ni. Fuhh! Dah macam kena buat thesis.

Tahun 5


Tahun 5 subjek best tentu lah Technopreneurship. Belajar macam mana nak jadi entrepreneur, bukan usahawan ye anak-anak. Aku pernah cerita pasal subjek ni dalam entri ni: Karnival Keusahawanan Technopreneurship 2014 Universiti Malaysia Pahang. Paling penting Bachelor Thesis. Kos aku tak panggil Final Year Project (FYP). Takde macam kos lain yang ada FYP 1 dan FYP 2 tu. Kitorang kena siapkan thesis ni dalam masa satu sem (6 bulan)! Barai. Untung bila ada supervisor yang selalu guide dan malang lah bila dapat supervisor yang jarang ada kat UMP. Alamat tak siap lah thesis kau. Extend sem lah jawabnya. Subjek Electronics in Mechatronis System best jugak. Lecturer dari UTM datang sini ajar. Subjek ni lah menyebabkan kitorang selalu balik kelas lewat. Ada sampai Isyak baru siap buat kerja kat lab.

Bagi aku, setiap sem berbeza kepayahan subjeknya. Ada yang senang giler nak skor, ada yang payah yang amat walaupun kau dah fokus betul-betul dalam kuliah. Kos aku tak perlu berebut nak daftar subjek macam kos lain yang buat open registration tu. Tak perlu fikir quota cukup ke tak. Cuma certain subjek macam koko tu kena berebut nak amik koko apa. Aku amik kompang, sebab koko UMP ni tak banyak pilihan macam universiti lain. Dan sebab pilihan lain dah penuh. So, dengan redha amik lah kompang.

2 comments :

Braingineer said...

Hi senior! Thanks for your entry. Glad to have someone like you to share some informations regarding this course! Btw I'm the 19/20 batch and will register on 2nd september! 😁😀

Ichi Fighting said...

@SMAAMS
Hi junior! Good luck on your studies here. Sorry for late reply. I believed you has already enrolled here, right? Collect as many experiences as you can here.